Thursday, August 30, 2012

Sesekali diuji


Beratnya ujian. kenapa aku? sebab Allah sayang kamu Ainishahirrah! al kisahnya semalam. aku keluarkan duit dari ATM sebanyak 12 000 rubel. tunggu punya tunggu proses, akhirnya declined! sabar.. gigih jugak nak bawak keluar duit, untuk belanja sampai bulan 1 la bajetnyaa.. 12 000 rubel lebih kurang RM1200. tapi tak la tepat pun. next, mungkin mesin ATM tu tak nak nilai tak sedap macam tu. aku cuba keluarkan 20 000 rubel. tunggu dan tunggu ... DECLINED! oh Allah..

kenapa nak keluarkan duit banyak-banyak? sebabnya kalau keluar sikit2, maybank charge banyak pulak! rugi. entah kenapaa.. Allah nak uji aku. mula-mula handphone rosak. repair kat Russia ni, boleh tahan mahalnya. jadi aku simpankan hasrat tu. mujur Encik Tunang baik hati nak poskan handphone baru :') thanks love!

bangun tidur, bukak la Maybank2u. kononnya nak transfer duit ke Malaysia. tengok-tengok akaun tolak dalam RM1200. ya Allah! duit aku hilang. apa dah jadi ni?! menangis.. menangiss.. menangisss.. apa je aku mampu buat? hidup kat negara orang ni, memang mencabar sabar. sungguh.

macam mana nak balik Malaysia nanti? duit cukup ke? banyak dah berhabis kat sini. Alhamdulillah, Allah takdirkan Encik Tunang yang baik hati sentiasa disisi :) terima kasih ya Allah. "Jangan risau. saya ada" - lega rasanya lepas dengar beberapa cadangan dia. niat di hati tak nak susahkan hati mak ayah. aku simpankan aje.



Aku ingat lagi! kata dia, "duit bukan segalanya. tapi segalanya perlukan duit." betul la tuu.. kata dia lagi, "orang rebut kuasa, orang sampai bunuh-membunuh.. semua sebab duit. duit ni nak diiktiraf sebagai apa?" Tuhan? bukan! jadi apa?? Allah . terima kasih kerana hadiahkan aku sebuah ujian sebagai tanda kerinduanMu buatku.


setiap kali mendapat nikmat
jarang ku sedari itu pemberianMu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
ku mengeluh risau 
bertambah gelisah
hingga terlupa
pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
moga sinarMu berikanku pedoman
hanya kepadaMu segala ketetapan!

p/s : lirik ditulis sambil keinsafan melanda diri :'(


3 comments:

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...