Sunday, September 9, 2012

Snooker?


Hari ni aku dan roomate ditemani senior lelaki untuk main 'biliard' (bahasa russia) atau orang panggil snooker. maklum la, senior perempuan tak balik lagi dari Malaysia. teruja sangat. siapa sangka, aku yang dulunya cuma main pool game dalam komputer masa kecik-kecik, sekarang merasa sendiri pengalaman tu. perfect! takdir ;) 




For the first time, aku bayar 350 ruble. katanya untuk sebulan, seminggu 2 jam . mencuba sesuatu yang baru tu memang feveret (favourite) aku.  kalau kat Malaysia, jarang tengok perempuan main snooker. kalau ada pun, mungkin yang ranggi-ranggi sikit. **maaf**. tapi kat sini, semua senior perempuan aku main snooker. kokorikulum untuk universiti barangkali ^^ 

Pakcik Russia yang incharge kat situ la yang ajar aku. posisi berdiri, cara guna tangan. macam mana nak main, and so on. alhamdulillah, skill game pool yang aku main zaman dulu-dulu sangat berguna masa ni! hehe. alhamdulillah jugak, senior-senior laki kat sini semua baik-baik. ajar aku macam mana nak susun bola snooker and so on. terima kasih korangg! :) **mentang-mentang la dah hebat**! Main punya main, lepas kena up level belajar cara main snooker, pakcik tu ajar guna satu batang kayu ni.


Gambar sekadar hiasan.

Nampak tak kayu yang kat bawah tu? kata pakcik tu, tu guna untuk tuju bola yang jauh. sebab kata dia, yang dekat kena tuju 5cm dari tangan yang menahan :) *tak faham? erk, takpe la* hehe. seronok jugak sebenarnya. I'll play it again, soon! dengar-dengar, kat sini ada game frisbee. apa tu? senior laki cakap, senior perempuan pun main frisbee. so, why not try lepas ni? 

p/s : next update ok :) peace!
"mak ayah, maaf kerana anakmu ini sedikit kasar hobinya =D "

No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...