Saturday, March 30, 2013

History of Japan


Adik.
Maksud aku, Farah Aqilah binti Azmi.
Tahniah, dah selamat dah kau fly ke Jepun kan.
Jangan nakal-nakal lagi. Kau kan dah besar.

Nah, ambik ni.




Upss, nah! Bawak nama aku sekali pergi Jepun ye.
Tak merasa aku pergi negara matahari terbit tu. ahaiii..
Maaf la, agak terlewat. Ni je aku mampu bagi :')


Be a good acountant okey? Belajar sungguh-sungguh.
Jaga iman. Jaga pergaulan.
Nak tak nak, budaya luar negara tak sama dengar negara sendiri.
Percaya la. Dan paling penting.
Jangan tinggal solat.



p/s : Aku sayang kau, adik. Belajar baik-baik.





Friday, March 29, 2013

Hidayati Mustaffa - Part 2




Tanpa dirancang, inilah dia.
Wanita drifter yang bawa aku menuju ke alam perkahwinan.
Dialah yang drivekan sampai ke masjid, sambil membebel..
"Aini, selawat banyak-banyak. Janganlah gelabah!"
Belum sempat rasanya untuk ucapkan TERIMA KASIH atas semuanya.
Datang dari Taiping. Agak jauh. Satu jam mungkin, tanpa drift.

Terima kasih, kakak yatie =)

Hadiah yang agak nakal masa pernikahan kami. But so nice.
Dah nak jadi isteri si doktor ye? (hehe) 
Apa-apa pun, tenang dalam mencari bahagia ye?
Tak lama dah.. Prepare. And prepare.

p/s : maaf langkah awopp dalam bab kawen-kawen ni. ohoiii..
doakan kite dan suami dapat pergi majlis korang dan bawak hadiah nakal =p




Sunday, March 24, 2013

5 Tombok Hati


Output Daurah "Hakikat Manusia". 23/3/2013. St Petersburg, Russia.
5 ubat hati, atau tombok hati :


  • Membaca Al- Quran dengan disertai maknanya.
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" - (Al-Israa' : 82)

  • Zikir yang berpanjangan.
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" - (Ar-Ra'ad : 28)

  • Berpuasa. 
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat" (HR Imam Ahmad)

  • Solat malam.
"Dan pada sebahagian malam bertahajudlah dengannya sebagai tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji" (Surah Al-Isra' : 79)

  • Berkumpul dengan orang-orang soleh.
"Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang buruk adalah ibarat penjual minyak wangi dan peniup tungku. Penjual minyak wangi boleh memberimu tanpa kita harus membeli, atau (paling tidak) engkau akan mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan peniup tungku boleh membakar pakaianmu atau engkau akan mencium bau busuk darinya" (HR Bukhari dan Muslim)





Thursday, March 21, 2013

Terima kasih, ayah.



Lelaki ini, yang semakin dimakan usia, masih aku kagumi dan aku sayangi. Ayah, kami belum lagi sempat ucapkan 'terima kasih' atas semuanya. Mungkin dah, tapi belum lagi dengan disertai isi hati kami. Kalaulah ayah tahu betapa sebaknya hati ni masa ayah sendiri yang nikahkan kami.




Kami nampak wajah sugul ayah. Entah apa ertinya. Dalam redha ada rasa terpaksa, betul kan ayah? Kami minta maaf sebab kami dah larikan diri dari menjadi tanggungan ayah. Kami tahu ayah mampu, tapi kami pun nak ayah dapat pahala yang lebih sebab pernikahan ni. Kami dah jadi hak mutlak suami kami. Kami bukan lagi hak ayah sepenuhnya, kan ayah? Tapi ayah kena tahu, hormat dan sayang ni takkan berubah. 

Kami janji ngan ayah, kami akan belajar dan jadi isteri yang baik. Tak pernah sekalipun ayah terlepas dari doa kami sehari-hari. Kalaulah ayah tahu... Terima kasih sudi walikan kami. Tanpa ayah, pernikahan ni tak mungkin terjadi. Ayah ingat lagi tak, ayah asyik ulang je lafaz nikah tu.. gementar agaknya ye? Hehe.. Tapi, you did it well! Ayah, jangan sakit-sakit lagi ye.. Doa kami selalu ada untuk ayah. Ayah layak untuk syurga Dia.


Sabda Rasulullah saw, 

Maksud Hadis: "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.

Ya Allah, pelihara dia dalam kasih sayang-Mu.
Dia ayah yang terbaik buatku. 
Dulu dan selamanya.






Thursday, March 14, 2013

Sakitmu sakitku juga.


Selepas berhari-hari aku hidup tanpa khabar dari suami, aku dikejutkan dengan satu mesej darinya. Ya Allah, berbunga rasa hati. Indahnya rindu ni. Indahnya takdir ini.

Dia sakit. Suami saya sakit, ya Allah. Apakah Kau kira kejauhan ini suatu dosa saat aku tak mampu menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri yang biasa tatkala suami aku dalam kesakitan.? Ambillah sedikit kesihatan ini untuk kesakitan yang itu. 

Syafakallah, abang :( 
"always pray for you" - your wife.




Friday, March 8, 2013

Happy Woman's Day 2013!




Woman's heart is a deep ocean of secrets. - Rose, Titanic.

Chocolates, card, nasi tomato, cute note book and red roses for us.
Terima kasih, semua.

#ILOVEFLOWERSVERYMUCH.

Tuesday, March 5, 2013

Rindu yang halal.


Alhamdulillah, sudah menjangkau sebulan lebih aku bergelar seorang isteri. Walaupun hanya mampu memegang watak isteri sebenar selama lebih kurang dua minggu selepas dinikahkan. Kerinduan ini  hanya untuk suamiku.

Diri ini tak mampu mengukir berbaris-baris status di facebook seperti isteri-isteri yang lain. Kerana aku punya batas. Aku punya redha yang letaknya pada tangan suamiku. Alhamdulillah ya Allah, Kau halalkan segalanya antara kami.

Kenangan pengubat rindu. Cinta penambah rasa. Selamat ulang bulan, encik suami :))


Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...