Alhamdulillah, sudah menjangkau sebulan lebih aku bergelar seorang isteri. Walaupun hanya mampu memegang watak isteri sebenar selama lebih kurang dua minggu selepas dinikahkan. Kerinduan ini hanya untuk suamiku.
Diri ini tak mampu mengukir berbaris-baris status di facebook seperti isteri-isteri yang lain. Kerana aku punya batas. Aku punya redha yang letaknya pada tangan suamiku. Alhamdulillah ya Allah, Kau halalkan segalanya antara kami.
Kenangan pengubat rindu. Cinta penambah rasa. Selamat ulang bulan, encik suami :))
No comments:
Post a Comment