Monday, March 28, 2016

Alert Level Orange di Russia?

Paper ni free je, by METRO in St Petersburg.

See? Ni berita bertarikh 23 Mac 2016. Sempena ada letupan bom di Brussels, Belgium 22 Mac 2016 baru-baru ni. Letupan di Paris, Brussels, kisah pulak diorang ni. Tapi yang berkali-kali di Turki, siapa yang ambil peduli? Takda. Jom lazimkan baca Qunut Nazilah supaya Allah hancurkan musuh-musuh islam.. Berita lanjut in BBC : http://www.bbc.com/news/world-europe-35869985






Resepi Telur Bungkus comfirm sedap!


Hi! 
Kali ni nak share resepi telur bungkus yang simple & sedap. So for your information, resepi-resepi yang ada dalam blog ni, bukanlah aku yang reka. Cuma yang pasti, aku dah cuba and MENJADI! Itu yang penting. Semoga Allah panjangkan pahala kepada si pencipta resepi. Amin. 

Bahan-bahan :

1 genggam/mangku isi ayam/daging/hot dog
1/2 mangkuk mix veggie**
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tomato**
2 sudu besar sos cili**
1 sudu besar sos tiram**
1 sudu besar kicap manis**
sedikit garam + lada sulah
2 biji telur (untuk membungkus)

Cara-cara :-
  1. Perapkan ayam dengan garam + lada sulah. Ikut logik okay berapa banyak.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan ayam yang diperap dalam minyak yang sedikit.
  3. Lepas ayam nampak masak, masukkan segala jenis yang bertanda ***.
  4. Masak sekejap dalam 3 min.
  5. Siap intinya! Ketepikan.
  6. Goreng telur 2 biji yang dipukul dengan sedikit garam dalam kuali yang leper dan besar.
  7. Ratakan sekeliling kuali supaya telur tu nipis.
  8. Masukkan inti yang siap tadi.
  9. And bungkus elok-elok & hati-hati supaya telur tak terkoyak.
  10. Siap!
Ni buat dengan hotdog, sebab ayam takda hehe

Friday, March 25, 2016

Resepi Puding Karamel


Bahan-bahan:-

Karamel

5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Puding

4 biji telur (saiz sederhana)
1 sudu teh esen vanila
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula (lebih baik gula kastor)

Cara-cara :-

  1. Masak gula dan air dgn api sederhana sehingga menjadi karamel.
  2. Masukkan di dalam bekas yang sedia untuk dikukus nanti.
  3. Pukul telur, gula, dan esen vanilla. 
  4. Masukkan susu segar.
  5. Masukkan puding ke dalam bekas karamel.
  6. Kukus puding 30-40 minit.
  7. Siap! =)




Friday, March 11, 2016

Resepi Pavlova

Hi! Kali ni nak share resepi pavlova ni. Asalnya dari Russia sebenarnya, so rasa dekat pulak hehe. Nama asalnya Anna Pavlovna. Jadi lepas diubah, dia jadi la PAVLOVA. Sekian. Okay, resepi ni diambil dari video orang Russia yang buat pavlova.


Bahan-bahan :-

Base : Maringue
3 biji telur putih
3/4 cawan atau 170g cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung

Topping : Creme
250g heavy creme (lebih 33%)
2 sudu besar gula ising
+ buah-buah masam (strawberry, kiwi, anggur, blueberry)



Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...