Saturday, May 25, 2013

Doodle dakwah self-made


Assalamualaikum wbt.

Syukur ke hadrat Allah SWT, masih diberi kesempatan menjalan dakwah-dakwah kecil untuk agamaNya. Baru-baru ni sempena Bulan Kemanusiaan anjuran AZAM RUSSIA, aku mengambil peluang untuk mengasah bakat sendiri dalam pembikinan doodle.

Ada dua pertandingan dijalankan, pertandingan tulisan Khat mengenai Palestin (Gaza) dan lagi satu pertandingan doodle. Boleh rujuk kat link ni, Bulan Kemanusiaan AZZAM RUSSIA. Dengan berbekalkan  idea bantuan Kak Lina dan roomate, aku berjaya menyiapkan satu doodle dialogue yang dikehendaki pihak AZZAM. Mungkin tak seberapa, tapi aku seronok sebab ni merupakan hasil doodle pertama 100% kerja tangan aku. 

Jom tengok dan komen! Ahakss,


Hasil doodle pertama.
Status : REJECTED!


Hasil doodle kedua.
Status : ACCEPTED!

Alhamdulillah. Semoga Allah kira ini sebagai satu usaha aku dalam menjadi daie kecil dalam agamanya. Satu ayat yang perlu kita ingat, "Dakwah itu seperti cinta. Ianya akan selalu meminta segalanya dari kamu". Usaha, masa dan sebagainya. Jadi, berkorban untuk orang lain untuk merasa manisnya di sana nanti. Semoga aku menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Ingat lagi tak hadith Rasulullah SAW?


Rasulullah SAW bersabda:

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.
(HR, Ahmad, Thabrani, Daruqutni)


Wednesday, May 22, 2013

Gugurnya dosaku.



Sabda Rasulullah SAW,
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, 
dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka"


Baginda Rasulullah SAW selalu memegang tangan Aisyah r,a ketika berada di dalam rumah, memotong kukunya, mandi junub bersama-sama serta bertukar giliran antara isteri-isterinya untuk bermusafir supaya dapat menambahkan lagi kasih sayang antara suami isteri.

"Abang, jom buat!" =)



Sunday, May 19, 2013

Family Day & BBQ MESSP


18.05.2013

Family day & BBQ buat warga MESSP (Malaysian Engineering Student of St Petersburg) dah berjaya dilaksanakan. Menjadikan satu memori buat aku yang baru selaku pelajar Tahun Pertama dalam pengajian ni. Dengan bilangan semua batch yang hanya 60 lebih orang, ditambah dengan 5 pelajar Moscow dari batch aku sendiri dah cukup memeriahkan suasana. 


See? Tak ramai pun student Malaysia kat sini, apatah lagi perempuan  -.- Tapi masih mampu berukhuwah dengan semantap-mantapnya. Alhamdulillah. Jom tengok gambar & video batch! .. dan beberapa selingan gambar.

Link video 1 : BBQ 2013
Link video 2 : A word of joy





.Sekian.


Saturday, May 11, 2013

Selamat Hari Mak 2013


alamak! akak tu salah eja nama abang =( maaf.
IQBBAR & ANIS


Esok sepatutnya Hari Ibu. Tapi nak buat macam mana, kena fikirkan mertua jugak. Maklum la, dah ada ibu yang kedua. Mak mertua hanya cuti pada hari Sabtu. Jadi, ni la penyebabnya. Dengan izin suami, aku order kek red velvet sebanyak dua biji. Satu dihantar ke rumah mertua di Lahat. Satu lagi, untuk ibu kandungku. 
.

 Buat mak dan mak mertua, semoga kalian sentiasa berada dalam kasih sayang Allah. Dan semoga Allah bantu kalian menjadi seorang isteri dan ibu yang mithali. Doakan kami juga ye, semoga suatu hari nanti kami diberi peluang olehNya untuk menjadi ibu bapa yang soleh dan solehah kepada anak-anak yang juga soleh dan solehah. Aminn ya Robbal a'lamin.





Friday, May 10, 2013

Senangnya dalam hati =D


Seronoknya, buat kali pertama lepas suami sign on kapal.. Ini la kali pertama aku dapat tengok muka suami secara live through video call. Thank you, Australia. Best jugak kalau route belah sana ye love? =p Kali terakhir tengok suami sendiri, 3 bulan lebih yang lepas. Entah dari mana datang kekuatan tu untuk bertahan sampai saat ni. Eh kuat ke? ***

.

Oh, rambut awopp dah panjang ye? Tapi tetap yang paling handsome di hati saya! ^^ Terima kasih sebab sudi berjalan jauh dari cabin ke wisma seafarer untuk cuba dapatkan internet. Terima kasih sebab tak pernah meninggalkan isterimu tanpa berita. Semoga Allah berikan syurga buatmu, abang! Syukur, sempat jugak tunjukkan video gambar nikah kami yang suami belum pun pernah tengok lepas kami nikah. You're my king. And I'll be the queen!


"paling handsome di hati yang tiada pengganti"


p/s : Ini kisahku. Buat kenangan bersama setelah bersatu.


Thursday, May 9, 2013

"Sayang, pakai la tudung tu tau."



"Sayang, nanti jumpa abang kat Port Klang.. sayang pakai la tudung pink gegaris tu tau!"
"Yang labuh. Nanti beli la tau."

I'm melted! Baik bos. Arahan diterima. Tudung ni nampak biasa pada mata perempuan-perempuan lain. I admit it. Sebab even kawan-kawan dan kakak sendiri pun cakap macam tu. Tapi takpa. Aku mahu kelihatan cantik pada mata suamiku! Ini kan suruhan Allah. Dapat pahala lagi tu! :)

Sabda Rasulullah SAW, “Seorang wanita di larang berhias untuk selain suaminya”. (HR Ahmad, Abu Dawud, dan An-Nasa’i)

Entah kenapa suami suka sangat tudung ni. Plus, warna pink. No wonder la, pink memang favourite dia. Masa first time jumpa dulu, dia pakai baju warna pink. Dalam hati, "poyonya!" Warna baju nikah kami pun pink. Dan sebelum ni, masa kami bertunang, suami hadiahkan aku tudung-tudung macam ni. Suruh dia pilih sendiri, dan aku akan pakai. Dua daripadanya, light pink and dark pink. Pheww~

Betul la, lepas nikah ni rasa macam sentiasa nak jadi terbaik depan suami. Walaupun belakang dia main belasah je. Gigih betul aku cari tudung ni. Tudung bidang 60 dah jadi pilihan utama suami dah sekarang ni. Terima kasih ya Allah. Engkau kurniakan aku seorang suami yang faham akan agamamu dan mampu menegur aku ke arah kebaikan dalam beragama.


p/s : Love, tunggu tau. Ada peluang kita jumpa ye =')
Semoga Allah redha.




Friday, May 3, 2013

PRU 13



Hari ni tanggal 4 Mei 2013. Bermakna esok merupakan penentu kepada siapa yang bakal memerintah Malaysia. Seram sungguh PRU kali ni. Perlu pangkah yang mana ye? Jom cek balik.


"Wahai orang-orang yang beiman! Janganlah kamu menjadikan pemimpin orang-orang yang membuat agamamu menjadi bahan ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberikan kitab sebelummu, dan orang-orang kafir (orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang-orang yang beriman" (Al-Maidah, ayat 57)

"Dan apabila kamu menyeru untuk (melaksanakan) solat, mereka menjadikan bahan ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah kerana mereka orang-orang yang tidak mengerti" (Al-Maidah, ayat 58)

Sabda Rasulullah SAW, "Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan meraka juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, dan begitu juga mereka. Manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknak mereka, dan mereka juga melaknat kamu." (Riwayat Muslim)


Ya Allah, andainya hari esok penentu berubahnya kepimpinan di Malaysia kepada pemimpin yang baru, Engkau titipkanlah sifat-sifat kempimpinan Rasul-Mu suatu ketika dahulu. Percaya atau tak, ni jugaklah tanda-tanda akhir zaman. Kurangnya para alim ulama'  dan ilmu agama dengan cara Allah mematikan mereka. Dan manusia lebih mengejar dunia daripada akhirat yang kekal abadi. Nauzubillahi min dzalik!





Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...