Saturday, May 25, 2013

Doodle dakwah self-made


Assalamualaikum wbt.

Syukur ke hadrat Allah SWT, masih diberi kesempatan menjalan dakwah-dakwah kecil untuk agamaNya. Baru-baru ni sempena Bulan Kemanusiaan anjuran AZAM RUSSIA, aku mengambil peluang untuk mengasah bakat sendiri dalam pembikinan doodle.

Ada dua pertandingan dijalankan, pertandingan tulisan Khat mengenai Palestin (Gaza) dan lagi satu pertandingan doodle. Boleh rujuk kat link ni, Bulan Kemanusiaan AZZAM RUSSIA. Dengan berbekalkan  idea bantuan Kak Lina dan roomate, aku berjaya menyiapkan satu doodle dialogue yang dikehendaki pihak AZZAM. Mungkin tak seberapa, tapi aku seronok sebab ni merupakan hasil doodle pertama 100% kerja tangan aku. 

Jom tengok dan komen! Ahakss,


Hasil doodle pertama.
Status : REJECTED!


Hasil doodle kedua.
Status : ACCEPTED!

Alhamdulillah. Semoga Allah kira ini sebagai satu usaha aku dalam menjadi daie kecil dalam agamanya. Satu ayat yang perlu kita ingat, "Dakwah itu seperti cinta. Ianya akan selalu meminta segalanya dari kamu". Usaha, masa dan sebagainya. Jadi, berkorban untuk orang lain untuk merasa manisnya di sana nanti. Semoga aku menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Ingat lagi tak hadith Rasulullah SAW?


Rasulullah SAW bersabda:

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.
(HR, Ahmad, Thabrani, Daruqutni)


No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...