Friday, April 26, 2013

Satu perintah atau pujukan?


Terdetik di hati untuk taip satu entry tentang ni. Untuk lebih jelas lagi,
"satu perintah dari suami, atau sekadar pujukan darinya?"



Tapi tentang apa?
Yes, tentang pemakaian purdah atau niqab. It seems to be simple. Tapi pada suami, ianya bukan. Pernah suatu ketika, lepas kami bernikah waktu kami duduk bersama di rumah mak dan ayah. Setiap kali keluar, suami mesti akan request supaya aku keluar dengan menutup sebahagian wajahku :) Dengan suara yang memujuk, tapi seakan-akan memerintah dengan lembut. Mana mungkin aku ingkar. Tapi mak ayah macam mana? 

Aku memlih untuk memakai purdah lepas kami melangkah keluar dari rumah. Belum kuat rasanya untuk bermula dari rumah. Apa kata mak? Apa kata ayah? Seronok jugak kadang-kadang. Sebab aku yang akan pakai, dan suami akan perbetulkan yang senget-senget tu. (kenapa tersenyum ni? grrr) Alasannya, sebab tak nak orang lain pandang isterinya, maklumlah kami sama-sama orang Ipoh, dan dia membesar di Ipoh. Mesti ramai kawan-kawan dia kat luar sana.



Rindunya saat ni. Syukur ya Allah. Kau hadirkan seorang suami yang mampu menegur saat aku salah, saat aku silap. "yang, pakai la sarung tangan spiderman tu. suka la tengok." (boleh pulak sarung tangan jejari tu dia panggil sarung tangan spiderman, tension! tension!) Tak pernah sekalipun dia terlupa untuk pesan supaya aku menjaga aurat di bahagian kaki. Sampai satu tahap, dia sendiri yang pakaikan saat kami kelam-kabut nak keluar. Subhanallah.. Terima kasih sekali lagi, ya Allah.

"Abang tak paksa sayang berniqab, tapi abang suka kalau sayang pakai. Sayang cantik sangat. Tambah-tambah pakai dengan tudung gegaris tu (tudung akel)" (Jangan pelik kalau aku punya banyak tudung akel yang bergaris di tepi. Suami pernah menghadiahkan aku 4 helai tudung macam tu. tanpa sedar, sekarang ni dalam koleksi hampir ada semua warna. wow *,* ) 


see? atas permintaannya, tudung gegaris oren.
 kali terakhir bersama, masa hantar suami naik kapal.

Aku sangat mahu untuk kelihatan cantik di matanya. Andai saja dengan rasa senangnya padaku kerana pemakaian seperti ini, barangkali aku mampu mencium bau syurga yang sejauh saujana memandang :) Kata Kak Nisa, kita kena pakai apa yang suami suka. Bila suami minta, kadang-kadang boleh jadi itu suatu arahan dan perintah. Mana wujud hukum seorang isteri yang boleh melawan kata suami. Kan? Ya Allah, andai aku pada ketika itu dan sehingga ketika ini tidak istiqamah lagi, Kau lembutkanlah hati orang di sekelilingku supaya mampu menerimanya, agar aku lebih kuat dalam mematuhi perintah suami.


Info : Purdah/niqab merupakan pakaian sunnah,
yakni pakaian isteri-isteri baginda Rasulullah SAW.
Dan coretan ini buat aku terutamanya,
manusia yang selalu lupa.


Friday, April 19, 2013

Adakah aku ikhlas?


Usrah kali ni. Hebat tajuknya. Walaupun simple dengan sekadar 6 huruf biasa.
IKHLAS.

Siapa yang berani jamin yang setiap perbuatan dia tu ikhlas? Pernah dengar tak, "ikhlas tu ibarat semut hitam, di atas batu gelap, di malam yang kelam!" Satu ilmu baru yang aku dapat, amalan kita takkan sampai bila tak melepasi tujuh langit Allah tu.

Jugak ilmu baru, tujuh tingkat langit Allah tu bukan bermakna tujuh lapis. Bukan macam lapisan bawang yang hampir sama pada setiap ketebalannya. Tapi ilmu macam ni, hanya Allah yang tahu. Yang pastinya, tujuh tingkat langit Allah bukan bermakna tujuh lapis.

Mari cek balik amalan-amalan kita, agak-agak kalau malaikat bawak tu sampai tak pada Allah? Allah takkan terima amalan kita selagi amalan-amalan tu tak dapat melepasi setiap langitNya.


  1. Langit pertama : Allah takkan terima amalan orang yang mengumpat.
  2. Langit kedua : Allah takkan terima amalan orang yang mengharapkan balasan keduniaan.
  3. Langit ketiga : Allah takkan terima amalan orang yang sombong.
  4. Langit keempat : Allah takkan terima amalan orang yang 'ujub. (rasa diri bagus)
  5. Langit kelima : Allah takkan terima amalan orang yang ada hasad dengki.
  6. Langit keenam : Allah takkan terima amalan orang yang tidak pernah mengasihi orang lain.
  7. Langit ketujuh : Allah takkan terima amalan orang yang tidak IKHLAS!

See? Betapa ruginya semua amalan-amalan kalau pada akhirnya tak tersemat secubit keikhlasan pun. Dan orang yang ikhlas ni pulak, takkan pernah sedar apa yang dia buat tu. Dan takkan pernah mengharapkan balasan apa pun dari orang lain. Jom cek hati, cek amal.


Al-Junaid berkata, "Ikhlas merupakan rahsia antara Allah dan hamba, yang tidak diketahui kecuali oleh malaikat sehingga dia menulisnya, tidak diketahui oleh syaitan sehingga dia merosakkannya dan tidak pula diketahui oleh hawa nafsu sehingga dicondongkannya."


Al-Fudhail berkata, "Meninggalkan amal kerana manusia adalah riak. Mengerjakan amal kerana manusia adalah syirik. Sedangkan ikhlas ialah jika Allah memberikan anugerah kepadamu untuk meninggalkan keduanya."







p/s : Jangan jadi mcm VE - Ikhlas tapi jauh~ =p




Thursday, April 18, 2013

Aku seorang ibu.





Alangkah indahnya nikmat seorang isteri apabila disempurnakan kehidupannya dengan gelaran ibu. Aku juga seorang wanita biasa, juga seorang isteri biasa yang betul-betul mengharapkan adanya nyawa lain di dalam rahimku. Sempurna rasanya diri ini.

Aku takkan pernah berhenti berdoa, agar Allah kurniakan kami anak-anak di saat kami bersedia menerimanya. Andai kata rezeki tu akan datang dalam masa terdekat ni, saat aku masih lagi seorang pelajar, aku akan redha dengan seredha-redhanya.

Cuba tengok gambar ni?



Ada satu ketenangan dalam gambar ni. Satu keindahan yang di dalamnya terkandung seribu kesakitan, seribu kesabaran, seribu kemanisan serta terkandung berjuta kali ganda pahala di pengakhirannya.. Bukan sekadar gambar biasa semata-mata. Ya Allah, berikan aku peluang itu. Tak sabar rasanya untuk didik anak -anak sendiri dengan didikan Al Quran. (anak-anak? banyaknya! =p hehe)



  "Anak-anakku sayang, ibu tau anak-anak ibu takda lagi kat dunia ni. Tapi ibu nak anak-anak ibu tau yang ibu tak sabar nak tunggu anak-anak ibu. Entah kat mana la anak-anak  ibu sekarang ni kan =') Ibu nak anak-anak ibu tau jugak yang sekarang ni pun ibu tengah prepare ilmu untuk sambut dan didik anak-anak ibu. Jumpa nanti ye, sayang!" (eh, ibu?) psssttttt >.<



Allah dah janjikan macam-macam ganjaran. See?



  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  • Apabila sesorang perempuan melahirkan anak, maka keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama.


Tuesday, April 16, 2013

Soalan pertama di akhirat nanti?


Soalan pertama yang akan ditanyakan kepada kaum lelaki pada hari akhirat nanti ialah mengenai :

  1. solatnya.
  2. kewajipannya terhadap isteri.
  3. perkara-perkara yang dikuasainya.



Soalan pertama yang akan ditanyakan kepada kaum wanita pada hari akhirat nanti ialah mengenai :
  1. solatnya.
  2. kewajipannya terhadap suami.

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan agli neraka ialah wanita. "Rasulullah SAW ditanya, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW, "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum berpuas hati dan merasa cukup."


"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Rasulullah SAW, "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang dari kami adalah dalam nikmat suaminya."









    Suamiku, milikku.




    Aku memilih untuk tidak menceritakan manis dan bahagianya nikmat berkahwin muda. Apa perlu aku kongsikan kemanjaan suami sendiri, kebaikan suami sendiri, kenakalan suami sendiri kepada orang lain? Mana mungkin! Aku wanita yang penuh dengan perasaan cemburu. Sepertimana kuatnya cemburu Saidatina Aisyah sendiri terhadap baginda Rasulullah.

    Aku tak mahu wanita di luar sana mendambakan seorang lelaki seperti suamiku. Suami aku takkan sama dengan sesiapa pun di dunia ni. Sebab tu la Allah jadikan suami tu orang yang paling penting untuk ditaati selepas Allah dan Rasul. Juga untuk disayangi. Bukan ke begitu? ^^

    Awal-awal lagi, suami berpesan supaya jangan rancak menceritakan 'kebahagiaan' kami untuk tontonan sesiapa sekalipun. Dosa besar! Termasuk mak ayah. Apatah lagi orang luar. Jadi para isteri, aku mohon. Perliharalah suami kalian daripada dikongsi. Dan didambakan oleh orang lain.

    "Wah, cuba tengok diorang tu.
     Tengok suami dia. Baiknyaa. Kalau aku, aku nak laki macam tu jugak!"

    Arghhh. Aku tak mahu mendorong orang di luar sana yang belum berkahwin mencari-cari nikmatnya berkahwin muda sedangkan masanya belum tiba, dan menjadi lalai dengan keseronokan yang sekadar pinjaman ni. Biarlah mereka kekal teguh dengan tanggungjawab mereka terhadap agama. Dan aku terhadap suamiku dan agama. Lillahi taala. 



    p/s : Abang, you're mine! =D


    Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

    Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...