Monday, May 28, 2012

Sakitkah engkau, Wahai Adam?


aku dicipta kerana kesunyian Adam.
kerana perlunya Adam dengan kehadiran aku.
tidak mampukah Adam hidup tanpa kehadiranku?
atau Adam mungkin mampu bahagia bersamaku?
meraih pahala bersama-sama hingga ke syurga..
atau barangkali hanya mampu meraih dosa.
 sedikit demi sedikit.
hingga pada akhirnya nanti,
hidup 'bahagia' di neraka sanaaa..


Adam. dan aku - Hawa.
aku lemah .
lemah kerana takdir Allah untukku.
adalah supaya aku dilindungi.
seperti yang engkau tahu. dan juga aku sendiri tahu.
tidakkah terbeban tatkala aku disampingmu?
disaat aku menjadi yang halal bagimu,
engkau bertanggungjawab atas agamaku dan syurgaku.
mana mungkin aku mampu ke syurga berseorangan.
 tanpa redhamu sebagai seorang yang bergelar suami.


bangunlahhh Adam.
bangun. dunia ni terlalu suntuk untuk kita bermain mata.
untuk kita menguji kesetiaan di antara kita.
terlalu suntuk . sungguh .
kebahagiaan itu bersifat sementara. 
bantu aku untuk punya kebahagiaan yang abadi.
ayuh kembali kepada Pencipta kita.
Dia menanti taubat kita.
andai benar kasihmu terhadapku setulus hati,
ayuh maju bersama-samaku.


di akhir zaman ini, Adam.
aku tidak pernah mengharap engkau sesempurna mungkin.
sesempurna Saidina Ali.
kerana engkau perlu tahu.
aku bukannya Saidatina Fatimah.
juga bukan sesempurna Rasulullah SAW.
kerana aku juga bukannya Saidatina Aisyah.



Saturday, May 26, 2012

Final Examination.


ni just Final Examination je taw!
bukan Final Destination :D

kenapa perlu ada post pasal final exam ni ? penting sangat ke pun? mungkin ada beberapa sebab :
  • kali terakhir aku exam by using environment Malaysia . seriously, kali terakhir.
  • sebelum ni mungkin jarang nak ambik taw pasal final, tapi at last .. dalam tiga2 sem dalam Pre Russian ni, aku rasa ni the most gempak kot. kot~ hehe.
  • satu2 nya exam yang ada dibuat pada hari SABTU . sabtu ok !
  • mungkin lepas ni, bila aku baca balik entri ni.. at least aku boleh ingat sejarah aku yang lepas2, sweet kan ? ahakssss!
  • + mentazkirah diri sendiri tentang maksud sebenar FINAL DESTINANTION tu !

let's say : jadual untuk Final Exam Pre Russian Batch 7 Tahun 2012 : Sem 3 ~ phewwww .

Khamis 31/5/2012 : Russian (Writing) - Tatiana Lvovna
Jumaat 1/6/2012   : Russian (Oral) - Tatiana Lvovna
Sabtu 2/6/2012      : Physics - Aleksej Lebedev
Isnin 4/6/2012       : Maths - Rustem Sunchelev

p/s : boleh tahan kan? fuhhh . alhamdulillah takde informatics .

harapan aku kat sini, LULUS. sebabnya lulus dengan cemerlang tu, bukanlah mustahil. tapi sebab aku sedar kot, tahap usaha aku setakat mana. nak last2 ni, study ala kadar aje laaa... takpe la, janji usaha . Allah tengok usaha, bukan hasil kan?? :) just smile. tapi jangan pulak syahid dulu sebelum angkat senjata . ok?

stay cool. jangan tension!
sebab orang yang tension tu, adalah orang yang kurang bijak. sebab? 
dia tak dapat kawal diri sendiri. 
muhasabah diri sendiri :)


ni baru final exam. belum lagi final destination kat akhirat sana tu.. terasa macam nak muhasabah diri la pulak malam2 macam ni :'( cukup ke amalam aku nak ke syurga tu nanti? aku tak nak nanti bila depan Allah, aku ibarat aku yang baling batu, tapi aku sendiri yang sorokkan tangan. tak nak . kenapa la keinsafan ni datang sekejap aje?? hati aku ni mudah sangat ..... ~ urghhhh! mungkin sebab ada kalanya aku lupa doa Rasulullah yang satu ni  agaknya.. bukan ke kalau kita tak mintak, Allah kurang rasa nak bagi sebab kita memang tak usaha nak mintak . kan? hmmm. doa ni la ..

"ya Muqallibal qulub! thabbit qulubi 'ala dinik. wa 'ala tho'atik"
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati2.
 Teguhkanlah hatiku di atas agamaMu
dan di atas ketaatan kepadaMu.

Rasulullah sendiri pun selalu baca doa ni hampir di setiap sujud baginda. tapi aku? so, jangan nak mengada pertikaikan la, kenapa itu dan ini. benda simple pun aku tak mampu buat. haishhhhh. tolongla wahai hati :'( aku rindu sangat berada dalam keadaan yang sebelum ni.

ya Allah, jangan kau tarik nyawa ini sebelum aku sempat kembali kepada jalan yang sebenar2nya. tinggalkan yang batil , teruskan dengan yang haq! terimalah permusafiran aku yang akan datang, sebagai satu jalan aku untuk kembali kepada yang haq. bukan sekadar belajar untuk menjadi wanita yang hebat di mata lelaki macam yang lain bayangkan . tapi lebih dari itu!

sesungguhnya, Hari Pembalasan itu pasti.


Friday, May 25, 2012

Sebulan yang mendatang.


bila cakap pasal SEBULAN lagi yang tinggal ni , rasa sebak sangat . sedih . sayu . pilu . cukup pakej la rasa berat hati aku ni . mungkin Allah takdirkan rezeki aku, jalannya macam ni . takpe la , aku redha . serius .

MARINE .

pada aku, bunyinya agak aneh bagi sorang perempuan. tapi aku percaya , dalam keanehan ni .. ada satu takdir yang aku pun belum pasti. mungkin aku boleh berjaya dengan jalan ni , dan bukan bidang Aviation macam orang lain. lagipun, aku percaya dengan apa yang Allah cakap.. Dia takkan membebani aku , melainkan dengan kesanggupan aku. jadi , aku rasa .. belum tentu lagi aku boleh follow life kat Moscow tu nanti. sebab tu takdir aku pada bidang MARINE! hehe..


ayah . mak . kamie sayangggg sangat2. tak taw la macam mana nak hidup kat sana nanti. I'm gonna miss both of you. penatnya ... lama sangat kamie tak duduk kat rumah . sejak form 4, sekolah asrama . sampai sekarang. jarang2 je balek .. tapi tiap kali cuti, semua layan kamie macam puteri. semua makanan feveret kamie mak masak. walaupun bukan semua orang dalam rumah tu makan. Thanks a lot mak!

Ayah , I miss your hug, better than anybody :( I feel so calm to be near with you. You're my first hero in my life! tapi .. tinggal lebih kurang 5 tahun je lagi, lepas ni kamie insyaAllah dah jadi hak orang lain . masa tu kan , suami kamie lagi penting daripada mak ayah . Kamie mintak maaf .. tapi, kamie nak mak ayah tahu .. sesibuk mana pun kamie, secepat mana pun kamie terpaksa solat dalam kesibukan tu, kamie tak pernah lupa doakan mak ngan ayah . Rahmatilah mereka wahai Al-Khaliq!



... dan mungkin jugak, aku boleh jumpa jodoh aku kat sini . pada aku, jodoh tu usaha :] dan aku rasa, aku dah jumpa si dia. ya Allah, dalam pencarian ini .. Kau temukan aku dengan sesorang yang sekufu denganku. pada hemat aku ya Allah, cukuplah dia , dia yang itu. panjangkanlah jodoh kami . peliharalah hubungan ini sehingga ianya menjadi HALAL di sisi-Mu. semoga kejauhan yang beribu batu itu nanti, menjadi titik tolak kepada perubahan kami menjadi hamba yang lebih baik buatMu. 


p/s : awak, jarak tu nanti kan .. harapnya bukan menambahkan kerinduan antara kita . tapi menambahkan keredhaan Dia :) you're currently approaching my wali . you did it. thanks! <3

Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Surah ar-Rum, ayat 21)

Sabda Rasulullah bermaksud:
Apabila datang (melamar) kepadamu orang yang kamu sukai akhlak dan agamanya maka kahwinilah dia. Kalau tidak engkau perbuat demikian, akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.
(Hadis riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

mak, ayah . terimalah dia sebagai bakal imam kamie! tapi, ayah kena 'uji' dia dulu taw :D


Saturday, May 19, 2012

Aku tiada harta.


kenapa tajuk post ni macam ni ek? HAHA . nasib la , tajuk ni je yang terlintas.

betul la , kita belajar dari pengalaman hidup . sama jugak macam aku . belajar dari perangai dan pengalaman orang di sekeliling aku . bukan mengutuk , bukan mengeji , apatah lagi menghina . tapi sekadar nak ingatkan yang lain , dan aku sendiri tentang sesuatu yang kadang2 kita tak patut buat . tambah pulak perbuatan tu bagi kesan kat orang lain . 

teringat pulak perbincangan dalam usrah.

soalan : antara seorang perempuan yang menyanyi untuk mencari rezeki dengan seorang perempuan yang makan babi , mana lagi teruk ?

perbincangan kami : seorang perempuan yang menyanyi tu la ! eh , tapi kenapa?? memang la kedua-dua tu perbuatan yang Allah larang . tapi bila kita buat sesuatu tu , tolong jangan bagi kesan kat orang lain . macam si penyanyi tadi , katakan dia buat konsert .. orang ramai pegi .. ntah2 ada yang tertinggal solat sebab konsert tu . lagha . upssss ! macam makan babi , just effect kat darah daging dia jela .. dan tak drag umat Islam lain yang tak berdosa . lagipun , mana mungkin bila penyanyi tu dah bertaubat .. dia mampu tolong mentaubatkan orang2 lain yang tertinggal solat tu. kan ? wallahua'lam . tegur saya kalau salah . saya ulang, ini perbincangan . bukan jawapan :)


jadi, berbalik kepada tajuk asal , 'AKU TIADA HARTA' . pada pendapat aku yang tak berapa arif sangat ni .. aku rasa , masalah TIADA harta tu bukan jadi sebab kenapa kita tak perlu memberi . kalau kita miskin ke , papa kedana ke , takpe . jangan risau . sebab bukan kaya yang menjanjikan SYURGA . tapi .. janganlah lokek untuk memberi . kalau kita kurang berharta , ada 20sen dalam poket , bagi la 10sen . tak pun 5sen . asalkan bagi . jangan berkira .. rezeki Allah tu kan seluas langit dan bumi . ingat lagi tak ayat dari surah Ar Rahman : "nikmat Aku yang mana satukah ingin kamu dustakan?" - lebih kurang la . nak cakapnya kat sini , dalam sedekah atau memberi tu sendiri ada keajaiban! hebat kan ?

percayalah .. satu kita bagi, sepuluh kita dapat!

teringat pulak tagline Ustaz Hasrizal : ERTI HIDUP PADA MEMBERI :]


p/s : memberi ^^

Friday, May 11, 2012

Kem Biro Tata Negara.


ha , macam ni la baju formal dalam kem ni :)

Tempat : Kem Bina Negara, Meru , Klang
Tarikh : 7/5/2012 - 11/5/2012
Tujuan : Wajib ada sijil BTN bagi mereka yang nak fly. tiada kompromi.


over all , kem ni tak la annoying pun . dari segi bilik , tandas , makan , masa .. takde benda yang nak dikomen! tahniah la . bukan senang nak dapat kepuasan hati yang maksimum kat mana2 kem pun . betul tak ? so , tak rugi la kalau korang kena buat program kat kem ni . percaya la ~ hehe :)

dalam kem ni , aku ditabalkan sebagai penghulunita , hasil cadangan daripada kawan aku . mungkin Allah nak bagi aku rasa macam mana menjadi pemimpin bagi wanita dalam kem ni . *think positive :) kem ni tak la ramai , kali ni .. hanya kami , Pre Russian batch 7 yang seramai 32 orang dan sorang brader - Danial Arif yang bakal fly ke France. Kami Pre Russian , ambik course marine or aviation engineering. tapi brader tu hebat ! dah la die sorang yang join . ambik course fesyen pulak tu . saya ulang , FESYEN :) lagi hebat , bila dia la bahan uji kaji pihak MARA , dengan kata lain , anak Melayu pertama yang dihantar untuk buat course fesyen tu . hebat kan ? ni dia .



p/s : kenapa la bukan aku , hehe . kalau tak .. tak payah pening2 pikir Newton's Law tu sume :D

mostly , dalam kem ni banyak cakap pasal kedudukan bangsa Melayu yang sebenarnya . aku cukup kagum pada mereka2 yang sangat2 tinggi semangat patriotiknya .. sebab , berapa ramai je kaum Melayu dalam Malaysia ni yang tak pentingkan diri ? betul tak ?  

kem ni sangat2 bagus . walaupun ada kaitan politik sikit . tapi aku suka :) dorang guna pendekatan yang mudah bagi kami yang punya IQ rendah pasal politik ni, bak kata brader Danial . alhamdulillah , setakat ni aku paham . dan aku rasa bertanggungjawab la pulak kat bangsa aku sendiri . korang ? aku suggest korang g kem ni , hehe :) 

nak jadi pemimpin bukan mudah . 

so , no wonder la dalam Malaysia ni sendiri wujudnya pilihan raya untuk bagi peluang rakyat2 dia pilih pemimpian yang baik . tapi satu je , dalam pada masa nak perkukuhkan kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu tu sendiri , kita tak boleh la selfish ! pikirkanlah jugak pasal agama . betul tak ? negara kita dulu merdeka , memang la masa tu agama tak kuat mana . tapi Allah bagi kita peluang belajar , bukan ke untuk jadi lebih baik dari dulu , kan ?? so , apa salahnya .. selain perjuangkan bangsa supaya Malaysia terus aman , perjuangkanlah jugak Islam . supaya kita sama2 dapat tempat kat akhirat . betul tak ??

lagi satu :

aku rasa keyakinan untuk aku bercakap kat depan bertambah. bagi ucapan penangguhan selaku penghulunita. dan mempertahankan pendapat aku masa dalam group . aku rasa aku pun boleh jadi hebat ! biasakan yang biasa . kan ? alhamdulillah.

that's all . sekian :)


Sunday, May 6, 2012

Nilai sekotak susu Dutch Lady.


ada apa dengan sekotak susu Dutch Lady ni ?


aku mula menggemari susu coklat ni since kat KISAS kot . dulu aku paling benci susu =.=
well , betul la . something yang kita benci, mungkin boleh jadi yang paling kita suka . i admit it . fullstop . 


bila bercakap pasal susu ni . satu benda je ada dalam kepala otak aku . AYAH .
  • setiap kali aku balik rumah , ayah mesti akan beli susu ni . aku tak taw kenapa . tapi ini kebiasaan sejak beberapa tahun lalu . padahal harga sekotak RM1.50 tu .. aku mampu je nak beli sendiri . 
  • since kat KISAS lagi , setiap kali aku nak pulang ke 'sangkar' .. dekat KTM , comfirm ayah beli .bukan satu , kadang2 DUA . kadang2 TIGA . p/s : boleh muntah minum sekali gus :D
  • kat rumah pulak , lain ceritanya .. sekotak besar , comfirm mostly aku je yang minum . HEBAT kan . errrkkk -.-

so . kat sini .. kamie nak cakap something ..

 KAMIE SAYANG AYAH :'(

ayah layan je ape favourite kamie . terima kasih, ayah . nanti kamie dah takde , ayah jangan rindu kamie tauuu .. sebab nanti takde sape lagi nak belikan susu coklat untuk kamie kat sana nanti . kamie ingat sampai bila2 .. nilai sekotak susu coklat tu takkan terbanding dengan apa2 pun :'( Ya Allah , kau ketuklah pintu hatinya dengan keinsafan . selamanya .. letakkan ayahku di bawah rahmatMu sentiasa. aminnn ..

p/s : kami pasti akan rindu kat ayah kat Russia nanti . hanya sebab sekotak susu yang penuh dengan kasih sayang . dan bukan susu semata-mata T.T

Friday, May 4, 2012

semoga dakwahku diterima.


Pertandingan Mencipta Video
Organiser : Kelab Ashab
Sempena : Minggu Hayati Fitrah Insan 2012 (MIAT)
Tarikh : 18/4/2012

aku cuba2 nasib je dalam competition ni . kalau menang , alhamdulillah . kalau tak pun , alhamdulillah .. aku cuma nak sampaikan apa yang terlintas kat fikiran aku ni . dengan harapan , apa yang aku buat tu terkesan la kat mana2 hati .. even hanya dengan satu perkataan :  'AURAT'


apa2 pun aku sedikit terharu la , bila ada satu hamba Allah ni upload video aku dalam fb :) lagi seronok , sebab bukan je student MIAT yang tengok . tapi bertambah2  ramainya lagi .. 

cuma satu je .

ya Allah , andai dengan kemenangan ini satu titik tolak yang menandakan mereka terkesan dengan dakwahku . Kau redhakanlah .. sekalipun aku tidak mampu melalukan kebaikan itu dengan sempurna , tapi aku takkan jemu menyebarkan kebaikan yang itu .. pandanglah usaha ini sebagai salah satu sahamku di akhirat sana nanti :) aminnn ya Allah !


Thursday, May 3, 2012

sebab kau hanya KAWAN . bukan SAHABAT .


haishhh . rindu betul dgn ukhuwah yg ini :)


maafkan aku, Tuhan . ampunkan aku , Tuhan .

ini bukan satu keluhan . tapi sekadar luahan hati yang dah lama dipendam . GUNUNG BERAPI . setelah sekian lama memendam lava di dasarnya. dan pada akhirnya , apabila meletus, ia akan memusnahkan sekitar kawasan yg sememangnya punya tanaman yang subur dan baik .

begitu juga aku .

aku wanita biasa . yang hanya mampu memendam perasaan sendiri . kerana aku taw , dalam kesabaran tu ada kehebatan yang luar biasa . aku bukan mengharap pujian atas kebaikan aku , tp cukuplah sekadar mereka taw menghargai :) ini pun mampu membuat aku tersenyum lagi ^^

hakikatnya , dunia ni bukan selalu indah .

aku juga punya perasaan , punya hati untuk diambil taw sakit pedihnya . kerana kau KAWAN , dan bukan SAHABAT .. jadi , aku diamkan :(

Allah , moga diam aku ni dapat jadikan aku lebih baik . mungkin .
p/s : kerana aku punya hati .


Wednesday, May 2, 2012

Saya tunggu awak :]


Awak .

saya tak taw kenapa saya tulis benda ni . mungkin sekadar nak ubatkan hati sendiri .
mungkin jugak sebab nak tambah kekuatan kat hati sendiri :)

saya tak mintak nak kenal awak . sikit pun tak penah .

tapi saya tak lupa lagi , yg saya penah mintak kat Allah supaya kurniakan saya Imam yg baik utk saya dan bakal anak2 saya . sekali pun , saya tak pernah berdoa supaya Allah kurniakan saya sorang lelaki yang kaya . kacak . gagah perkasa . atau yang selalu jejak kaki ke masjid , selalu qiam ke .. even selalu pakai kopiah pun saya tak penah mintak . BETUL :)

p/s : tapi kalau awak ada semua ni, atau +++ lagi .. itu BONUS ! hehe.


pada saya , cukup la awak jadi sorang lelaki yg rindukan keinsafan , dan nak berubah sama2 ngan saya . sama2 usaha utk dapatkan syurga Allah . saya tak nak lepaskan awk .. dan tak nak terlepas . tolongla bawak saya sekali :'( boleh kan ?


insyaAllah , kalau jodoh kita ada kat Luh Mahfuz sana tu , saya akan gembira sangat sebab dapat jadi yg HALAL buat awk ! :) dan kalau diberi pilihan , saya nak jadi yg terbaik utk awak suatu hari nanti . saya taw , jalan mudah bagi wanita nak ke syurga , bukan ke dengan taat pada suaminya ? :) awak ingat lagi tak ..

Anas bin Malik menyatakan Nabi Muhammad bersabda: “Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki,” Riwayat Abu Na’im.

tapi apa2 pun , saya tak nak jugak perasaan kita ni Allah tak redha :'( awak boleh tak janji ngan saya . awak akan tunggu saya sampai bila2 .. sebab saya pun akan buat benda yg sama . insyaAllah , dengan izin Allah .. saya nak pesan kat awak ni ..

  • jaga diri baik2 .
  • jaga solat.
  • jaga iman .
  • jaga agama .
  • jaga pandangan .
  • jaga hati <3



nota kaki : kalau la awak taw :'( albi nadak, ya Allah !







Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...