Friday, May 11, 2012

Kem Biro Tata Negara.


ha , macam ni la baju formal dalam kem ni :)

Tempat : Kem Bina Negara, Meru , Klang
Tarikh : 7/5/2012 - 11/5/2012
Tujuan : Wajib ada sijil BTN bagi mereka yang nak fly. tiada kompromi.


over all , kem ni tak la annoying pun . dari segi bilik , tandas , makan , masa .. takde benda yang nak dikomen! tahniah la . bukan senang nak dapat kepuasan hati yang maksimum kat mana2 kem pun . betul tak ? so , tak rugi la kalau korang kena buat program kat kem ni . percaya la ~ hehe :)

dalam kem ni , aku ditabalkan sebagai penghulunita , hasil cadangan daripada kawan aku . mungkin Allah nak bagi aku rasa macam mana menjadi pemimpin bagi wanita dalam kem ni . *think positive :) kem ni tak la ramai , kali ni .. hanya kami , Pre Russian batch 7 yang seramai 32 orang dan sorang brader - Danial Arif yang bakal fly ke France. Kami Pre Russian , ambik course marine or aviation engineering. tapi brader tu hebat ! dah la die sorang yang join . ambik course fesyen pulak tu . saya ulang , FESYEN :) lagi hebat , bila dia la bahan uji kaji pihak MARA , dengan kata lain , anak Melayu pertama yang dihantar untuk buat course fesyen tu . hebat kan ? ni dia .



p/s : kenapa la bukan aku , hehe . kalau tak .. tak payah pening2 pikir Newton's Law tu sume :D

mostly , dalam kem ni banyak cakap pasal kedudukan bangsa Melayu yang sebenarnya . aku cukup kagum pada mereka2 yang sangat2 tinggi semangat patriotiknya .. sebab , berapa ramai je kaum Melayu dalam Malaysia ni yang tak pentingkan diri ? betul tak ?  

kem ni sangat2 bagus . walaupun ada kaitan politik sikit . tapi aku suka :) dorang guna pendekatan yang mudah bagi kami yang punya IQ rendah pasal politik ni, bak kata brader Danial . alhamdulillah , setakat ni aku paham . dan aku rasa bertanggungjawab la pulak kat bangsa aku sendiri . korang ? aku suggest korang g kem ni , hehe :) 

nak jadi pemimpin bukan mudah . 

so , no wonder la dalam Malaysia ni sendiri wujudnya pilihan raya untuk bagi peluang rakyat2 dia pilih pemimpian yang baik . tapi satu je , dalam pada masa nak perkukuhkan kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu tu sendiri , kita tak boleh la selfish ! pikirkanlah jugak pasal agama . betul tak ? negara kita dulu merdeka , memang la masa tu agama tak kuat mana . tapi Allah bagi kita peluang belajar , bukan ke untuk jadi lebih baik dari dulu , kan ?? so , apa salahnya .. selain perjuangkan bangsa supaya Malaysia terus aman , perjuangkanlah jugak Islam . supaya kita sama2 dapat tempat kat akhirat . betul tak ??

lagi satu :

aku rasa keyakinan untuk aku bercakap kat depan bertambah. bagi ucapan penangguhan selaku penghulunita. dan mempertahankan pendapat aku masa dalam group . aku rasa aku pun boleh jadi hebat ! biasakan yang biasa . kan ? alhamdulillah.

that's all . sekian :)


No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...