Friday, January 22, 2016

Trip ke Helsinki, Finland (part 1)

08.11.2015

Aku dan Kina bertolak ke Helsinki dari St Petersburg naik cruise Princess Maria jam 1900. Quite cheap jugak sebenarnya. Harga dia 68 euro untuk cabin 2 orang, tapi kitorang decide nak merasa breakfast buffet dalam cruise tu, 12 euro kau! About Rm56 jugak laa masa ni, huhu. So totalnya jadi 92 euro untuk 2 orang + buffet breakfast. Lebih kurang Rm229. Okay la tu kan? Hehe. Kitorang beli under company https://stpeterline.com/  -- haa, boleh la Google.

Kalau korang nak tau, St Peterline ni ada dua cruise je, Princess Maria (St Petersburg-Helsinki) & Princess Anastasia (St Petersburg-Helsinki-Stockholm). Selalunya Princess Maria ni makan masa 1 malam jela dalam cruise. Tapi Princess Anastasia selalunya makan masa 4 malam dalam cruise. Jauh la katakan --


Time ni sejuk yang amat! Maklum la tepi laut. Station cruise ni terletak dekat Metro Priyamorskaya. Lepas tu kena naik bas dalam 15 min untuk sampai ke port ni. Well done =D Sampai je, kitorang terus check in and dapat boarding pass. 

menarik pulak tengok boarding pass ni. Make sure jangan hilangkan!
Masuk je cruise ni, rasa teruja sangat. Terus terbayangkan titanic. Tapi yang ni moden sikit laa.. Apa yang pasti, cruise ni kan tempat orang bercuti. Jadi macam-macam la maksiat atas ni, huhu.. Yela, dengan pub, casino, wayang, mesin judi, arak, disco semua ada. Redha jela masa tu, risau je mati kat situ. Ahaksss..


Lepas je kitorang solat maghrib, terus je pergi jalan2 cuci mata dekat Duty Free & finally pergi pub ni dengar orang nyanyi. Sedap jugak la penyanyi dia. Lagu ala-ala menari romantik gituuu.. Habis tu terus masuk bilik & dinner! Kitorang bawak bekal tau, hehe. Jimat!

Ni la cabin ktorang. Alhamdulillah, macam yang dibayangkan =D

Kalau korang nak tau, aktiviti dalam cruise ni boleh kata 24 jam non stop. Tengah malam ada disco la, nak dengan tak nak je huhu. Tapi kitorang mestilah pilih untuk tidur! Esok kan nak travel seharian.

Zzzzz.. bersambung.




Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...