Friday, December 27, 2013

Cincin nikah .. hilang?


Cuai. Dan cuai lagi.
Lalu bersedih --

Al kisah. Hari ini di uji dengan satu ujian. Tanda cinta kita hilang? Cincin nikah yang sering aku kenakan di jari, dah tak ada lagi. Hilang entah ke mana. Malam tu, buat karipap. Adegan menguli tepung bermula selepas cincin nikah di jari ditanggalkan dan diletakkan di atas meja.

Allahu--

Misplaced! Tak jumpa. Lalu berdoa.. supaya diketemukan semula. Amiinn :( Inform pada suami. Hati ini kembali tenang, setenangnya ayatnya. Dan seperti selalunya. Syukur kerana dikurniakan suami yang mencintaiku apa adanya. Cewah-

"Abang, ada satu berita sedih ni. Dengarlaa.. "
"Ye, cakaplaa."
"Cincin nikah kita hilang.. Sayang tak tau, dah cari dah.. (meneruskan cerita).."
"Sayang, yang abang nak peluk selalu tu sayang ke cincin tu? Yang abang sayang sangat tu, sayang ke cincin tu? Dah.. nanti usaha cari ye.. Abang tak nak sayang letakkan diri sayang sebersalah.. Sayang redha je tau. Cincin boleh cari lain, sayang tak..."

Zupppp! --

Why? Why you're so calm.. Why? Your words always comfort me.
That's it! (I start to smile, again) 
Terima kasih, abang. 
Sebab menjadi sesuatu yang sentiasa menyejukkan mata dan jiwa :) 
Semoga cinta ini hingga ke syurgaNya. Aminnn

271213

Monday, December 2, 2013

Resepi Apam Dewa


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
6 biji telur
2 sudu besar oren sunquick
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete (tak guna pun)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Didihkan air dalam periuk kukus.
  2. Sementara tunggu air mendidik, saupan loyang dengan minyak. Ketepikan.
  3. Pukul telur + gula + ovellete. Pukul sampai betul-betul kembang.
  4. Masukkan esen vanilla dan oren sunquick. Pukul sampai adunan naik 2x ganda. Lebih kurang 15-20 minit.
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa warna. (ikut suka)
  7. Bermula dari tengah, masukan secara berselang-seli adunan yang telah diwarnakan tadi.
  8. Hentakkan adunan beberapa kali untuk mengeluarkan ruang udara yang terperangkap.
  9. Untuk buat ukiran yang cantik, guna lidi dengan menarik dari tengah ke luar.
  10. Kukus apam selama 40 min dengan api yang sederhana. 
  11. Sejukkan, dan siap dimakan!



Contoh yang aku buat =)
Tindih kedua-dua kaler yang berbeza pada tengah2 loyang.
So jadilah yang macam wave tu!


Tarik adunan guna lidi ikut bentuk yang disukai! Dan siap!




Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...