Tuesday, December 20, 2011

Nikahi saya :)

assalamualaikum .

buat dia yang selalu aku harapkan yang terbaik dari yang Maha Esa ...


"awak , saya harap Allah redha dengan perasaan ni . saya ingat lagi satu hadith tu , - haram bagi lelaki mencintai seseorang perempuan , melainkan dengan niat untuk menikahinya- saya tak nak awk dimurka Allah . jom sama2 jaga hati ni nak ? :) saya taknak syirik cinta pada Allah , awk pun sama kan ? walaupun awak belum tentu baca entri ni .. saya nak awak taw , saya sayang awak sebab 'sesuatu' tu :) boleh tak satu hari nanti awak jadi yang HALAL utk saya ? ^^ "


p/s : ' belum tentu saya jodoh awak , dan awak jodoh saya . tapi , bukan ke dengan berdoa tu saja yang dapat mengubah takdir Allah ?? '

Saturday, December 17, 2011

Allah tak ADIL !



aah kan ? kenapa Allah tak ciptakan semua orang dalam muka bumi ni baik , lahir dalam keluarga Islam , dan semuanya masuk syurga . kenapa la Dia nak susah2kan diri untuk cipta macam skang ni ? *menyusahkan Allah je kan . kesian la kat orang non-muslim tu . dorang tak bersalah pun . bukan dorang mintak nak jadi kafir kat agama suci ni . betul tak ?? Ish . Allah tak adil !


***sabar . sabar .


istighfar dulu ye :) --> astaghfirullahal azim .. 3x



  1. Kenapa ?? suka hati Allah la . dah Dia pencipta . lantak Dia la nak buat apa . sibuk je ! 
  2. Hidup ni kan ujian .. sebab tu la .. yang paling penting untuk masuk syurga , kena la jadi orang yang BERTAQWA . paham ? kalau tak , tak payah la Nabi susah2 berdakwah kat umat dia ~
  3. Ingat senang ke nak senang ?? masuk tandas pun kena bayar 30sen taw skang ni . jadinya , kalau nak bahagia selama2nya kat akhirat nanti , kena la buat 'SAHAM' dulu kat dunia ni . ok ?
  4. Tak semestinya orang Islam semuanya dapat masuk syurga kan ? ada jugak yg masuk neraka . Dan tak semestinya orang bukan Islam terus masuk neraka . kan ? ***Ingat lagi tak cerita sorang pelacur yang penuh dgn dosa .. dia cuma bagi susu pada seekor kucing yang haus je pun .. last2 , Allah tempatkan dia dalam syurga . subhanallah !! pikir balek ye :)
  5. Hidayah tu milik yang Maha Esa . kalau Allah nak tarik hidayah tu dari kita yg Islam ni . skang pun boleh :) dan kalau Allah nak bagi hidayah kita tu kat orang kafir .. skang pun boleh :) '
  6. Dan last skali . ingat lagi tak ? orang kafir yang masuk Islam tu .. seakan2 seperti seorang bayi yang baru dilahirkan . masyaAllah ... kita lahir Islam pun belum tentu lagi takde DOSA .




*ingat taw .. ALLAH TAK KEJAM :)


Thursday, December 15, 2011

Maafkan aku , Mursyid :(



kenapa mesti Mursyid ? sape tu ?


Mursyid - Cikgu - Lecturer - Pengajar yg mengajarkan :)


that's it . !

aku terasa nak taip post yang macam ni , semata2 nak ingatkan diri aku balek . apa yang penah aku belajar dulu . apa guna ilmu kalau tak bermanfaat langsung , sekalipun untuk tuannya . kan ?

untuk keadaan aku yang study dgn lecturer Rusia , memang betul2 mencabar bagi kita yang sememangnya diiktiraf Malaysian , dan penuh dgn "JANJI-JANJI MELAYU" *lambat .


bila sesuatu tu terjadi , aku jadi terpikir kenapa macam tu , dan kenapa macam ni ?
kadang2 diri sendiri yg terlajak . dan makan diri balik .


orang Rusia ni aku tabik la ! masa memang on time !
cakap la nak kelas pukul 6 pagi sekalipun . sebelum 6 pagi die dah terpacak kat situ . Melayu ? aishh , jangan cakap la . sedangkan aku sendiri pun tak mampu lagi nak jadi se'panctual' mereka .


kalau dalam kelas , macam poem 'road not taken' je aku rasa . sebabnya , the way he is and the way we're .. are different ! kadang2 tak sehaluan . tapi .. terima jela :(


kadang2 tak mampu nak tahan rasa tak puas hati tu . berkali-kali main kat fikiran aku , yang Ustazah penah cakap ..

  "hormatnya Imam Syafie terhadap mursyidnya , sampaikan dia nak selak helaian buku pun .. berjaga2 supaya takda bunyi . motif? nak jaga hati mursyid dia"


subhanallah . apa aku dah buat ni ? lagi teruk dari ni . ni kan pulak tarik kerusi . bunyinya melebihi berjuta kali ganda dari selakan sehelai kertas . huishhh . i'm sorry sir :(


jagalah peradaban kamu dengan gurumu .!

sesungguhnya padanya itu terletaknya berkat dalam ilmu yang penah diberi . sekalipun dia bukan Muslim , tapi hargailah ilmunya .. sekalipun ilmunya yang tinggi melangit , tetap dari yang Maha Esa . dia sekadar perantaraan sahaja :) wallahua'lam .




*tarbiyah buat saya dan diri ini*





Wednesday, December 14, 2011

Jangan tambah dosa saya !

aku menulis bukan sebab terlebih aktif ber'internet' .. tapi sebab ada sesuatu dlm otak yang tak taw nak dicampakkan kemana .. dan sesuatu tu jugak , ada kaitan dgn setiap sesuatu yg bernyawa kat muka bumi ni . aku takut NERAKA . takut . tapi , sejauh mana aku takutkannya .. biar aku sendiri yg upgrade ! + dgn bantuan orang2 skeliling aku jugak . dgn kata lain , aku pun nak semua orang upgrade ketakutan terhadap NERAKA  dan AZAB dari Maha Esa tu :)


firstly . sebelum aku dilemparkan dgn pandangan yang agak pelik dan mngkin menyakitkan hati kalau aku TERdengar , lebih baik aku berjaga2 . kan ? Let's say ~


jgn anggap sy SEMPURNA bila sy post status2 islamic .. sy byk dosa , dan mgkin dosa kalian yg membaca tak sbanyak dosa sy . tapi pecayalah .. sy tak taw amalan sy yang mana yang paling IKHLAS pada mata Dia . jadi , sy harap .. dengan status2 yg mcm tu .. saya dapat buat kalian ingat pada yang mencipta dengan IKHLAS. sekian ..


ada paham ?? ada satu kejadian yang aku rasa semua penah alami . what is it ??

satu keadaan yang mana kita buat orang MARAH dengan kelakuan kita . hmm , marah ? 

'lantak kau la nak marah . aku peduli ape . bukan sakit pun'
'kau punya pasal la nak marah , kau ingat kau sorang je betul?'
'hey , tak sedar diri . die yang mula dulu '
'pegi mampos la *'
'hey ! B**i betul . Anak Ha**m !! '


astaghfirullah . astaghfirullah . astaghfirullah .
jangan !


sekalipun memang kita yang salah . tolong minta maaf . kan Allah Maha Pengampun . jadi , sedangkan Allah ada sifat tu . ni kan plak kita yang dicipta :)

dan lagi satu . tolonglah ! tolong jaga dan kawal diri kita . tak baik buat orang marah . kita dah tambah dosa dia kalau dia mula MENCARUT yang bukan2 . kan tak baik . kesian dia . kan sesungguhnya manusia tu tak penah lari dari dosa . dan tak penah lari dari rasa amarah yang amat sangat . janganlah tambah dosa dia . boleh kan kawanKAWAN ?? :)


kita kan sama2 rindu syurga Allah . nak masuk syurga sama2 . kalau boleh , satu pintu syurga Firdaus tu , biar muat untuk hamba2Nya masuk serentak . kan manis :)) Allahu rabbi warabbukum ^^






Friday, December 9, 2011

Pesanan Si Khalifah yang Tegar . Tak rugi ambil iktibar :)


Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mu1ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.


Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.



Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.


Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat. 

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian. 

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. 


Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH. 



Petikan dari Ahmad Muhammad Mujahid (2009). Syuhada Gaza. Putrajaya.

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...