Sunday, November 15, 2015

Resepi Roti Puri

Bahan-bahan  (14 biji +/- )  :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil instant yis
1/2 sudu kecil garam*
1 1/2 sudu besar gula*
3/4 cawan air panas*
2 1/2 sudu minyak masak*

Cara-cara :
  1. Satukan bahan bertanda *. Kacau sampai gula hancur.
  2. Satukan tepung & yis dalam bekas adunan.
  3. Masukkan bahan-bahan no 1 ke dalam adunan no 2.
  4. Disebabkan air tu agak panas, mula2 kacau guna sudu.
  5. Uli doh dengan tangan selama 5 minit.
  6. Perapkan selama 30 min sebelum di goreng.
  • Selepas diperap, bahagikan kepada 14 bahagian. Canaikan macam buat karipap.
  • Gorengkan. Masa menggoreng, simbah minyak ke atas doh sampai dia menggelembung.
  • Siap!
  • Boleh dimakan bersama sardin, kari ayam atau sambal ikan bilis.


Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...