Tuesday, July 31, 2012

Mak, kerana kau seorang ibu :')


Assalamualaikum mak, ibu, mama, mommy, ummi :)

mood kali ni tiba2 nak cakap pasal tajuk ni. tersentap dengan video yang kawan post kat FB la agaknya.. mak, kamie mintak maaf tau kalau ada salah apa2 :( baru sedar, kadang2 ternaik suara. sebab nak jugak pertahankan pendirian kamie. kadang2 mungkin termalas yang agak banyak.. kamie dah jauh ni. kamie sedar, banyak sebenarnya kerja seorang emak. tak perlu Master, tak perlu PhD. tapi kerja yang tak penah abis..

mak ingat lagi takk.. kamie penah cakap kat mak. "mak, boringnya masak hari2 kat sini. dah puas dah" .. mak jawab, "tak pikir pulak mak masak untuk kamu dari dulu lagi :') "
oh MY! sangat sentappp.. betul la.. 

macam mana la nanti kalau aku jadi seorang mama. seorang ummi. seorang ibu. jugak seorang emak. no wonder la Allah janjikan syurga untuk kaum2 ibu. bila mana je wanita melahirkan anak, andainya dia mati, maka Allah kira tu mati syahid. Allah! hebatnyaaa.. 

this is my heroin :)

tak sabar nak rasa nikmat jadi sorang ibu :) Allah, beri aku peluang yang itu! fakta tentang mak : mak paling sensitif compare dengan orang lain yang aku kenal kat dunia ni. mudah sentapp. mudah nangis.. dan fakta tentang aku : aku pantang tengok mak nangis. comfirm join sekali >.<

Mak, maafkan kamie . halalkan susu mak. halalkan peluh mak. halalkan terasa hati mak dekat kamie :( syurga seorang anak, pada telapak kaki ibunya.. redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya.. tolong bantu kamie dapatkan jalan yang mudah ke syurga.. Allah, Kau pilihlah ibuku.. Nor Aini binti Mohd Zain, sebagai calon penghuni syurgaMu yang kekal satu hari nanti :( juga disaat aku bakal dibintikan dengan nama ibuku, Ainishahirrah binti Nor Aini, di saat jasad aku tidak punya erti, Kau lapangkanlah jalan ke syurgaMu buatku :( 

sentuhlah hatinya agak dia tidak mudah melakukan kemungkaran terhadapMu, terhadap suaminya, yakni ayahku. juga terhadap ibu kandungnya , juga ibu mertuanya.. Kau pandanglah kebaikannya di bumiMu  :) kamie sayangggg mak! <3

Bersinar kau bagai cahaya,
Yang selalu beri ku penerangan,
selembut citra kasihmu kan,
selalu ku rasa dalam suka dan duka

kaulah ibuku cinta kasihku,
terima kasihku takkan pernah terhenti
kau bagai matahari yg selalu bersinar
sinar hidupku dengan kehangatanmu

bagaikan embun kesejukan hati ini
dengan kasih sayangmu
betapa kau sgt berarti
dan bagiku kau takkan pernah terganti

kaulah ibuku cinta kasihku
terima kasihku takkan pernah terhenti
kaulah bagai matahari yg sealu bersinar
sinari hidupku dengan kehangatanmu


Sunday, July 29, 2012

Ujian puasa di bumi Russia


Salam Ramadhan semua! 
syukur masih lagi diberi nikmat iman dan Islam. 

pengalaman pertama berpuasa jauh di perantauan. susah senang, kena tempuh jugak la kan. Allah uji macam ni, sebab Allah tau aku mampu. yess! mungkin sangat ketara dengan waktu Malaysia. perbezaan maza yang cuma 4 jam sangat membuatkan waktu puasa jadi berubah. kami puasa awal sehari dari Malaysia. 

puasa yang memakan masa hampir 20jam lamanya sangat2 menduga iman :) tak sama macam Malaysia. cuma separuh hari, tapi tu pun dah cukup untuk dijadikan sebab kenapa ramai tak nak puasa. bersyukurlah kamu! 24jam sehari tolak 20jam.. jadi cuma sekitar 4jam kami punya masa untuk berbuka puasa, tarawih, dan sahur. memang tak sahur sungguh2 sangat la macam kat Malaysia. sebab makanan bukak puasa tadi pun tak sempat hadam lagi, hehe :D


aku mohon ya Allah. Kau berkati puasaku. Allahumma barikli fi Ramadhan! 

dugaan yang sangat besar. bab makan memang kena masak sendiri. dulu2, masa kat rumah. mak yang masak. tolong pun ala kadar je.. masuk asrama, dewan makan yang sediakan. tu pun masa tu ade jugak nak merungut bla bla blaaa.. sampai sini, amek kau! nak makan, pandai2 la masak ye.. dugaan mencari ayam yang halal, daging yang halal. phewww.. kena bergerak jauh cket la. no bazar Ramadhan. no Azan ! :(

bila pikir2 balik.. sejak form 4 aku keluar rumah mencari seteguk ilmu. seberkas agama. means that, aku tak puasa kat rumah secara kekal. kadang2 je balik.. sebab KISAS, kat Klang tu.. jauh ngan rumah . jadi tak berbaloi balik. teringat masa nak balik raya, sampaikan berbuka puasa dalam bus ekspres on the way balik rumah utk hari raya :) sebiji kurma dan sebungkus roti + air pun dah cukup. 

sampai la form 5. pun tak puasa kat rumah. bila dah 18tahun, kononnya dah abis sekolah... pun tak dapat puasa kat rumah. puasa kat MIAT tahun lepas. alhamdulillah, masih diberi nikmat Azan :) sampai la saat ni.. 19tahun. bumi yang aku pijak ni bukan lagi tempat tumpah darahku :D bumi yang penuh cabaran. ya Allah, masih adakah lagi peluang untuk aku berpuasa bersama keluargaku? lepas ni, andai ditakdirkan aku akan hidup sebagai seorang isteri kepada seseorang.. aku mungkin takkan ada peluang lagi.. Allahhhh.. redhailah segalanya. redhailah permusafiran ini :( aminn , ya Robb !

p/s : maafkan kamie mak, ayah... kamie tak dapat balik raya ni. terima kasih sudi jahitkan baju raya utk kamie, even takda sapa pun yang pakai. terima kasih su, sbb sponsor baju :D hehe. terima kasih mak, sebab sudi buat kuih tat kegemaran kamie. dan poskan.. walaupun comfirm pecah, dan bukan lagi dalam bentuk tat yang asal, rasa dia takkan berubah kan?? alhamdulillah. maafkan kamie kalau ada salah silap. tak dapat cium tangan mak ayah raya kali ni :(




Saturday, July 28, 2012

Permusafiranku.


Bismillahirrahmanirrahim.

setelah sekian lama tak update blog. finally :) alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. ni semua atas jasa baik senior, yakni jiran sebelah bilik aku kat sini. mention sikit : namanya EBI .

ok, skang boleh la update tentang permusafiran yang aku jangka memang agak mencabar. for your information, bukan untuk menunjuk, bukan untuk syok sendiri. cukup la sekadar aku simpan 'sesuatu' tentang permusafiran yang Allah uji ni :) bukan untuk kamu. tapi lebih kepada untuk aku.

tanggal 28.6.2012. yang mana akan aku ingat sampai bila2. bermulanya detik perpisahan. macm biasa la.. mula2 cool je :) finally tangkap leleh jugak. phewww.. dengan kehadiran insan2 yang aku sayang. lagi laaa.. ok la, bagi tujuan menghargai. aku listkan sape yang datang . dan aku ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi hantar sorang hamba Allah yang bakal diuji ni, pada saat tu :(
  • Ayah, mak, abe , kakak, syifaa. complete!
  • Mr. Iqbbar Zainal Azhar yang aku sayang :)
  • Family ayah su.
  • Family abe edi.
  • Family pok ju. 
  • Farah - (adik)
  • dan kawan2 lain yang cuba datang. tapi tak kesampaian. to Najwa , thankss sebab cuba utk datang :)
Flight to St Petersburg memakan masa hampir berhari lamanya :(
Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Moscow - St Petersburg

mak, ayah, abe , kakak, syifaa,
kamie pegi dulu tauu :(
jangan rindu kamie :')

p/s : Mr Iqbbar tersayang, tolong tengok2 family saya utk saya okeyy :(


Next destinantion : Abu Dhabi
Status : Arrived!

alhamdulillah, sejuk bukan main dalam flight. duk atas awan sana. bingit telinga. sakit tekak. dengan aku yang tak sihat. siap pakej demam lagi :( dugaan betul. nak tidur pun, asyik terjaga je.. alhamdulillah makan ade, Etihad Airways la pulak. Islamic, insyaAllah. Sampai je Abu Dhabi, aku agak teruja la jugak. first time pegi negara arab2 sikit ni. first time naik kereta left hand side :D haha! but nice :) kami akan tinggal satu hari di Abu Dhabi sebab visa kami utk masuk Russia tarikh dia lewat sikit. 

ok, pihak traveller bagi student St Pete RM100 seorang. jadi, ada la jugak duit saku nak shopping kat sana. pakai Dirham. jadi agak kekok :) harga lebih kurang je.. alhamdulillah, sempat la jugak sapu dua selendang kat sana. hehe. 


Hehe, rasa kelakar + teruja :)
ade rezeki lebih, nak jugak pegi umrah .

baru lepas beli ubat batuk :)
snap kejap pic ngan pokok kurma depan farmasi . hehe

dorang sempat lagi beli benda ni >.<


Next Destinantion : Moscow
Status : Arrived!

ni lagi satu hal. dari Abu Dhabi yang memang panas lagi dari Malaysia, sampai je Moscow. adoi! sejukk. menggigil aku. tak biasa lagi ngan cuaca sini agaknya.. pihak embassy yang jemput kami. ngan senior2 MAI. alhamdulillah. thankss a lot :)

horeyyy! sampai jugak akhirnya. lenguh satu badan :(

kami sampai je, dihidangkan dengan dinner nasi ayam. fuhhh! lega dapat makan nasi tekak melayu ni. alhamdulilah. katanya memang tradisi sambut junior ngan nasi ayam. jadi, telan jela ye :) esoknya kami dibawa pegi jalan2.

get ready nak g Metropolis (mall) kat Moscow tu.
hmm. merasa la jugak makan shaurma kat Moscow ni. ala2 kebab je sebenarnya.. tapi bukan senang nak cari yang halal. ok, esoknya pulak.. student St Pete, akan balik ke perkampungan asal, last gather sama2 ngan kengkawan MAI kat Kedutuaan Malaysia di Moscow. sedih la pulak. selamat tinggal kawanKAWAN :( tapi sebelum tu sempat la jugak pegi Red Square yang konon selama ni aku tengok kat FB je. teruja lagi sekali! 


aishhh. korang?
semoga jadi along angah dan achik yang baik :D
ngeee..

Next destinantion : St Petersburg
Status : Arrived!

alhamdulillah, sampai gak kampung halaman. masa birthday aku pulak tu. 3/7/2012. huishh.. agak sedih la jugak. tapi seronok la jgk. sebab ade kek yang menanti . thankss so much, man :) sebab buat kek tu. sodappp..


senior masakkan tom yam, ayam goreng, nasi putih + tart yang sedapp. thankss senior2 :) kenyang.. siap tidur lena lagi. esok pagi, senior perempuan nak balik Malaysia dah. jadi tinggal kami bertiga kat sini. the only girl yang ada kat sini :) huh, survive la korang ye.. padan muka! see you~

p/s : Allah, beri aku sedikit kekuatan dan kesabaran. hanya Kau yang Maha Mengetahui luar dalam hati ini :')


Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...