Tuesday, July 31, 2012

Mak, kerana kau seorang ibu :')


Assalamualaikum mak, ibu, mama, mommy, ummi :)

mood kali ni tiba2 nak cakap pasal tajuk ni. tersentap dengan video yang kawan post kat FB la agaknya.. mak, kamie mintak maaf tau kalau ada salah apa2 :( baru sedar, kadang2 ternaik suara. sebab nak jugak pertahankan pendirian kamie. kadang2 mungkin termalas yang agak banyak.. kamie dah jauh ni. kamie sedar, banyak sebenarnya kerja seorang emak. tak perlu Master, tak perlu PhD. tapi kerja yang tak penah abis..

mak ingat lagi takk.. kamie penah cakap kat mak. "mak, boringnya masak hari2 kat sini. dah puas dah" .. mak jawab, "tak pikir pulak mak masak untuk kamu dari dulu lagi :') "
oh MY! sangat sentappp.. betul la.. 

macam mana la nanti kalau aku jadi seorang mama. seorang ummi. seorang ibu. jugak seorang emak. no wonder la Allah janjikan syurga untuk kaum2 ibu. bila mana je wanita melahirkan anak, andainya dia mati, maka Allah kira tu mati syahid. Allah! hebatnyaaa.. 

this is my heroin :)

tak sabar nak rasa nikmat jadi sorang ibu :) Allah, beri aku peluang yang itu! fakta tentang mak : mak paling sensitif compare dengan orang lain yang aku kenal kat dunia ni. mudah sentapp. mudah nangis.. dan fakta tentang aku : aku pantang tengok mak nangis. comfirm join sekali >.<

Mak, maafkan kamie . halalkan susu mak. halalkan peluh mak. halalkan terasa hati mak dekat kamie :( syurga seorang anak, pada telapak kaki ibunya.. redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya.. tolong bantu kamie dapatkan jalan yang mudah ke syurga.. Allah, Kau pilihlah ibuku.. Nor Aini binti Mohd Zain, sebagai calon penghuni syurgaMu yang kekal satu hari nanti :( juga disaat aku bakal dibintikan dengan nama ibuku, Ainishahirrah binti Nor Aini, di saat jasad aku tidak punya erti, Kau lapangkanlah jalan ke syurgaMu buatku :( 

sentuhlah hatinya agak dia tidak mudah melakukan kemungkaran terhadapMu, terhadap suaminya, yakni ayahku. juga terhadap ibu kandungnya , juga ibu mertuanya.. Kau pandanglah kebaikannya di bumiMu  :) kamie sayangggg mak! <3

Bersinar kau bagai cahaya,
Yang selalu beri ku penerangan,
selembut citra kasihmu kan,
selalu ku rasa dalam suka dan duka

kaulah ibuku cinta kasihku,
terima kasihku takkan pernah terhenti
kau bagai matahari yg selalu bersinar
sinar hidupku dengan kehangatanmu

bagaikan embun kesejukan hati ini
dengan kasih sayangmu
betapa kau sgt berarti
dan bagiku kau takkan pernah terganti

kaulah ibuku cinta kasihku
terima kasihku takkan pernah terhenti
kaulah bagai matahari yg sealu bersinar
sinari hidupku dengan kehangatanmu


No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...