Friday, August 31, 2012

Ada apa dengan secebis kain itu?


Niqab. Purdah. Ninja.
Atau apa saja yang mereka gelar.

ada apa dengan secebis kain itu? yang tidak berapa besar. seperti kain buruk saiznya. tapi punya seribu pengertian buat mereka. dan juga aku. alhamdulillah, Allah gerakkan hati ini untuk mencuba. biarpun tanpa pengetahuan ibu bapaku :') Allah gerakkan hati ini, dengan sokongan roomate aku pada waktu itu. Hidayati Mustaffa. terima kasih kerana meyakinkan hati ini saat itu.

Maulidul Rasul, di Yayasan Al Jenderami 2012.
menjadi titik tolak terkesannya hati ini. syahdunya hati ini saat pertama kali memakainya. 


juga bersama sis Izah yang pertama kali memakainya :)

p/s : maaflah. akak kekok waktu ini :')


kenapa aku memakainya? bukan kerana lebihnya ia kepada sunnah Nabi atau kerana ianya pakaian seorang muslimah. tapi jawapan aku yang utama : kerana aku berasa tenang bersamanya :') kenapa tenang? aku mengikut fatwa hati. saat aku memakai purdah/niqab .. mana mungkin aku minum berdiri, mana mungkin aku meludah di tepi jalan, mana mungkin aku memandang ajnabiku tanpa batas, mana mungkin aku gelak berdekah-dekah. mana mungkin aku berpakaian tidak menutup aurat, dan mana mungkin aku berkelakuan bukan seperti muslimah khususnya !

aku punya jawapan aku yang tersendiri. biar apa yang orang kata, aku selesa dengan pakaian ini. dengan secebis kain yang bukan apa-apa ertinya buat kamu, aku lebih taat pada Penciptaku. dengan pakaian ini juga aku pertama kali menemui calon suamiku, yang saat ini merupakan tunanganku :) terima kasih Allah! 

see? :)

Kalian, aku bukanlah istiqamah dengan secebis kain ini. tapi aku juga punya impian, juga impian si dia. melihat isterinya dengan secebis kain ini saat pernikahan kami nanti. Sayang, semuanya dengan izin Allah. mana mungkin aku mampu memakainya saat ibu bapaku kurang redha dengan penampilanku. aku tidak akan sesekali melakukannya. Ya Robb, Kau sentuhlah hati mereka :)




p/s : coretan seorang muslimah idamanku :')

Thursday, August 30, 2012

Sesekali diuji


Beratnya ujian. kenapa aku? sebab Allah sayang kamu Ainishahirrah! al kisahnya semalam. aku keluarkan duit dari ATM sebanyak 12 000 rubel. tunggu punya tunggu proses, akhirnya declined! sabar.. gigih jugak nak bawak keluar duit, untuk belanja sampai bulan 1 la bajetnyaa.. 12 000 rubel lebih kurang RM1200. tapi tak la tepat pun. next, mungkin mesin ATM tu tak nak nilai tak sedap macam tu. aku cuba keluarkan 20 000 rubel. tunggu dan tunggu ... DECLINED! oh Allah..

kenapa nak keluarkan duit banyak-banyak? sebabnya kalau keluar sikit2, maybank charge banyak pulak! rugi. entah kenapaa.. Allah nak uji aku. mula-mula handphone rosak. repair kat Russia ni, boleh tahan mahalnya. jadi aku simpankan hasrat tu. mujur Encik Tunang baik hati nak poskan handphone baru :') thanks love!

bangun tidur, bukak la Maybank2u. kononnya nak transfer duit ke Malaysia. tengok-tengok akaun tolak dalam RM1200. ya Allah! duit aku hilang. apa dah jadi ni?! menangis.. menangiss.. menangisss.. apa je aku mampu buat? hidup kat negara orang ni, memang mencabar sabar. sungguh.

macam mana nak balik Malaysia nanti? duit cukup ke? banyak dah berhabis kat sini. Alhamdulillah, Allah takdirkan Encik Tunang yang baik hati sentiasa disisi :) terima kasih ya Allah. "Jangan risau. saya ada" - lega rasanya lepas dengar beberapa cadangan dia. niat di hati tak nak susahkan hati mak ayah. aku simpankan aje.



Aku ingat lagi! kata dia, "duit bukan segalanya. tapi segalanya perlukan duit." betul la tuu.. kata dia lagi, "orang rebut kuasa, orang sampai bunuh-membunuh.. semua sebab duit. duit ni nak diiktiraf sebagai apa?" Tuhan? bukan! jadi apa?? Allah . terima kasih kerana hadiahkan aku sebuah ujian sebagai tanda kerinduanMu buatku.


setiap kali mendapat nikmat
jarang ku sedari itu pemberianMu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
ku mengeluh risau 
bertambah gelisah
hingga terlupa
pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
moga sinarMu berikanku pedoman
hanya kepadaMu segala ketetapan!

p/s : lirik ditulis sambil keinsafan melanda diri :'(


Monday, August 27, 2012

Hak


hak aku, hak aku . hak kau pun hak aku?!

dalam hidup ni, yang mampu berbicara pasal hak, cuma manusia. yang akalnya sangat terbatas. terkesan dengan suatu perkataan : ZALIM. sungguh, zalim itu bukan bermakna membunuh orang, mencederakan orang atau sewaktu dengannya, malah lebih dari tu. teringat masa zaman sekolah dulu. ustazah ada pesan :

bunga yang diletakkan dalam mangkuk makanan itu adalah zalim. sebab? bunga itu sendiri ada pasunya. makanan itu sendiri ada bekasnya. jadi kenapa mesti campur adukkan. jadi ingin aku berpesan-pesan :-

zalim dari segi syarak bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

hak kau, hak kau.. hak aku, hak aku ok :) kalau sesuatu tu bukan milik kita, jangan ambil. sesuatu barang tu dibiarkan, bukan bermakna tidak akan digunakan. cuma tidak diperlukan buat masa tu oleh pemiliknya. takut-takut akhirat nanti, selangkah nak masuk syurga. tapi tersungkur di pintunya .. nauzubillah ~ jangan menjadi zalim dengan membiarkan sesuatu tu diletakkan bukan pada tempatnya :)

p/s : sampaikanlah walau satu ayat :)


Saturday, August 25, 2012

Malam yang membahagiakan :)


seronok dapat skype ngan encik bakal suami. jarang2 boleh macam ni.
 letih sangat dia agaknya.. 
skype sampai tertidur :-


.. after that ..


finished call!
thanks love :)


Pencinta wanita


pengalaman mengajar erti kehidupan. 

wah! ayat puitis betul. aku tak sempat nak tulis entri pasal raya kat Moscow tu lagi. sebab sangat teruja nak tulis entri pasal ni. mungkin lagi terkesan di hati agaknya ^^ weett weett! ok. tajuk kali ni, PENCINTA WANITA. disebabkan keberadaan aku study dalam course marine, so aku dikelilingi ramai lelaki. ada baik, ada tak baiknya. yang baik aku ikut. yang tak baik, aku putarkan jadi baik. eh! insyaAllah :) 

satu benda negative yang aku belajar dari kawan2 lelaki sekeliling aku. same goes as tajuk kat atas. pencinta wanita. aku ceritakan pengalaman aku mengenai dorang ni ok? lelaki, bila setia. dia setia sangat. tiap masa nak cakap pasal perempuan yang dia sayang. ok, itu takpe la.. tak kacau kau pun kan? so what?

tapi, ada satu spesies lelaki. yang aku agak pelik jugak. let's say! dia layan awekss dia .. fuhh. first class! panggil nak sweet2 je. tapi part mak, part kawan2 perempuan. hadoi.. tak berjenis langsung. aku sangat simpati ngan orang2 yang macam ni. tambah lagi perempuan tu. teringat pulak satu buku karya Ustazah Fatimah Syarha dan suami dia.. ustazah tu ada pesan dalam buku dia :-

"perangai si lelaki dan si perempuan waktu bercinta adalah satu lakonan. lepas bernikah itulah satu kehidupan sebenar. jadi jangan terpedaya dengan lakonan. bersabarlah untuk satu kehidupan sebenar yang tiada penipuan"



Gullpppp! kan dah kena. aku harap, bakal suamiku bukan spesies yang ini. nauzubillahi min dzalik! wahai kaum muslimin sekalian, berpada-padalah kamu dalam kata-kata. kalau belum bersedia menjadi seorang suami yang baik, belajarlah dulu menjadi seorang anak yang soleh. suami yang baik, dilihat daripada cara dia melayan ibunya :) sebab?? bagi lelaki, ibu yang utama. dan isteri yang kedua. wallahua'lam.. semoga aku dan kalian dilindungi daripada lelaki sebegini. Aminn.

p/s : berpesan-pesan pada kebenaran. 

Thursday, August 23, 2012

Hayatku sebagai seekor 'Kimi'


Dengan izinNya, hari ini setelah kepenatan pergi ke main campus university aku.. aku masih diberi peluang dan tenaga untuk pegi ke kedai binatang peliharaan ^^ tak jauh dari hostel. sekitar 10min jalan kaki sahaja. dah lama simpan hasrat nak bela seekor hamster. tapi tak kesampaian. akhirnya.. tadaaaaa!


Nama : Kimi
Tarikh lahir : 23/8/2012
Tempat lahir : St Petersburg, Russia
Sahabat seperjuangan : Ali
Nama penjaga : Ainishahirrah Khosidi

hoho! kenapa kimi? kenapa kimi? mungkin sebab kat rumah, dalam family aku semua panggil aku dengan panggilan KAMIE. seriously :) actually, kimi bukanlah lahir pada tarikh ni pun. tuan kedai tu cakap, dia ada kat kedai tu lebih kurang sebulan yg lepas. jadi plus minus, aku jadikan tarikh aku beli ni, tarikh lahir dia. tak penah2 seumur hidup aku bela binatang mcm ni. sebab mak tak kasi! ^^ hehe.




seronok sangat tengok ragam dia bila kena lepas atas meja. terhibur jugak, even kimi bukanlah boleh cakap Russian pun. harap je lahir kat sini. HAHA! orang cakap, hamster ni cepat mati. tak kisahlah. sama je dengan manusia, sampai ajal, mati la dia. dinasour pun.. hidup beribu tahun pun, at last mati jugak kan? wallahua'lam.
ni dia gambar sahabat seperjuangan kimi. belongs to : Shira. roomate aku!



banyak la jugak berhabis duit beli sangkar untuk kimi, makanan dia and so on. tapi takpe laaa.. at least aku ada peluang berbudi dekat binatang. buat baik kat manusia ni pun, takda masalah boleh jadi masalah, buat baik kat binatang, insyaAllah sampai bila2 macam tu :) harap2 umur kimi panjang laaa.. nak jugak aku bawak kimi balik Malaysia. hehe .. ***macam la boleh! harap2, dengan adanya kimi ni.. dapat tambah pahala aku.. jaga binatang ni senang dapat pahala kan?? :) mana la tau aku boleh bela seekor hamster sampai jadi seekor kucing ke.. eh! haha.. (gurau je) kimi, awak jangan mati awal tau :( tunggu la saya habis study sini dulu.. tak lama, 4 tahun je.. sabar tauuu.. mood : tak boleh terima kenyataan bila tuan kedai tu cakap hayat dia mungkin dalam 3 tahun je.

p/s : kimi, awak jangan nakal2 tau. jangan jatuh2. main leklok dengan ali tu! LOVE YOU KIMI :)

Thursday, August 16, 2012

Permata hatiku


Perkara : Salam Aidilfitri Tahun 2012.
Lokasi : St Petersburg, Russia.
Lokasi Aidilfitri : Moscow, Russia.
Masa : 5 hari.


Ayah :)
My first hero in my life.



My mak.
Without her I am nothing :)



My abe.



My kakak :)



Me ;)



 My adik.


Wednesday, August 15, 2012

Cinta


terdetik rasa hati nak tulis entri baru ni. pasal CINTA. seriously pasal CINTA.



sebab baru-baru ni aku diberi kesempatan oleh Allah, untuk spend masa tengok video Ustaz Kazim Elias. dengan tajuk "Kahwin Muda". agak excited la jugak. sebab aku pun ada fitrah untuk berpasangan. bahagia macam orang lain :) insyaAllah, dengan izinNya.

ok, firstly aku sangat tertarik dengan pengertian CINTA yang ustaz tu cakap. cinta tu bukanla 100% bermakna kita kena susah senang dengan pasangan kita. well, ustaz tu ada bagi satu example. dan aku rasa, logik! **katakan la, seorang lelaki yang tak bekerja. dia ni dah sayang sangat kat sorang perempuan ni. dan perempuan tu pun sama. dan akhirnya disebabkan rasa CINTA yang amat dalam, diorang pun berkahwin. biasalah kan,

 "sayang, sayang sanggup tak hidup susah ngan abang?" - "abang, sayang sanggup. sampai akhirat sayang nak hidup dengan abang."- "habis tu, macam mana dengan keluarga sayang yang tak setuju dengan hubungan ni?" - "takpe abang, demi abang .. bangunan pun sayang sanggup terjun!" 



Allah . Allah . Allah. hebatnya makna CINTA tu bagi diorang .. apa yang aku nak sampaikan kat sini. keadaan yang macam tu tak logik langsung. pada aku, takda satu perempuan pun dalam dunia ni yang sanggup memperjudikan hidup dia dengan kesusahan yang dia sendiri belum tau apa penghujungnya. zaman sekarang ni bukan lagi zaman KASSIM SELAMAT, cerita P.Ramlee zaman2 dulu. 

disebabkan cinta. mula2 duduk dekat hotel. lepas tu rumah sewa. lepas tu rumah kampung. lepas tu? bawah rumah! mana mungkin aku sendiri sanggup hidup macam tu. nauuzbillahi min dzalik! kat sini aku nak kongsi video tu :) just click --->


**andai ada lelaki yang stabil kedudukannya, datang melamar perempuan tadi. spatutnya laki awal tadi tak boleh menghalang. sebab cinta tu bukan bermakna kena memiliki. tapi cinta tu, untuk tengok si dia bahagia. walau apa cara sekalipun :) termasuk beralah dan mengalah. wallahu'alam.


insyaAllah. tangan yang menulis lagi dekat dengan hati yang meluahkan. aku yakin, cinta tu bukan membinasakan. cinta mampu buat sesorang yang putus asa untuk bangkit semula. ingat lagi tak... cintakan bunga, bunga akan layu. cintakan manusia, manusia akan mati. cintakan Allah, ianya akan kekal abadi!

p/s : entri kali ini lebih kepada cinta kepada manusia. jadi, carilah kamu seorang pasangan yang baik agamanya dan akhlaknya. Allah, makbulkanlah :')

Sunday, August 12, 2012

Salam Perantauan dari Russia :)


boleh tahan jugak yang request aku untuk kirim salam perantauan. aku tau betapa 'excited'nya mereka yang mengenali aku, untuk tengok aku di muka surat tengah paper :) aku faham. aku pun penah melalui situasi tu. teringat masa zaman KISAS dulu, masa bulan puasa selalu pegi library. benda pertama aku nak tengok dalam paper, muka surat tengah la! kenapa? kenapa? kenapa? 

yela, walaupun aku bukanlah ada kaitan dengan siapa2 dalam salam perantauan tu, tapi aku ternanti-nanti senior2 KISAS yang mention nama KISAS dalam ucapan diorang. walaupun bukan untuk aku, tapi aku sangat excited. dalam otak, dalam hati.. berkira-kira, ada ke peluang untuk aku buat apa yang diorang buat? Allahu rabbi! Allah Maha Tahu. aku sendiri tak sangka,, aku dah jauh meninggalkan tanah air :')



sebelum aku fly lagi. ramai request supaya aku post salam perantauan. maaf, aku pernah post, cuma ada sedikit kekeliruan kapsyen pada gambar tu :) buat keluarga aku, sanak saudara, guru2, sahabat2. juga tunang tersayang , aku mohon beribu kemaafan :) insyaAllah tahun depan ada lagi!

jadi, biarlah aku buat salam perantauan aku kat sini . boleh kan?


belakang aku ni bukan bas ekspress tau! orang Russia panggil benda ni TRAMVAI. aku sempat snap gambar ni masa teman kawan aku pergi ambik parcel dia kat post office. harga tramvai ni kat mana2 pun sama je, maksud aku area St Petersburg la. dalam 23 ruble. tak kisah korang pegi jauh mana pun, lama mana pun duk dalam tu, sekali naik memang bayar banyak tu. 23ruble, dalam plus minus RM2.30 . ni bukan tukaran yang tepat tau, tapi hampir :) masa ni sejuk jugak la. dalam 10celcius. pheww~

jadi, izinkan aku mulakan! HEHE :)



NAMA : Ainishahirrah binti Khosidi
LOKASI : St Petersburg, Russia
PELAJAR : St Petersburg State Marine of Technical University , Russia

NAMA PENERIMA : Buat keluarga dan tunang yang tercinta di Ipoh, saudara mara, pihak MARA, warga Kolej Islam Sultan Alam Shah, sahabat-sahabat dan mereka yang mengenali diri ini.
UCAPAN : Semoga lebaran kali ini lebih bermakna. Maaf zahir dan batin. Halalkan segalanya . Semoga Allah merahmati kalian, insyaAllah :) Salam Perantauan dari bumi Russia!

Rindu yang menebal.



24 Ramadhan.

rindunyaa ya Tuhan. macam ni rupanya rasa nikmat bermusafir. pahit manis, telan sendiri. beberapa hari lagi nak raya. selalunya macam sebelum2 ni, mak akan inform aku awal2. "kamie, tahun ni nak buat kuih bla bla blaa. nanti tolong tau" - ok mak :) sibuk pergi nagoya, sibuk pergi kamdar. cari kain baju raya. Allah ...


tapi ada ke lagi tahun ni?


alahai. sebak sungguh rasanya. raya yang ala kadar je. aku akan beraya kat Moscow tahun ni. stay sana 5 hari, untuk raya la kononnya.. padahal cuma raya pertama jela yang havoc. pagi2 pegi solat raya kat Embassy. makan rendang , makan nasi impit and so on. aku ulang, cuma sehari . Kedutaan Malaysia di Moscow, Russia. entah berapa ramai la student Malaysia nanti kat sana kan? alhamdulillah, Allah still bagi nikmat dengar takbir raya. TERIMA KASIH, YA ALLAH!

tak dapat cium tangan mak ayah pagi2 raya :') maafkan kamie siap2 tau. hehe. perjalanan dari tempat aku ke Moscow bakal memakan masa hampir 8jam dalam keretapi. lamanya. bukak puasa dalam tu la nampaknya. St Petersburg ke Moscow. suasana orang Russia yang sibuk dengan urusan sendiri. bole tahan jugak la harganya. plus minus dalam 3000 ruble. average :)

harap2 perjalanan ke Moscow buat kali yang kedua ni best :) insyaAllah. + diberkati. harap sangat dapat call mak ayah pagi2 raya. Allah, mudahkan laa. dengan kemudahan wifi takde. cuma mobile internet. cukup kot :') bila lagi nak merasa macam ni kan ^^ nanti makankan kuih tart nenas feveret kamie tau . hmm..

tahun depan, insyaAllah kalau dipanjangkan umur, ada la rezeki aku beraya kat Malaysia. tapi mungkin bukan sebagai anak ayah lagi. entah2 dah tukar status kan? :) ok la, setakat ni je entri kali ni. ni kes terkena tempias kengkawan post lagu raya kat FB la ni . aishhh. SALAM LEBARAN!


Thursday, August 9, 2012

iktibar buatku :)


salam ramadhan! cerita ini aku copy sebagai peringatan buatku suatu hari nanti :)


Copied from IIUM Online - Madam Fauziah Mohd Noor.



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"



Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.



Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.



Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


I am taken.



alhamdulillah. tanggal 27/6/2012 aku selamat ditunangkan dengan sorang lelaki yang aku kagum dengan keperibadiannya. baru sekarang aku nak tulis pasal ni sebab baru dapat izin dia untuk 'upload' dalam blog. syukur sangat, apa yang berlaku sama apa yang aku impikan. aku ingin sekali pertunangan ini dirahsiakan. sama seperti permintaan mak dan ayah. juga si dia . sebab Rasulullah SAW bersabda :

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” 
(Hadith riwayat Ahmad)

insyaAllah , hari ini 21 Ramadhan. permulaan 10 terakhir bulan Ramadhan. aku arkibkan tentang pertunangan kami disini, supaya ada yang dapat kebaikan darinya. walaupun bukan semua :) aku bersyukur, sebab Allah mudahkan jalan halal kami. yang paling penting, aku dan si dia mendapat redha kedua ibu bapa kami. aku sangat menghormatinya. sangat mengaguminya. sebab keberanian dia 'approaching' wali aku sebelum pertunangan ini berlangsung. awak, saya akan simpan kenangan ni sampai bila2 :)




aku dan dia sama2 masih belajar. macam mana dapat duit untuk tunang? "boleh la, mesti mak bapak dorang tanggung, bla bla blaa.." but it's not ! aku dan dia berpegang kepada satu prinsip, apa yang kami sama2 nak, kami akan usahakan. banyak cara boleh dapat . ni bukan alasan :) lagipun, pertunangan kami hanya melibatkan kedua belah keluarga sahaja + sorang sahabat dia. dan hantaran kami hanya cukup2 makan. asalkan ada :) alhamdulillah.




awak, walaupun hantaran awk tak seberapa. tapi sejadah tu saya guna sampai sekarang. tiap2 hari. tiap2 solat. terima kasih, sayang :) awak jangan risau. saya nak ikut apa nabi cakap :

Rasulullah bersabda, bermaksud:
 "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan 
mudah urusan perkahwinannya."

betul kan? saya nak sangat jadi wanita yang paling berkat tu. insyaAllah! dan yang paling penting, awak kena tau. saya nak sangat pernikahan kita dipercepatkan . harap Allah redha ngan hidup ni :( jangan risau pasal duit yang bakal habis. sebab..


“Kahwinkanlah orang-orang bujang di antara kamu dan orang-orang (yang sudah layak berkahwin) dari hamba kamu yang lelaki dan wanita. Jika mereka miskin, nanti Allah memberi kurnia kepada mereka. Dan Allah Maha Luas kurniaNya dan Maha Mengetahui” (surah Al-Nur : 32)


jadi, insyaAllah. dalam masa lebih kurang 5 bulan lebih lagi, kami akan bernikah. aku sekali lagi kagum dengan dia, sebab dari sekecil2 belanja nikah, semuanya atas usaha dia. Allah , murahkanlah rezekinya. rezeki kami. maaf untuk sahabat2, sebab ini cuma nikah khitbah. jadi, aku harap kalian faham kenapa itu dan kenapa ini. dalam masa 2 tahun lebih pernikahan kami, kami akan jemput kalian semua ke walimah kami yang sebetulnya. awak, saya nak jadi isteri yang solehah utk awak. walaupun aku akan kembali ke bumi Russia, dan meninggalkan bakal suamiku di Malaysia. aku harap segalanya berjalan dengan lancar. 


insyaAllah, semoga Allah menjanjikan keluarga yang sakinah buat kita.
dan lagu ni saya titipkan buat awak, wahai Encik Bakal Suami.


aku berjanji, hanya engkau yang terakhir :)
Sincerely,
Mrs. Mohammad Iqbbar Zainal Abidin gonna be .
MARINE's BAITUL MUSLIM.

Thursday, August 2, 2012

Yang Terindah.



semenjak kau hadir dalam hidupku
tiada lagi keresahan
kau mengetuk pintu hatiku
tanpa sedari daku izinkan

kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku terasa indah :)

maaf jika ku tidak sempurna
tika bahagia mula menjelma
bila keyakinan datang
merasa kasih disalut dengan kejujuran

mencintai dirimu
merindui dirimu
memiliki dirimu 
hingga akhir hayat bersama kamu!


I'm TAKEN :)
27.6.2012

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...