Thursday, August 9, 2012

I am taken.



alhamdulillah. tanggal 27/6/2012 aku selamat ditunangkan dengan sorang lelaki yang aku kagum dengan keperibadiannya. baru sekarang aku nak tulis pasal ni sebab baru dapat izin dia untuk 'upload' dalam blog. syukur sangat, apa yang berlaku sama apa yang aku impikan. aku ingin sekali pertunangan ini dirahsiakan. sama seperti permintaan mak dan ayah. juga si dia . sebab Rasulullah SAW bersabda :

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” 
(Hadith riwayat Ahmad)

insyaAllah , hari ini 21 Ramadhan. permulaan 10 terakhir bulan Ramadhan. aku arkibkan tentang pertunangan kami disini, supaya ada yang dapat kebaikan darinya. walaupun bukan semua :) aku bersyukur, sebab Allah mudahkan jalan halal kami. yang paling penting, aku dan si dia mendapat redha kedua ibu bapa kami. aku sangat menghormatinya. sangat mengaguminya. sebab keberanian dia 'approaching' wali aku sebelum pertunangan ini berlangsung. awak, saya akan simpan kenangan ni sampai bila2 :)




aku dan dia sama2 masih belajar. macam mana dapat duit untuk tunang? "boleh la, mesti mak bapak dorang tanggung, bla bla blaa.." but it's not ! aku dan dia berpegang kepada satu prinsip, apa yang kami sama2 nak, kami akan usahakan. banyak cara boleh dapat . ni bukan alasan :) lagipun, pertunangan kami hanya melibatkan kedua belah keluarga sahaja + sorang sahabat dia. dan hantaran kami hanya cukup2 makan. asalkan ada :) alhamdulillah.




awak, walaupun hantaran awk tak seberapa. tapi sejadah tu saya guna sampai sekarang. tiap2 hari. tiap2 solat. terima kasih, sayang :) awak jangan risau. saya nak ikut apa nabi cakap :

Rasulullah bersabda, bermaksud:
 "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan 
mudah urusan perkahwinannya."

betul kan? saya nak sangat jadi wanita yang paling berkat tu. insyaAllah! dan yang paling penting, awak kena tau. saya nak sangat pernikahan kita dipercepatkan . harap Allah redha ngan hidup ni :( jangan risau pasal duit yang bakal habis. sebab..


“Kahwinkanlah orang-orang bujang di antara kamu dan orang-orang (yang sudah layak berkahwin) dari hamba kamu yang lelaki dan wanita. Jika mereka miskin, nanti Allah memberi kurnia kepada mereka. Dan Allah Maha Luas kurniaNya dan Maha Mengetahui” (surah Al-Nur : 32)


jadi, insyaAllah. dalam masa lebih kurang 5 bulan lebih lagi, kami akan bernikah. aku sekali lagi kagum dengan dia, sebab dari sekecil2 belanja nikah, semuanya atas usaha dia. Allah , murahkanlah rezekinya. rezeki kami. maaf untuk sahabat2, sebab ini cuma nikah khitbah. jadi, aku harap kalian faham kenapa itu dan kenapa ini. dalam masa 2 tahun lebih pernikahan kami, kami akan jemput kalian semua ke walimah kami yang sebetulnya. awak, saya nak jadi isteri yang solehah utk awak. walaupun aku akan kembali ke bumi Russia, dan meninggalkan bakal suamiku di Malaysia. aku harap segalanya berjalan dengan lancar. 


insyaAllah, semoga Allah menjanjikan keluarga yang sakinah buat kita.
dan lagu ni saya titipkan buat awak, wahai Encik Bakal Suami.


aku berjanji, hanya engkau yang terakhir :)
Sincerely,
Mrs. Mohammad Iqbbar Zainal Abidin gonna be .
MARINE's BAITUL MUSLIM.

4 comments:

  1. waaa , ainishahirah . tahniah dah jd tunangan orang . best nya (:

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ^^ dengan izinNya :)

    ReplyDelete
  3. AlhamduLiLLah.. syukur3..! xtergambar rasanya gembira di hati mendengar berita ni.. akak d0akan sumenya akan berjaLan dgn Lancar.. m0ga2 ALLAH murahkan rezeki kamu berdua.. jadi isteri yg s0Lehah yaa ^___^

    ReplyDelete
  4. aminn, ya Robb :)terima kasih kak isma! insyaAllah, harapnya macam tu la. untuk akak jugak, semoga jodoh cepat sampai. amin ;)

    ReplyDelete

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...