Friday, August 31, 2012

Ada apa dengan secebis kain itu?


Niqab. Purdah. Ninja.
Atau apa saja yang mereka gelar.

ada apa dengan secebis kain itu? yang tidak berapa besar. seperti kain buruk saiznya. tapi punya seribu pengertian buat mereka. dan juga aku. alhamdulillah, Allah gerakkan hati ini untuk mencuba. biarpun tanpa pengetahuan ibu bapaku :') Allah gerakkan hati ini, dengan sokongan roomate aku pada waktu itu. Hidayati Mustaffa. terima kasih kerana meyakinkan hati ini saat itu.

Maulidul Rasul, di Yayasan Al Jenderami 2012.
menjadi titik tolak terkesannya hati ini. syahdunya hati ini saat pertama kali memakainya. 


juga bersama sis Izah yang pertama kali memakainya :)

p/s : maaflah. akak kekok waktu ini :')


kenapa aku memakainya? bukan kerana lebihnya ia kepada sunnah Nabi atau kerana ianya pakaian seorang muslimah. tapi jawapan aku yang utama : kerana aku berasa tenang bersamanya :') kenapa tenang? aku mengikut fatwa hati. saat aku memakai purdah/niqab .. mana mungkin aku minum berdiri, mana mungkin aku meludah di tepi jalan, mana mungkin aku memandang ajnabiku tanpa batas, mana mungkin aku gelak berdekah-dekah. mana mungkin aku berpakaian tidak menutup aurat, dan mana mungkin aku berkelakuan bukan seperti muslimah khususnya !

aku punya jawapan aku yang tersendiri. biar apa yang orang kata, aku selesa dengan pakaian ini. dengan secebis kain yang bukan apa-apa ertinya buat kamu, aku lebih taat pada Penciptaku. dengan pakaian ini juga aku pertama kali menemui calon suamiku, yang saat ini merupakan tunanganku :) terima kasih Allah! 

see? :)

Kalian, aku bukanlah istiqamah dengan secebis kain ini. tapi aku juga punya impian, juga impian si dia. melihat isterinya dengan secebis kain ini saat pernikahan kami nanti. Sayang, semuanya dengan izin Allah. mana mungkin aku mampu memakainya saat ibu bapaku kurang redha dengan penampilanku. aku tidak akan sesekali melakukannya. Ya Robb, Kau sentuhlah hati mereka :)




p/s : coretan seorang muslimah idamanku :')

No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...