Saturday, October 17, 2015

Nilai sebuah dakwah.

Hari ni diizinkan Allah berjumpa dengan seorang student perempuan sini yg berasal dari Kazakhstan. Simpati sangat sebab dia tak dapat nikmat beragama. Susah nak amalkan agama dalam hidup sebab bi'ah yg tidak Islam.

Tahu al fatihah, tahu surah-surah pendek, tahu wajib solat 5 waktu, tahu kena tutup aurat, tapi belum ada bi'ah yang baik untuk dia amalkan. Kata dia, mak ayah sendiri pun tak solat tak tutup aurat...
"я не пью, не курю, и я не кушаю свинину" ... tapi dia makan daging tak halal. Dan tahu kena makan daging yg disembelih cara Islam sahaja. 

Dia tahu dekat St Petersburg ni zohor masuk pukul 1,20 petang. Dan semestinya kami sebagai student selalu ada kelas masa-masa macam tu. Dia tanya lagi, "kamu solat dekat mana? atau solat dekat rumah je? kalau tak sempat, ada kelas macam mana?" -- Rasa terkilan sangat sebab cuba nak terangkan pasal solat jamak, tapi diri sendiri kurang tahu perkataan-perkataan yg sepatutnya dalam bahasa Russia. Finally, bahasa Russia sangat membantu... baru sedar, alhamdulillah. 

Satu benda yg sangat unik bila study dekat oversea ni especially Russia, sebenarnya sangat ramai orang Islam, tp mereka amalkan Islam secara rahsia, bukan sepenuhnya dan dengan kurang ilmunya. Kesian, bukan salah dia untuk berada dalam keadaan tu. Dia orang baik-baik, tapi tak tersampai lagi agama ni sepenuhnya. 

Hari ni Allah tarbiyah diri ni, supaya lebih bersyukur dilahirkan sebagai Islam dan dalam keluarga Islam. Nikmat yg terbesar dan teragung, nikmat iman dan Islam. Dan lagi satu, nikmat mengamalkan Islam secara terang-terangan. Wallahua'lam.


Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...