Thursday, June 21, 2012

Masih adakah lagi?


Assalamualaikum! :)


terbeli buku ni tanpa sengaja. tak tahu pun kewujudan buku ni. mungkin sebab dah lama tak pegi majlis ilmu, rasa kosong sgt. Masih adakah lagi? saat2 terakhir aku kat Malaysia, nak la jugak cari beberapa teguk ilmu akhirat. alhamdulillah , Allah gerakkan hati aku untuk pilih buku ni. entah kenapa, tak pandang pun buku lain. ada hikmah kot? =D

hari demi hari aku 'menelaah' buku ni. makin bertambah ilmu aku pasal rumah tangga. hikhik! dari kisah sebelum nikah, semasa nikah, malam pertama, proses mengandung, melahirkan, dan akhirnya punya zuriat. complete sangat buku ni bagi mereka yang dahagakan kebahagiaan rumah tangga yang hakiki :) tersuggest la pulak! =D

aku tabikk salute la kat pasangan ni. antara pasangan terbaik yang penah aku 'follow up' buku2 dorang. Cintaku setelah Allah & Rasul dan Sebarkan Cintamu by Ustazah Fatimah Syarha. Denyut Kasih Medik by Dr. Farhan Hadi. Ustazah Fatimah Syarha dan Doktor Farhan Hadi. kombinasi yang berbeza, tapi punya sesuatu yang sama. Agama! betul la kann.. bila nak nikah tu, cari pada agama, bukan kecantikan, harta atau keturunan. barakallahu lakuma!

Ini cara aku aku memabaca, dan output dari pembacaanku :
  • Macam mana nak didik sseorang anak tu menjadi baik, bukan semasa kandungannya. bukan setelah kelahirannya.. tapi yang lebih penting, semasa proses pemilihan ibu kepada anak itu sendiri :) jadi, insyaAllah. aku ingin punya anak yang soleh dan solehah. jadi aku mesti menjadi bakal ibu yang baik utk anak2 yang baik. biiznillah..
  • Monogami adalah asas asal dalam Islam. bukan poligami. sekalipun orang anggap poligami tu sunnah, monogami juga sunnah. kenapa? sebab sunnah tu sendiri antara maksudnya, perlakuan Rasulullah. kenapa lagi?? sebab Nabi kita bermonogami dengan Khadijah selama 25tahun. dan berpoligami setelah Khadijah selama 10tahun je. jadi yang mana menang? fikir2kan lahhh.
  • Agama Islam itu hebat! kenapa? dengan agama sesorang tu boleh bahagia. beruntunglah mereka yang punya agama dan punya pasangan yang beragama. contohnya senang je, pasangan yang susah, mereka akan berdoa dimurahkan rezeki tanpa hentinya usaha. dan pasangan yang senang, mereka tetap akan berdoa dimurahkan rezeki dan bersyukur atas rezeki tu. mudah kan?


berkobar-kobar rasanya nak menikah bila baca buku ni, hehe :) sebab aku rasa.. dalam rumah tangga tu, si suami dan si isteri boleh dapat banyakk sangat pahala asalkan berpaksikan agama. senyum pada suami pun dapat pahala besar, ni kan pulak mengandungkan dan melahirkan anak2. lagi besar pahalanya.. dengan masa yang ada ni, dan permusafiran aku ke Russia. bukan sekadar belajar MARINE ENGINEERING. tapi belajar jadi sorang bakal isteri dan ibu yang baik. dan juga anak yang berbakti pada ibu bapanya. insyaAllah.. ya Allah, jangan kau palingkan niatku :( moga2 aku juga dikurniakan pasangan yang beragama dan kekal dengan agamanya :') aminnn.



Tuesday, June 19, 2012

Hanya kamu.


My hero.
entah kenapa malam ni tetibe rasa nak tulis something pasal awak. selalu terpikir, kenapa last2 minute macam ni baru Allah temukan kita. mungkin sebab nak jaga kita. dan senang je, let's say.. kalau hari2 makan masak lemak ikan patin, mau jadi jemu jugak kan? hehe.. so, mungkin sebab tu la.. Alhamdulillah, semoga Allah pelihara sayang ni sampai bila2. sampai saatnya saya halal bagi awak.

My hero, 
awak dah yakinkan mak ayah saya pasal kita. harap2, mak ayah saya tak sayang awak lebih dari saya lepas nikah nanti! =D terima kasih jugak bawak saya jumpa mak awak. tenang rasanya :) tenang sangat .. makin mudah jalannya. saya tunggu janji awak dalam masa dua tahun lagi ye.. 

saya dah nak fly ni awakkkk :'( mungkin tengah tahun depan, musim summer .. saya balik Malaysia! tapi.. awak takde sini. awak tengah sail. masa tu awak ingat ke tak kat saya ye.. jaga diri baik2. bawak kenangan kita ye.. dan beberapa peninggalan awak saya akan bawak. saya harap awak pun macam tu. 

arghhhh! sedihnya.

awak. atas kapal nanti, jaga agama awak baik2. jaga sayang saya utk awak. jangan buat ape yang Allah larang taw :'( terima kasih utk saat2 terakhir saya kat sini. saya takkan lupa sampai bila2. awak banyak ajar saya tentang kehidupan . tentang susahnya untuk senang. dan duit bukan segala2nya.. tapi segala2nya perlukan duit. kan?


awk, sebelum saya kenal awak. saya boleh je hidup. tak mati pun! awak pun kan ?? elok je sihat.. takde pun sakit ape2. cuma, saya nak cakap.. memang la macam tu... tapi bila ada awak, saya rasa saya dapat extra! contoh macam saya makan aiskrim vanilla biasa je dulu.. tapi bila awak ade, saya mula rasa sedapnya aiskrim vanilla biasa tu dengan chocolate layer atas die. kan awak? :)

tak nak cakap banyak. saya tunggu 'saat' tu :(




Thursday, June 14, 2012

Menghitung hari.


ok. lagi 2 minggu je tinggal. mungkin kurang lagi rasa teruja dan sebak untuk fly 28/6/2012 ni. tapi bahangnya makin terasa. aku bakal meninggalkan alam kehidupanku sebagai 'anak mak' . sebagai 'anak ayah'. sebagai 'anak MALAYSIA'. jauh dari segala yang aku kenal .. cuma tinggal beberapa kerat 'keluarga seIslam' aku kat sana nanti, yakni senior2 yang tersayang.. satu permusafiran yang aku sendiri belum jangka apa natijahnya. baik ataupun tidak.

sebelum tu.

segulung perghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) sebab sudi taja aku pegi ke Russia. walapun orang cakap negara komunis, tapi mungkin aku dapat belajar something kat sana nanti, yang belum tentu ada kat negara aku sendiri. insyaAllah. dengan izin Allah.

persiapan demi persiapan.

harapnya cukup la untuk bekalan aku kat sana nanti. aku akan bawak semua yang terindah. setahun mendatang.. kalau tak ada aral melintang, aku akan pulang semula ke Malaysia. mengjengah beberapa perubahan di bumi kelahiran aku ni. mungkin hanya 2 bulan. cukup kot?

'Allah rabbi. ya Khaliq. terimalah permusafiran aku yang akan datang. ke arah kebaikan di sisi agamaMu'


Wednesday, June 6, 2012

Kisah seorang 'along'.


Along Hafiz.
terima kasih. selama kita kenal, banyak ilmu yang along share. kenapa kite nak jugak tulis pasal along ni ek? sebabnya, at least kite ade simpan 'something' tentang along. even hanya dalam alam maya ni aje. kan? and at least, ada bukti yang kita penah kenal .

along ingat lagi tak, masa first sekali kita jumpa :) **shhhttttt! - UniKL MIAT

dan along ingat lagi tak, masa last sekali kita jumpa :) **sshhhhttt! - Taman Tasik Shah Alam.

u're such a good brother to me. seriously.. sorang abang yag boleh share macam2 ngan kite. agama. study. even politik pun, kan? hehe. along baik. kite dah nak pegi ni, along jaga diri baik2 tau. ada rezeki, ada masa. insyaAllah jumpa lagi. tapi kalau masa tu along jadi suami orang, potensi untuk jumpa tu kurang ada la kan. hehe . study baik2 tau along. kite tau along boleh berjaya. entah2 boleh jadi AHLI POLITIK yang hebat! whooaaaaa :O

p/s : nanti kite bawak buku ni Russia sekali eh :)
thanksss a lot! buku ni really meaningful to me. 
bukan pada harga. tepi kenangan :)

along cakap : " jangan ada titik taw entri tu .
sebab ade sambungannya"
kite : " tapi titik bersambung macam ni bole kan . . ."


Friday, June 1, 2012

Surat dari anakmu yang bakal tak nakal.


Assalamualaikum Mak Ayah . 

sihat tak hari ni? dah makan? tidur cukup tak? **bodek bodek dulu :p ! adik ada benda nak bagitau ni . penting sangat .. adik tak nak membelakangkan mak ayah dalam ape pun keputusan yang adik buat. sebab tu adik nak mintak restu mak ayah ni .. erm ..

Mak , ayah .. adik nak nikah boleh?? **gulppppp. 
(adik tengah tutup muka ni) *-*

jangan marah adik :'( adik bukan main2 tau . adik betul2 nak nikah .. adik dah pikir masak2. adik tau, adik baru 18 tahun. tak sampai pun angka 20 lagi. adik tau, banyak sebab mak ayah tak kasi adik nikah . adik tau yang adik ...

  • tak pandai masak lagi.
  • adik bangun pagi tak berapa awal.
  • adik jarang tolong mak masak.
  • adik selalu keluar dengan kawan2.
  • adik kadang2 tak dengar cakap.
  • adik *kecik lagi.
kalau mak ayah guna hujah ni , memang la adik kalah! tapi .. adik kan dah bagitau awal2 lagi pasal surat ni . adik ulanggg .. SURAT DARI ANAKMU YANG BAKAL TAK NAKAL. adik yakin .. dengan nikah, adik boleh berubah . sebab .. dengan adanya suami adik nanti ..
  • adik akan belajar masak. wajib! adik nak ikat suami , adik kena ikat kat perut dia dulu kan? macam mak selalu buat kat ayah hari2... patutlah ayah sayang mak :)
  • adik akan bangun pagi awal2. sebelum subuh lagi .sebab adik tak nak la nanti bila dah pukul 11 pagi, adik ngan bakal suami adik .. bangu je tido.. terkebil-kebil tengok muka masing2 . sebab tak taw sape bangun dulu . hehe.. adik mesti la nak jaga air muka mak ayah, sebab dah berjaya didik adik jadi wanita yang bangun palinggg awal kat rumah . kan kan??
  • adik akan selalu masuk dapur. basuh baju. kemas rumah. sebab adik nak jadi isteri mithali macam mak. yang selalu jaga makan pakai ayah.. 
  • adik tak kan senang2 'hang out' dengan kawan2. sebab masa tu nanti. adik dah ada suami. adik kena mintak kebenaran dia kalau nak pegi mana2. dan adik yakin, suami adik tu nanti takkan benarkan adik pegi tempat bukan2 dengan orang bukan2. mak pun selalu mintak kebenaran ayah .. kan kan? adik nak jadi macam mak !
  • adik akan belajar jadi sorang isteri yang taat pada suami. macam taatnya mak pada ayah . ayah cakap sekali je, mak mesti dengar.. hebat sangat kuasa sorang suami , kan mak?? adik taw.. syurga sorang isteri tu kan bawah redha suami. dan adik takkan mampu masuk syurga kalau suami adik tak redha kat adik. jadi, adik akan belajar jadi sorang isteri yang taat daripada mak. boleh kan?
  • adik *kecik lagi?? erm.. tak la! adik dah besar, adik janji.. adik akan belajar jadi dewasa daripada pernikahan kami nanti. tapi.. mak ayah jangan risau.. adik tetap jadi 'adik' mak ayah sampai bila2, even ada 20orang anak sekalipun .. mak ayah tetap kena panggil adik, 'adik'. tau :'(

Mak, ayah .. cukup tak hujah adik ni? kalau mak ayah setuju .. nanti bila adik balik rumah . tulis la kat pintu "ADIK DIBENARKAN BERNIKAH" ! hehe .. lagi pun, adik nak mak ayah tau .. adik tak nak kumpul dosa kering dengan dia. kami dah pikir masak2. kami nak hidup dalam redha Tuhan . redha Allah . mana mungkin adik akan jadi sorang doktor yang berjaya. kalau adik belajar, tapi masih dikelilingi maksiat. betul kan mak? betul kan ayah? jadi.. tolongla benarkan adik nikah . nanti telefon adik tau. adik tunggu 'green light' mak dengan ayah :D

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
An Nuur : Ayat 32


sekian , coretan daripada :
Anakmu yang bakal tak nakal :)



Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...