Friday, June 1, 2012

Surat dari anakmu yang bakal tak nakal.


Assalamualaikum Mak Ayah . 

sihat tak hari ni? dah makan? tidur cukup tak? **bodek bodek dulu :p ! adik ada benda nak bagitau ni . penting sangat .. adik tak nak membelakangkan mak ayah dalam ape pun keputusan yang adik buat. sebab tu adik nak mintak restu mak ayah ni .. erm ..

Mak , ayah .. adik nak nikah boleh?? **gulppppp. 
(adik tengah tutup muka ni) *-*

jangan marah adik :'( adik bukan main2 tau . adik betul2 nak nikah .. adik dah pikir masak2. adik tau, adik baru 18 tahun. tak sampai pun angka 20 lagi. adik tau, banyak sebab mak ayah tak kasi adik nikah . adik tau yang adik ...

  • tak pandai masak lagi.
  • adik bangun pagi tak berapa awal.
  • adik jarang tolong mak masak.
  • adik selalu keluar dengan kawan2.
  • adik kadang2 tak dengar cakap.
  • adik *kecik lagi.
kalau mak ayah guna hujah ni , memang la adik kalah! tapi .. adik kan dah bagitau awal2 lagi pasal surat ni . adik ulanggg .. SURAT DARI ANAKMU YANG BAKAL TAK NAKAL. adik yakin .. dengan nikah, adik boleh berubah . sebab .. dengan adanya suami adik nanti ..
  • adik akan belajar masak. wajib! adik nak ikat suami , adik kena ikat kat perut dia dulu kan? macam mak selalu buat kat ayah hari2... patutlah ayah sayang mak :)
  • adik akan bangun pagi awal2. sebelum subuh lagi .sebab adik tak nak la nanti bila dah pukul 11 pagi, adik ngan bakal suami adik .. bangu je tido.. terkebil-kebil tengok muka masing2 . sebab tak taw sape bangun dulu . hehe.. adik mesti la nak jaga air muka mak ayah, sebab dah berjaya didik adik jadi wanita yang bangun palinggg awal kat rumah . kan kan??
  • adik akan selalu masuk dapur. basuh baju. kemas rumah. sebab adik nak jadi isteri mithali macam mak. yang selalu jaga makan pakai ayah.. 
  • adik tak kan senang2 'hang out' dengan kawan2. sebab masa tu nanti. adik dah ada suami. adik kena mintak kebenaran dia kalau nak pegi mana2. dan adik yakin, suami adik tu nanti takkan benarkan adik pegi tempat bukan2 dengan orang bukan2. mak pun selalu mintak kebenaran ayah .. kan kan? adik nak jadi macam mak !
  • adik akan belajar jadi sorang isteri yang taat pada suami. macam taatnya mak pada ayah . ayah cakap sekali je, mak mesti dengar.. hebat sangat kuasa sorang suami , kan mak?? adik taw.. syurga sorang isteri tu kan bawah redha suami. dan adik takkan mampu masuk syurga kalau suami adik tak redha kat adik. jadi, adik akan belajar jadi sorang isteri yang taat daripada mak. boleh kan?
  • adik *kecik lagi?? erm.. tak la! adik dah besar, adik janji.. adik akan belajar jadi dewasa daripada pernikahan kami nanti. tapi.. mak ayah jangan risau.. adik tetap jadi 'adik' mak ayah sampai bila2, even ada 20orang anak sekalipun .. mak ayah tetap kena panggil adik, 'adik'. tau :'(

Mak, ayah .. cukup tak hujah adik ni? kalau mak ayah setuju .. nanti bila adik balik rumah . tulis la kat pintu "ADIK DIBENARKAN BERNIKAH" ! hehe .. lagi pun, adik nak mak ayah tau .. adik tak nak kumpul dosa kering dengan dia. kami dah pikir masak2. kami nak hidup dalam redha Tuhan . redha Allah . mana mungkin adik akan jadi sorang doktor yang berjaya. kalau adik belajar, tapi masih dikelilingi maksiat. betul kan mak? betul kan ayah? jadi.. tolongla benarkan adik nikah . nanti telefon adik tau. adik tunggu 'green light' mak dengan ayah :D

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
An Nuur : Ayat 32


sekian , coretan daripada :
Anakmu yang bakal tak nakal :)



No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...