Monday, May 28, 2012

Sakitkah engkau, Wahai Adam?


aku dicipta kerana kesunyian Adam.
kerana perlunya Adam dengan kehadiran aku.
tidak mampukah Adam hidup tanpa kehadiranku?
atau Adam mungkin mampu bahagia bersamaku?
meraih pahala bersama-sama hingga ke syurga..
atau barangkali hanya mampu meraih dosa.
 sedikit demi sedikit.
hingga pada akhirnya nanti,
hidup 'bahagia' di neraka sanaaa..


Adam. dan aku - Hawa.
aku lemah .
lemah kerana takdir Allah untukku.
adalah supaya aku dilindungi.
seperti yang engkau tahu. dan juga aku sendiri tahu.
tidakkah terbeban tatkala aku disampingmu?
disaat aku menjadi yang halal bagimu,
engkau bertanggungjawab atas agamaku dan syurgaku.
mana mungkin aku mampu ke syurga berseorangan.
 tanpa redhamu sebagai seorang yang bergelar suami.


bangunlahhh Adam.
bangun. dunia ni terlalu suntuk untuk kita bermain mata.
untuk kita menguji kesetiaan di antara kita.
terlalu suntuk . sungguh .
kebahagiaan itu bersifat sementara. 
bantu aku untuk punya kebahagiaan yang abadi.
ayuh kembali kepada Pencipta kita.
Dia menanti taubat kita.
andai benar kasihmu terhadapku setulus hati,
ayuh maju bersama-samaku.


di akhir zaman ini, Adam.
aku tidak pernah mengharap engkau sesempurna mungkin.
sesempurna Saidina Ali.
kerana engkau perlu tahu.
aku bukannya Saidatina Fatimah.
juga bukan sesempurna Rasulullah SAW.
kerana aku juga bukannya Saidatina Aisyah.



2 comments:

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...