Saturday, May 26, 2012

Final Examination.


ni just Final Examination je taw!
bukan Final Destination :D

kenapa perlu ada post pasal final exam ni ? penting sangat ke pun? mungkin ada beberapa sebab :
  • kali terakhir aku exam by using environment Malaysia . seriously, kali terakhir.
  • sebelum ni mungkin jarang nak ambik taw pasal final, tapi at last .. dalam tiga2 sem dalam Pre Russian ni, aku rasa ni the most gempak kot. kot~ hehe.
  • satu2 nya exam yang ada dibuat pada hari SABTU . sabtu ok !
  • mungkin lepas ni, bila aku baca balik entri ni.. at least aku boleh ingat sejarah aku yang lepas2, sweet kan ? ahakssss!
  • + mentazkirah diri sendiri tentang maksud sebenar FINAL DESTINANTION tu !

let's say : jadual untuk Final Exam Pre Russian Batch 7 Tahun 2012 : Sem 3 ~ phewwww .

Khamis 31/5/2012 : Russian (Writing) - Tatiana Lvovna
Jumaat 1/6/2012   : Russian (Oral) - Tatiana Lvovna
Sabtu 2/6/2012      : Physics - Aleksej Lebedev
Isnin 4/6/2012       : Maths - Rustem Sunchelev

p/s : boleh tahan kan? fuhhh . alhamdulillah takde informatics .

harapan aku kat sini, LULUS. sebabnya lulus dengan cemerlang tu, bukanlah mustahil. tapi sebab aku sedar kot, tahap usaha aku setakat mana. nak last2 ni, study ala kadar aje laaa... takpe la, janji usaha . Allah tengok usaha, bukan hasil kan?? :) just smile. tapi jangan pulak syahid dulu sebelum angkat senjata . ok?

stay cool. jangan tension!
sebab orang yang tension tu, adalah orang yang kurang bijak. sebab? 
dia tak dapat kawal diri sendiri. 
muhasabah diri sendiri :)


ni baru final exam. belum lagi final destination kat akhirat sana tu.. terasa macam nak muhasabah diri la pulak malam2 macam ni :'( cukup ke amalam aku nak ke syurga tu nanti? aku tak nak nanti bila depan Allah, aku ibarat aku yang baling batu, tapi aku sendiri yang sorokkan tangan. tak nak . kenapa la keinsafan ni datang sekejap aje?? hati aku ni mudah sangat ..... ~ urghhhh! mungkin sebab ada kalanya aku lupa doa Rasulullah yang satu ni  agaknya.. bukan ke kalau kita tak mintak, Allah kurang rasa nak bagi sebab kita memang tak usaha nak mintak . kan? hmmm. doa ni la ..

"ya Muqallibal qulub! thabbit qulubi 'ala dinik. wa 'ala tho'atik"
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati2.
 Teguhkanlah hatiku di atas agamaMu
dan di atas ketaatan kepadaMu.

Rasulullah sendiri pun selalu baca doa ni hampir di setiap sujud baginda. tapi aku? so, jangan nak mengada pertikaikan la, kenapa itu dan ini. benda simple pun aku tak mampu buat. haishhhhh. tolongla wahai hati :'( aku rindu sangat berada dalam keadaan yang sebelum ni.

ya Allah, jangan kau tarik nyawa ini sebelum aku sempat kembali kepada jalan yang sebenar2nya. tinggalkan yang batil , teruskan dengan yang haq! terimalah permusafiran aku yang akan datang, sebagai satu jalan aku untuk kembali kepada yang haq. bukan sekadar belajar untuk menjadi wanita yang hebat di mata lelaki macam yang lain bayangkan . tapi lebih dari itu!

sesungguhnya, Hari Pembalasan itu pasti.


No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...