Wednesday, August 31, 2011

kata mereka .. ianya negatif ??

kata mereka , Rusia tu tempat bakar Quran .. jangan pegi ..

kata mereka , kenapa engineering, awak tu perempuan .. jangan pegi ..

kata mereka , kat Rusia tak ramai Islam .. jangan pegi ..

kata mereka , ambek engineering susah keje, ramai menganggur .. jangan pegi ..

kata mereka , jauh , nanti susah nak balek .. jangan pegi ..

kata mereka , nanti dah kahwen, kena fikirkan family, so rugi la belajar tinggi2 .. jangan pegi ..

kata mereka , boleh ke ?? .. jangan pegi ..



berapa BANYAK kata mereka sekalipun .. satu je yang aku pegang ..
kalau Allah dah letak aku kat posisi ni skarang ni .. means that , aku sanggup ..
kan Allah dah cakap dalam quran , 
Allah TAK akan membebani seseorang tu , melainkan dengan kesanggupannya ..


so , since aku dah berjaya dengan usaha aku , sampai  tahap ni ... 
TANPA bantuan 'mereka2' tu .... siapa mereka nak halang apa yang dah Allah rezekikan utk aku . 
kan ? pasal kawen ke ape .. Kau tahu yg terbaik utkku , ya Allah ..
maka , kurniakanlah seseorang yg terbaik d'mataku dan d'mataMu jua :) ameen ..


man jadda wa jada wa man zaro'a hashoda .. 
apa yg aku tuai , aku hampir nampak hasilnya ..
Thank you , Allah .. sbb kuatkan aku sampai saat ni :)

kalian , dan 'mereka2' itu .. doakan aku ya :)




Friday, August 26, 2011

pre russian :)

sebelum balek cuti raya . lecturer2 russsian ktorang sempat la bergambar ngan ktorang . dorang sangat sweet la ! Tatiana Lvovna + Allina :D


even banyak je dak2 laki ni yg aku xtaw pun nama dorang :D hehe .



kat administration block :)


zati . ain . lin . jannah . Allina . anis . Tatiana . aini



ok , cukup ! yang ni plak .. masa kat hanger . huhu . sempat lg masa break :)

baju hijau tu : En Syamsul - dia sangat sempoi :)


sebab : sudi kasi pinjam moto jaguh die kalo nak naik . haha .
and banyak tolong ktorang masa lab . die jaga lab :)


ni la motor die . hihihii ...


merasa gak naek yg dua orang je handle tu . kan zati ? :D 
credit to En Syamsul : awk naek je , jgn tekan suis pape dahla . haha


 
kan dah ckp , ktorang g hanger :)

zati . lin . aini

bukan AirAsia atau MAS punya . tp UniKL MIAT . haha!


sorry lin . takotkan lin masa nak turun . 
cara : goyangkan tangga tu , haha
supporter perbuatan : En Syamsul . haha


dalam kelas bahasa rusia :)


aku . ain . and zati je student prempuan dlm kelas :D


sorry . main snap je .


ni la jadinya bila lecturer foreigner mengajar. hihi
masin jadi MASIM :))
pun bole~



SEKIAN 






Thursday, August 25, 2011

Hadis Ketiga - (HADIS 40)

entry kali ni adalah tentang hadis ketiga :))


Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrahZakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu


Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman:-
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
  3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
  4. Percaya kepada Kitab-Kitab
  5. Percaya kepada Hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qada' dan Qadar


ok , rukun Islam ni .. apa yg kita perlu buat kalau kita ni betul2 Muslim :) 
kalau rukun iman plak ?? apa yang kita akui and percaya kalau kita betul2 Muslim :)





jom jadi Muslim sejati sebelum tiba 5 perkara ni :))





Tuesday, August 16, 2011

Hadis Kedua - (HADIS 40)

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :

Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?


Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.


Sipemuda : Benar katamu.

 ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )


Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?


Rasulullah
 : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.

Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?



Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.


Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.


Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.


Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?


Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.


( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :


Rasulullah
 : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?


Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.


Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.











melalui cerita ni , betul la .. mencari seceduk ilmu tu penting sangat .. jangan terlalu jahil tentang agama sendiri sedangkan perkara2 lain kita boleh jadi antara yg terhebat . tak adil kan ?? :) aku nak highlight kan pasal Hari Kiamat tu .. aku percaya , hampir semua umat Islam kat dunia taw tentang tanda2nya ..let's say , daripada hadis kedua ni ...


Antara tanda-tanda hari kiamat adalah:
> Penderhakaan kepada ibubapa berleluasa. Anak-anak berinteraksi dengan ibubapa seperti tuan dengan hamba.
> Golongan bawahan menjadi pemimpin dan harta mereka berkembang banyak. Lalu mereka mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi kerana ingin menonjolkan kemegahan.

banyak dah kan sume ni terjadi .. cukupla aku ambik Masjid Besi kat Putrajaya tu sebagai contoh . kalau korang penah pegi , tipu la kalo korang cakap korang tak kagum ngan masjid tu . indah bukan main! sangat2 hebat .. tapi sayang .. even dalam bulan puasa pun , masjid tu penuhnya tak sampai separuh pun .. why ??? kalau macam tu , kenapa nak bina masjid yg gah hanya kepada pelancong2 luar ?? sampai satu tahap , menjadi satu daya tarikan pelancong .. dan sampai timbul isu orang kafir boleh ke masok masjid ?! hurm .. pikirkanlah wahai diri sendiri dan kalian semua . semoga ksemua daripada kita dapat 'tiket' dari Allah utk ke syurga . wallahua'lam .


Monday, August 15, 2011

Hadis Pertama - (HADIS 40)

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'


"innamal a'malu binniat"


teringat pulak masa zaman sekolah , dalam Pendidikan AL Quran & As sunnah (PQS) memang ada cakap tentang hijrah .. aku try recall balek :D hurmm .. kisahnya macam ni ..

ada seorang lelaki ni suka kat Ummu Qais . Ummu Qais cakap, " kalau kamu ingin menikah denganku, maka kamu perlu berhijrah ke Madinah " .. lalu, lelaki tu pun berhijrah ke Madinah bukan niat berhijrah kerana Allah , tetapi dengan niat untuk berkahwen dengan Ummu Qais , sehinggakan dia digelar Muhajir Ummu Qais.





nampak tak kat sini , betapa pentingnya sesuatu amalan/pekerjaan tu dengan niat kerana Allah .. lelaki tadi hanya akan dapat apa yg diniatkannya , dan bukan sebagai satu pahala atas apa yg dia kerjakan . so, sangat2 rugi kalau kita buat sesuatu tu .. tanpa ganjaran yg HEBAT dari Allah kan ? sama2 la niatkan sesuatu tu Lillahi Taala :)) wallahu a'lam .!

Thursday, August 4, 2011

Mahar untuk berkahwin ? kehebatan hafiz Al-quran ?


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1587


Dari Sahl bin Saad as-Saidi r.a., katanya: Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah saw. dengan berkata: "Ya Rasulullah! Saya datang untuk menyerahkan diri kepada tuan (untuk dijadikan isteri)." Rasul memandang wanita itu dengan teliti lalu beliau menundukan kepala. Ketika wanita itu menyedari bahawa Rasul tidak tertarik kepadanya, maka ia pun duduklah. Lalu salah seorang sahabat beliau berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah! Seandainya tuan tidak memerlukannya, kahwinkanlah dia dengan saya." Rasul bertanya: "Adakah engkau mempunyai sesuatu?" Jawab orang itu: "Demi Allah, tidak ada apa-apa, ya Rasulullah." Rasul berkata: "Pergilah kepada sanak keluargamu! Mudah-mudahan engkau memperoleh apa-apa." Lalu orang itu pergi. Setelah kembali, ia berkata: "Demi Allah, tidak ada apa-apa." Rasul berkata: "Carilah walaupun sebuah cincin besi!" Orang itu pergi, kemudian kembali pula. la berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, cincin besi pun tidak ada. Tetapi saya ada mempunyai sarung yang say a pakai ini. (Menurut Saad, ia tidak mempunyai kain lain selain dari yang dipakainya itu). Wanita itu boleh mengambil sebahagian dari padanya." Rasul berkata: "Apa yang dapat engkau lakukan dengan sarungmu itu. Kalau engkau pakai, tentu ia tidak berpakaian, dan kalau ia yang memakainya, engkau tidak berpakaian." Lalu orang itu pun duduklah. Lama ia termenung. Kemudian ia pergi. Ketika Rasul melihatnya pergi, beliau menyuruh agar orang itu dipanggil kembali. Setelah ia datang, beliau bertanya: "Adakah engkau menghafal Quran?" Orang itu menjawab: "Saya hafal surah ini dan surah itu." Ia lalu menyebutkan nama beberapa surah dalam Al Quran. Rasul bertanya lagi: "Kamu dapat membacanya di luar kepala?" "Ya," jawab orang itu. "Pergilah, engkau saya kahwinkan dengan wanita ini dengan Al Quran yang engkau hafal itu."




Tuesday, August 2, 2011

rindu rumah .

hampir sebulan lebih tak balik umah , even masa minggu besday tu mak ayah , kakak n syifaa datang tempat aku . tapi sekejap je pun . bosan la . mau balik, balik dan BALIK !


tapi kenapa ?

  • sebulan lebih tak jejak umah .
  • bosan makan makanan kedai .
  • 1st puasa kat MIAT    -   T_T
  • nanti , kalau Allah takdirkan aku berjaya blaja kat negara orang , tak dapat balek dah ...
  • skarang , mungkin bekira $$$ , masa , tenaga , jauhnya journey tuuuu ...
  • tapi, nanti .. dah ada berjuta $$$ sekalipun ,, kalau nak balek pun , tetap tak mungkin T.T
  • kan Ain ? thanx for your advice .. hurmmm ..

( hanya by lappy + handphone = sob.. sob .. )


macam kelakar je .. doa dapat balek ..


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.”

Riwayat at-Tirmizi



Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya. Namun hendaknya kita tidak hanya meminta sesuatu yang hanya mencakupi urusan dunia semata, melainkan mencakupi urusan dunia dan akhirat sekaligus sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran yang maksudnya:” "Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia'. dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (al- Baqarah : 200-202).



moga Allah permudahkan semuanya . untuk sekarang , esok , dan hari seterusnya .. ameeen ..




Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...