Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
melalui cerita ni , betul la .. mencari seceduk ilmu tu penting sangat .. jangan terlalu jahil tentang agama sendiri sedangkan perkara2 lain kita boleh jadi antara yg terhebat . tak adil kan ?? :) aku nak highlight kan pasal Hari Kiamat tu .. aku percaya , hampir semua umat Islam kat dunia taw tentang tanda2nya ..let's say , daripada hadis kedua ni ...
Antara tanda-tanda hari kiamat adalah:
> Penderhakaan kepada ibubapa berleluasa. Anak-anak berinteraksi dengan ibubapa seperti tuan dengan hamba.
> Golongan bawahan menjadi pemimpin dan harta mereka berkembang banyak. Lalu mereka mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi kerana ingin menonjolkan kemegahan.
banyak dah kan sume ni terjadi .. cukupla aku ambik Masjid Besi kat Putrajaya tu sebagai contoh . kalau korang penah pegi , tipu la kalo korang cakap korang tak kagum ngan masjid tu . indah bukan main! sangat2 hebat .. tapi sayang .. even dalam bulan puasa pun , masjid tu penuhnya tak sampai separuh pun .. why ??? kalau macam tu , kenapa nak bina masjid yg gah hanya kepada pelancong2 luar ?? sampai satu tahap , menjadi satu daya tarikan pelancong .. dan sampai timbul isu orang kafir boleh ke masok masjid ?! hurm .. pikirkanlah wahai diri sendiri dan kalian semua . semoga ksemua daripada kita dapat 'tiket' dari Allah utk ke syurga . wallahua'lam .
No comments:
Post a Comment