Monday, August 15, 2011

Hadis Pertama - (HADIS 40)

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'


"innamal a'malu binniat"


teringat pulak masa zaman sekolah , dalam Pendidikan AL Quran & As sunnah (PQS) memang ada cakap tentang hijrah .. aku try recall balek :D hurmm .. kisahnya macam ni ..

ada seorang lelaki ni suka kat Ummu Qais . Ummu Qais cakap, " kalau kamu ingin menikah denganku, maka kamu perlu berhijrah ke Madinah " .. lalu, lelaki tu pun berhijrah ke Madinah bukan niat berhijrah kerana Allah , tetapi dengan niat untuk berkahwen dengan Ummu Qais , sehinggakan dia digelar Muhajir Ummu Qais.





nampak tak kat sini , betapa pentingnya sesuatu amalan/pekerjaan tu dengan niat kerana Allah .. lelaki tadi hanya akan dapat apa yg diniatkannya , dan bukan sebagai satu pahala atas apa yg dia kerjakan . so, sangat2 rugi kalau kita buat sesuatu tu .. tanpa ganjaran yg HEBAT dari Allah kan ? sama2 la niatkan sesuatu tu Lillahi Taala :)) wallahu a'lam .!

No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...