Wednesday, February 5, 2014

Happy First Anniversary!


2.2.2013 - 2.2.2014

Genaplah setahun usia pernikahan kami suami isteri. Masih terngiang-ngiang lagi akad nikah oleh sang suami. 'Aku terima nikahnya Ainishahirrah...' Bushhhh. Meleleh air mata, turun membasahi make up. ehh! Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana tanpa izinNya pernikahan ni takkan semudah tu akan terjadi. Jodoh kata mereka..



Berkobar-kobar menanti masa buat kek tema wedding dulu. Buat pertama kali dalam hidup, buat decoration piping atas kek. Menggeletar tangan nak tulis nama kami berdua. Kecomotan tu harap dimaafkan ye. =PP By the way,, Alhamdulillah berhasil, walaupun tuan empunya tak dapat rasa makan kek ni. Pada masa ni, suami tengah belayar. APL JAPAN. Terima satu call sebelum tibanya 2 Feb 2014.

"Happy birthday yang dan abang!"

Hehe. nakal betul. Tahun kelahiran kami berdua untuk hidup bersama agaknya. Terima kasih, Tuhan. Semoga kebahagiaan ini berkekalan hinggan ke akhirnya. Dan dibahagiakan lagi dengan kehadiran zuriat kami suatu hari nanti. Aminn. Abang, I'll love you till the end of my life.


Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...