Monday, July 20, 2020

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua, 

Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebelum ni. Guess what? Aku yang takda anak masa tu pun, dah anak dua sekarang ni. HAHA. How time flies...


So nak introduce anak2 aku. 


Anak first, Adam Mahfuz bin Mohamad Iqbbar, 3 tahun.





Second, Maryam Zaheera binti Mohamad Iqbbar, 1 tahun 8 bulan.




I'm too busy raising my kids, cewahh. Sekian untuk kali ni dulu, Bye!



Monday, June 20, 2016

Masjid St Petersburg, Russia


16 Jun 2016


First of all, nak pergi ke masjid ni tak susah pun. Korang boleh naik metro, dan turun di stesen metro Gorkovskaya (line biru). Keluar je dari metro tu, korang dah boleh nampak masjid tu. Masjid ni kalau Google, ada yang panggil Blue Mosque. Mungkin sebab warna biru kot. Tapi masjid kat Istanbul, pun dipanggil Blue Mosque walaupun tak berapa nak biru hehe.

So, ni gambar masjid tu :)

Gambar ni bertarikh 16 Jun 2016

By the way, malangnya masa pergi ni walaupun bulan puasa, tapi masjid ni under renovation. Even para jemaah pun kena solat kat luar dalam bulan puasa ni. Tak patut kan? Huhu. Jadi tak dapat la nak tangkap gambar dari dalam. Mohon Google sendiri ye --




Ok jom tengok seni bina dia dari dekat. Cantik tau!


Dalam perjalanan korang nak ke masjid ni dari metro, korang kan nampak satu kedai shawarma halal. Boleh la beli kat situ okay! :)





Wednesday, April 27, 2016

Restoran Halal di Riga, Latvia.


Untuk first time traveller, memang agak susah nak cari kedai makan. Sebabnya tak banyak yang review pasal kedai makanan halal di Riga ni. Mungkin sebab jarang-jarang je orang yang travel ke sini. So, kali ni nak share kat mana lokasi restoran halal kat sini. Harap membantu :)



Pakistani Kebabs ni memang popular kalau kita Google. Dan kedudukannya tak jauh dari Stockmann dan stesen bus Riga atau Riga Coach Station. Atau kalau lagi mudah, dekat sangat dengan Shopping Mall "Origo".

Ni alamatnya : Ernesta Birznieka-Upisa 2, Riga 

Kedai ni ada buat delivery tau. Burger dia serendah 1.30 euro. Murah kan? Yang paling best kat sini, burger & of course, kebab dia. Korang boleh cuba medium spicy. Memang best! Recommended. Kawasan sini memang patut korang pegi, sebab dekat bangunan yang sama, ada 3 kedai halal. Semua dekat-dekat. Kalau nak rasa makanan Turkish, boleh pergi Istanbul Kebabish




Istanbul Kebabish ni dia bukak 24 jam tau. So macam kitorang nak kena naik bas jam 3 pagi, kedai ni la yang jadi mangsa. hehe. Baik sangat pekerja dia, bagi Turkish tea unlimited, Free je tak yah bayar. Alhamdulillah. So have a good trip, guys! :)



Saturday, April 16, 2016

17 April - Tahun Baru untuk warga Myanmar


Kebetulan lepas balik kelas tadi, terserempak dengan Soe which is kawan Myanmar kat uni sini. Patutlah bising! Sambut New Year rupanya.

Soe pernah bagi salam, dan mengaku dia Muslim. Ada jugak tanya-tanya dia makan babi ke? Dia kata yes. Ohooii! Like always kalau tanya Muslim luar ni. Kesian rasanya, sebab tak tersampai Islam yang sebenar pada diorang :( Allahummaghfirli ya Allah.

Bagus jugak belajar oversea campur-campur negara ni, at least bertambah ilmu tentang culture diorang. By the way, lepas habis google memang betul Burmese New Year is on 17th of April. So disebabkan hari ni 16 April, patutlah korang celebrate.

So, Happy New Year my friend!


Friday, April 15, 2016

Bon Voyage, Husband.


15 April 2016, forth ship - APL MIAMI.

Dia akan sailing lagi sekali. I mean for the forth time. Bukan benda baru bagi aku, cuma apa yang baru, bila aku back for good beberepa bulan lagi, bukan dia yang menjemput di KLIA seperti selalu. Well, as a sailor's wife, I've to be tough and strong. Walaupun dalam hati Tuhan je yang tahu.

Sampai je dia di Singapore, dapat call offer kerja di Malakoff  Cawangan Johor. Nak buat macam mana, kan? Mungkin ni yang terbaik.



So, biarkan blog ni menjadi saksi ini kapal yang terakhir bagi dia. Mungkin. And for you husband, kuatkan semangat, Kali pertama dia akan berpuasa dalam kapal. Dan akan jadi kali pertama jugak raya kali ni tanpa dia. I'll always be here for you. Selamat pergi dan pulang. Semoga Allah redhakan dia, sebab aku pun redhakannya. Kita jumpa lagi 6 bulan ye? :')

Wednesday, April 13, 2016

Russia nak keluarkan wang kertas 200 dan 2000 rubles?


Yup! Definitely true. Akhbar Metro, bertarikh 13 April 2016.

Add caption

Selama hampir 4 tahun duduk kat sini, agak mengejutkan jugak la. And of course, memudahkan lagi dengan wujudnya duit tu nanti. Tapi malangnya, dikatakan akan bermula tahun depan, sobssss! Tak sempat la ana nak rasa duit baru, huhu. Selama ni duit ruble paling tinggi adalah 5000 rubles. Dan kedua tertinggi adalah 1000 rubles. 

No wonder, semalam terbaca The Moscow Times yang diorang dalam proses pilih gambar untuk wang kertas baru tu. Boleh baca kat sini, 


So adik-adik junior, dapat la korang merasa pegang duit baru tu nanti :) Ehem, sebak pulak rasanya hujung-hujung memori dekat Russia ni. Pahit dan manis semuanya ada kat sini. Sekian dulu ya! 



Kematian yang menghidupkan


Baru-baru ni, bertarikh 4 April 2016 waktu St Petersburg atau 5 April 2016 waktu Malaysia.

Satu FB bergegar dek kematian Matyi, atau Muhammad Azri. Pada masa kematian dia, dia baru je 25 tahun. Tapi ajaibnya, dengan umur semuda tu dia mampu gegarkan satu FB dengan kebaikan amalan dia sepanjang hidup. 

Matyi adalah senior aku yang beza dua tahun kat St Peter ni. Means, aku batch yang ke-6 kat sini dan arwah batch yang ke-4. Dia seorang naqib di sini. Basically, sebab dia seorang lelaki jadi tak banyak yang dapat aku kongsikan. Cuma apa yang ada dalam memori aku dan dia, dia pernah jadi wakil kepada pelajar sini untuk kutipan infaq umat Islam di Palestin. Dan dalam Maybank2u aku sendiri pun ada favourite nombor akaun dia. See? Dalam memori aku yang sangat tak rapat dengan dia ni, masih ada memori yang baik-baik tentang dia.

Dan lagi satu, aku dan dia pernah berada dalam satu kumpulan charity masa di St Peter ni jugak. Pada masa tak ramai yang nak join, at least dialah antara lelaki sini yang bagi support untuk kerja amal ni. Sebab waktu ni, bilangan perempuan melebihi lelaki. So, boleh tengok video tu kat sini :)



Sungguh mulia cara kematian dia.
Ini yang sangat aku cemburui. Kata diorang, dia temui ajal dalam kemalangan antara motosikal dengan motosikal yang lain sejurus lepas solat Isyak di masjid/surau. Dan kebetulan, hari tu hari Isnin. Dia berpuasa sunat Isnin siangnya. Banyaknya amalan dia, kalau nak dibandingkan dengan diri ni. Malu rasanya..

Kalau nak tengok betapa hebatnya akhlak dia di sisi makhluk dunia, boleh klik sini :-
Arwah Matyi : Barisan kedua lelaki dari bawah. Yang keempat dari kanan. 

Matyi, semoga tenang dan senang urusan di sana.. Selamat berehat. Dunia ni dah puas saksikan dakwahmu. Cukuplah Allah sebagai saksi. Dan semoga kita dikurniakan husnul khotimah sepertinya, insyaAllah aminn.


Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...