Sunday, February 28, 2016

Jadi juri di Masterchef St Petersburg 2.0


Hi korang! Assalamualaikum :)

Kali ni nak share pasal event Masterchef St Petersburg. Alhamdulillah dijemput untuk jadi juri, excited sangat nak rasa masakan budak-budak laki kat sini. And for sure, mestilah dengan siap presentation bagai.. So event ni dibuat pada 28 February 2016 pada jam 8 malam waktu sini (GMT +3).

Dulu, Masterchef St Petersburg 1.0 dibuat pada 16 November 2013. See? Banyak tahun dah, finally dapat jugak buat. Tahniah kepada adik-adik junior yang organize. So kalau nak baca entry pasal Masterchef St Petersburg 1.0, boleh baca dekat sini tau :-


Ok, nak share la gambar masakan yang dah siap ni. Mesti korang terliur, hehe. Hope so!









Pertandingan kali ni, para peserta diberi duit 300 rubles untuk beli barang & masakkan barang tu. See? Kreatif kan dorang ni. Even budak laki, tapi skill memasak tu boleh tahan la. So ni la list pemenang kali ni :-

  • Tempat pertama : Group 3rd year (din, aiman & aji)
  • Tempat kedua : Group 4th year (aj, hakim & azrai)
  • Tempat ketiga : Group 1st year (Faris, Firdaus)

Finally, nak ucap terima kasih kat adik-adik junior sebab dah organize pertandingan yang macam ni. Anyway, it's one of my best memories kat sini. Semoga korang teruskan memasak walaupun dah kahwin nanti ok? ;) Hehe. Peace!


Saturday, February 27, 2016

Cara ke Sultanahmet dari Ataturk Airport


Hi guys!

So kali ni nak share pengalaman macam mana nak pergi Sultanahmet dari Ataturk Airport. Hari tu pergi trip ni as backpackers, so ni memang jimat habis la insyaAllah. Sebab kalau korang banyak duit, boleh je naik taxi. Tiada paksaan ;)

First, korang kena pandai terjemah map public transport kat Istanbul ni, atau dengan kata lain, study la dulu sikit station-station yang penting. Contohnya station Sultanahmet ni. Kebanyakannya hotel/hostel yang korang akan duduk nanti, mesti area sini. Sebab sini memang kawasan pelancong & top attractions macam Hagia Sophia, Topkapi Palace, Blue Mosque and so on..

So, ni la map public transport di Istanbul :)

Nampak tak yang bulat-bulat tu? Haa, tu la check point yang penting untuk ke Sultanahmet. Bila korang sampai je airport, lepas je pasport control, terus menghala ke Metro/Subway. Nanti korang nampak la kat signboard tu. Kalau nak jimat macam kitorang, sebelum naik metro tu, beli la Istanbulkart. Kad ni ada dijual di mesin tiket tu. Harga kad sahaja 6TL, jadi kalau korang masukkan 10TL, baki yang ada dalam kad hanya 4TL laa. Untuk lebih info, boleh tengok dekat website ni : http://istanbulkart.iett.gov.tr/en

TIPS : Beli kat mesin tiket lagi murah, sebab kalau beli kat orang jual, harga kad sahaja 8TL.

Ni la rupa kad tu okay :)

Ok, lepas masuk metro tu, ni yang korang kena buat :-
  1. Tunggu metro yang menghala ke Yenikapi. 
  2. Turun dekat stesen Zeytinburnu.
  3. Tukar naik tram pulak. (tram tak jauh pun, tak tahu tanya orang tau!)
  4. Cari tram yang menghala ke Kabatas.
  5. Turun dekat stesen Sultanahmet.
  6. Sampai! =DD
Depan stesen tram Sultanhmet ni korang akan nampak Blue Mosque & Hagia Sophia. Good luck! :)


Wednesday, February 10, 2016

Cara ke Zaanse Schans dari Amsterdam Central

Cara pergi ke Zaanse Schans:
1) Bus 391
Bas ni boleh dapat di Amsterdam Central, tapi kita tak boleh guna one day transport pass tu. Sebab dia bukan bawah company GVB. Bus ni boleh cari dekat kaunter tiket Conexxion (jenama bas). Harganya lebih mahal dari naik train ke sana sebab dia parking lebih dekat dari Zaanse Schans. Kaunter tiket ni boleh jumpa dalam Amsterdam Central. 

Harga : 10 euro return ticket.

2) Train Sprinter
Train ni boleh dapat dekat Amsterdam Central jugak, beli tiket dari kaunter train. Train ni akan stop dekat station Kood-Zaandijk. Harganya lebih murah daripada bas. Tapi kita kena jalan dalam 15min dari train station tu ke Zaanse Schans. Jangan risau, sampai je nanti korang dapat tengok peta macam mana nak jalan pegi sana. For sure, as backpackers kitorang pilih untuk naik train sebab jimat. Hehe.

Harga : 7.20 euro return ticket.





Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...