Saturday, February 27, 2016

Cara ke Sultanahmet dari Ataturk Airport


Hi guys!

So kali ni nak share pengalaman macam mana nak pergi Sultanahmet dari Ataturk Airport. Hari tu pergi trip ni as backpackers, so ni memang jimat habis la insyaAllah. Sebab kalau korang banyak duit, boleh je naik taxi. Tiada paksaan ;)

First, korang kena pandai terjemah map public transport kat Istanbul ni, atau dengan kata lain, study la dulu sikit station-station yang penting. Contohnya station Sultanahmet ni. Kebanyakannya hotel/hostel yang korang akan duduk nanti, mesti area sini. Sebab sini memang kawasan pelancong & top attractions macam Hagia Sophia, Topkapi Palace, Blue Mosque and so on..

So, ni la map public transport di Istanbul :)

Nampak tak yang bulat-bulat tu? Haa, tu la check point yang penting untuk ke Sultanahmet. Bila korang sampai je airport, lepas je pasport control, terus menghala ke Metro/Subway. Nanti korang nampak la kat signboard tu. Kalau nak jimat macam kitorang, sebelum naik metro tu, beli la Istanbulkart. Kad ni ada dijual di mesin tiket tu. Harga kad sahaja 6TL, jadi kalau korang masukkan 10TL, baki yang ada dalam kad hanya 4TL laa. Untuk lebih info, boleh tengok dekat website ni : http://istanbulkart.iett.gov.tr/en

TIPS : Beli kat mesin tiket lagi murah, sebab kalau beli kat orang jual, harga kad sahaja 8TL.

Ni la rupa kad tu okay :)

Ok, lepas masuk metro tu, ni yang korang kena buat :-
  1. Tunggu metro yang menghala ke Yenikapi. 
  2. Turun dekat stesen Zeytinburnu.
  3. Tukar naik tram pulak. (tram tak jauh pun, tak tahu tanya orang tau!)
  4. Cari tram yang menghala ke Kabatas.
  5. Turun dekat stesen Sultanahmet.
  6. Sampai! =DD
Depan stesen tram Sultanhmet ni korang akan nampak Blue Mosque & Hagia Sophia. Good luck! :)


No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...