Thursday, June 21, 2012

Masih adakah lagi?


Assalamualaikum! :)


terbeli buku ni tanpa sengaja. tak tahu pun kewujudan buku ni. mungkin sebab dah lama tak pegi majlis ilmu, rasa kosong sgt. Masih adakah lagi? saat2 terakhir aku kat Malaysia, nak la jugak cari beberapa teguk ilmu akhirat. alhamdulillah , Allah gerakkan hati aku untuk pilih buku ni. entah kenapa, tak pandang pun buku lain. ada hikmah kot? =D

hari demi hari aku 'menelaah' buku ni. makin bertambah ilmu aku pasal rumah tangga. hikhik! dari kisah sebelum nikah, semasa nikah, malam pertama, proses mengandung, melahirkan, dan akhirnya punya zuriat. complete sangat buku ni bagi mereka yang dahagakan kebahagiaan rumah tangga yang hakiki :) tersuggest la pulak! =D

aku tabikk salute la kat pasangan ni. antara pasangan terbaik yang penah aku 'follow up' buku2 dorang. Cintaku setelah Allah & Rasul dan Sebarkan Cintamu by Ustazah Fatimah Syarha. Denyut Kasih Medik by Dr. Farhan Hadi. Ustazah Fatimah Syarha dan Doktor Farhan Hadi. kombinasi yang berbeza, tapi punya sesuatu yang sama. Agama! betul la kann.. bila nak nikah tu, cari pada agama, bukan kecantikan, harta atau keturunan. barakallahu lakuma!

Ini cara aku aku memabaca, dan output dari pembacaanku :
  • Macam mana nak didik sseorang anak tu menjadi baik, bukan semasa kandungannya. bukan setelah kelahirannya.. tapi yang lebih penting, semasa proses pemilihan ibu kepada anak itu sendiri :) jadi, insyaAllah. aku ingin punya anak yang soleh dan solehah. jadi aku mesti menjadi bakal ibu yang baik utk anak2 yang baik. biiznillah..
  • Monogami adalah asas asal dalam Islam. bukan poligami. sekalipun orang anggap poligami tu sunnah, monogami juga sunnah. kenapa? sebab sunnah tu sendiri antara maksudnya, perlakuan Rasulullah. kenapa lagi?? sebab Nabi kita bermonogami dengan Khadijah selama 25tahun. dan berpoligami setelah Khadijah selama 10tahun je. jadi yang mana menang? fikir2kan lahhh.
  • Agama Islam itu hebat! kenapa? dengan agama sesorang tu boleh bahagia. beruntunglah mereka yang punya agama dan punya pasangan yang beragama. contohnya senang je, pasangan yang susah, mereka akan berdoa dimurahkan rezeki tanpa hentinya usaha. dan pasangan yang senang, mereka tetap akan berdoa dimurahkan rezeki dan bersyukur atas rezeki tu. mudah kan?


berkobar-kobar rasanya nak menikah bila baca buku ni, hehe :) sebab aku rasa.. dalam rumah tangga tu, si suami dan si isteri boleh dapat banyakk sangat pahala asalkan berpaksikan agama. senyum pada suami pun dapat pahala besar, ni kan pulak mengandungkan dan melahirkan anak2. lagi besar pahalanya.. dengan masa yang ada ni, dan permusafiran aku ke Russia. bukan sekadar belajar MARINE ENGINEERING. tapi belajar jadi sorang bakal isteri dan ibu yang baik. dan juga anak yang berbakti pada ibu bapanya. insyaAllah.. ya Allah, jangan kau palingkan niatku :( moga2 aku juga dikurniakan pasangan yang beragama dan kekal dengan agamanya :') aminnn.



1 comment:

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...