Tuesday, April 16, 2013

Suamiku, milikku.




Aku memilih untuk tidak menceritakan manis dan bahagianya nikmat berkahwin muda. Apa perlu aku kongsikan kemanjaan suami sendiri, kebaikan suami sendiri, kenakalan suami sendiri kepada orang lain? Mana mungkin! Aku wanita yang penuh dengan perasaan cemburu. Sepertimana kuatnya cemburu Saidatina Aisyah sendiri terhadap baginda Rasulullah.

Aku tak mahu wanita di luar sana mendambakan seorang lelaki seperti suamiku. Suami aku takkan sama dengan sesiapa pun di dunia ni. Sebab tu la Allah jadikan suami tu orang yang paling penting untuk ditaati selepas Allah dan Rasul. Juga untuk disayangi. Bukan ke begitu? ^^

Awal-awal lagi, suami berpesan supaya jangan rancak menceritakan 'kebahagiaan' kami untuk tontonan sesiapa sekalipun. Dosa besar! Termasuk mak ayah. Apatah lagi orang luar. Jadi para isteri, aku mohon. Perliharalah suami kalian daripada dikongsi. Dan didambakan oleh orang lain.

"Wah, cuba tengok diorang tu.
 Tengok suami dia. Baiknyaa. Kalau aku, aku nak laki macam tu jugak!"

Arghhh. Aku tak mahu mendorong orang di luar sana yang belum berkahwin mencari-cari nikmatnya berkahwin muda sedangkan masanya belum tiba, dan menjadi lalai dengan keseronokan yang sekadar pinjaman ni. Biarlah mereka kekal teguh dengan tanggungjawab mereka terhadap agama. Dan aku terhadap suamiku dan agama. Lillahi taala. 



p/s : Abang, you're mine! =D


4 comments:

  1. Ya Allah , the great answer Ainishahirrah ! Sekarang ni terlalu ramai yang mendorong utk kahwin muda disebabkan terlalu banyak pasangan yang mendedahkan 'kemanisan ' mereka ' hingga lupa tanggungjawab sebenar . Jawapan kacang tapi mendalam . congrate sis !

    ReplyDelete
  2. terima kasih dear :) insyaAllah, moga Allah kuatkan hati ni. nanti turn awak, baru awak akan faham nikmatnya ;) hehe

    ReplyDelete
  3. entry thumbs up, terima kasih igtkan :)

    ReplyDelete
  4. shafiqah. alhamdulillah.. tazkiyatunnafs ^^

    ReplyDelete

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...