Thursday, May 9, 2013

"Sayang, pakai la tudung tu tau."



"Sayang, nanti jumpa abang kat Port Klang.. sayang pakai la tudung pink gegaris tu tau!"
"Yang labuh. Nanti beli la tau."

I'm melted! Baik bos. Arahan diterima. Tudung ni nampak biasa pada mata perempuan-perempuan lain. I admit it. Sebab even kawan-kawan dan kakak sendiri pun cakap macam tu. Tapi takpa. Aku mahu kelihatan cantik pada mata suamiku! Ini kan suruhan Allah. Dapat pahala lagi tu! :)

Sabda Rasulullah SAW, “Seorang wanita di larang berhias untuk selain suaminya”. (HR Ahmad, Abu Dawud, dan An-Nasa’i)

Entah kenapa suami suka sangat tudung ni. Plus, warna pink. No wonder la, pink memang favourite dia. Masa first time jumpa dulu, dia pakai baju warna pink. Dalam hati, "poyonya!" Warna baju nikah kami pun pink. Dan sebelum ni, masa kami bertunang, suami hadiahkan aku tudung-tudung macam ni. Suruh dia pilih sendiri, dan aku akan pakai. Dua daripadanya, light pink and dark pink. Pheww~

Betul la, lepas nikah ni rasa macam sentiasa nak jadi terbaik depan suami. Walaupun belakang dia main belasah je. Gigih betul aku cari tudung ni. Tudung bidang 60 dah jadi pilihan utama suami dah sekarang ni. Terima kasih ya Allah. Engkau kurniakan aku seorang suami yang faham akan agamamu dan mampu menegur aku ke arah kebaikan dalam beragama.


p/s : Love, tunggu tau. Ada peluang kita jumpa ye =')
Semoga Allah redha.




No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...