Tuesday, September 4, 2012

Suatu mimpi yang benar


Tidur itu bukan mainan. bukan semata-mata suatu kerehatan. tapi adakalanya suatu petanda. terpulang kepada sesorang individu itu sendiri untuk menilainya. apa benar atau tidak. wallahua'lam.

terjaga dari tidur, aku seakan-akan terkejut. mungkin terbawa-bawa tentang Palestin yang aku fikirkan. sampaikan aku menulis satu entri mengenai palestin. orang kata, bila keinsafan tu datang, pandu ia. insyaAllah. bukan selalu aku punya masa dan hati untuk fikirkan soal ini. klik pada entri aku sebelum ini : We will not go down in Gaza tonight Tuhan, kenapa mimpi ini yang Kau titipkan. aku cuba positifkan fikiranku. mungkin kerana aku lupakan mereka yang berjuang habis-habisan disana. dulu-dulu, aku selalu titipkan doa, sekarang aku makin lupa. dan lupa. dan terus lupa..



bukan susah pun kan? doa jela. tak sampai 5min pun! "kau tak rasa, kau apa tau". jadi, buat jela. doa jelaa. moga-moga Allah mengira ini satu saham buat aku dan kamu didunia, untuk akhirat yang kekal abadi.

"ya Allah, apakah layak mereka masuk ke syurgaMu sedangkan mereka tidak bersama-sama kami dalam perjuangan ini. mereka nyenyak tidur. sedangkan kami?! sedangkan kami?! adakah Engkau Yang Maha Adil, adakah ini keadilan yang Engkau maksudkan? mereka tidak langsung mendoakan kami! "



subhanallah. 
tarik nafas dalam-dalam.
pejamkan mata.
 fikir sejenak.

p/s : mengahargai pemikiranku saat ini.

No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...