Monday, September 17, 2012

Ukhuwah


Sungguh, aku rindukan ukhuwah fillah. lillahi taala. ukhuwah tu, walaupun bunyinya agak skema bagi sesetengah orang. tapi paling tidak, ukhuwah kerana Allah takkan sesekali menipu :) Alhamdulillah ya Allah. sebab Kau izinkan aku merasainya buat ke sekian kalinya di bumi St Petersburg ni.. ni yang aku cari-cari selama ni. kali pertama terpaku dengan respon kepada soalan aku tentang marine oleh kakak-kakak kat sini. sangat superbb!

bila pertama kali jejak kaki kat sini, aku rasa happy sangat. takda apa yang kurang. kenapa aku sungguh-sungguh sangat? sebab lepas keluar KISAS, kebanyakannya yang aku jumpa.. cuma kawan, bukan sahabat :) siapa kata dengan kawan yang hu ha hu ha je kita akan happy? absolutely no! I feel it by myself.



sahabat tu tak pernah menyakitkan hati, sekalipun dengan niat menjaga hati. yang salah tetap salah. yang betul, selamanya akan betul. takkan ada dosa yang tersembunyi dengan 'senyuman pahala' semata-mata atas nama sorang kawan. jadi, mungkin dekat sini.. aku ilhamkan pada diri aku, sama seperti KISAS, tarbiyah! mana taknya, awal-awal lagi dah tanya... 'adik-adik nak usrah tak?' --SUBHANALLAH. mana mau cari beb =D teringat kata-kata akak tu..

"kita datang sini, dengan tiga kemungkinan. sama ada kita akan jadi constant, atau kita akan jadi lebih buruk, atau kita akan jadi lebih baik. terpulang kepada diri sendiri :) " 

betul kan? so.. move on! nak jadi bini orang dah kan? gerak gerakkkkk! jangan peduli cakap orang lain. kat akhirat nanti masing-masing bertanggungjawab atas diri sendiri. sedangkan si ibu pun takkan dapat menolong anaknya sendiri. inikan pulak orang sekeliling kita. cuma Dia. Allah Tuhan yang satu.. 

quote : biarla menutup aurat,, sekalipun dengan kain langsir atau cadar =D keep istiqamah. insyaAllah ^^


No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...