Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita :)



beby , awk bakal jadi sorang kanak2 perempuan kan? saya harap awk telah diiqamatkan oleh seorang ayah yang soleh , yang menjanjikan permulaan yang baik untuk hidup awk sebagai srikandi Islam :)
p/s : Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


adik, awk pun sorang perempuan kan? manis sangat bila adik yang tidak penuh hidupnya dengan dosa ni bila bertudung . apatah lagi dapat tutup aurat dengan sempurna . jangan bukak2 dah taw! ^^
p/s : Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


remaja perempuan , indahnya bila kamu bertutup macam ni :)) lauk yang dibiarkan dengan keadaan yang terbuka , mudah dijamah lalat . awk jangan jadi mcm 'lauk' tu taw . janji ?
p/s : Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”


awk, even awk masih belajar .. saya tak kisah pun awk nak nikah awal2 . Allah lagi suka :)) alhamdulillah , awak dapat jodoh yang soleh , sebab dengan adanya perjalanan hidup awk sebagai sorang wanita yang solehah. percayalah , janji Allah tu pasti <3
p/s : Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


sekarang , awk dah jd seorang IBU ! awk taw tak , Rasulullah SAW sendiri sangat memuliakan kaum awk ni . sampaikan baginda ckp , "ummi , ummi , ummi - 3x" . lepas tu baru ayah . tgk . betapa awk mulia disisi baginda . apatah lagi Allah , kan ^^
p/s : Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.


nenek . hmm , awk makin tua . makin tua. dan tua .. awk nak taw tak , hidup awk ni akan dipandang mulia oleh semua orang kalau seluruh kehidupan awk kat bumi ni, sebagai sorang wnaita yang mulia disisiNya . **ingat taw , hidup mulia atau mati syahid :))
p/s : -Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga


NOTA KAKI : kerana diriku dan dirimu begitu berharga :)


No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...