Sunday, July 31, 2011

ahlan wasahlan , ya Ramadhan !

teringat masa zaman Kisas , trademark ..

"Ramadhan Kareem !!"

lalu semua menjawab , 

"Allahu akram ! "

hurm , masih adakah lagi ? ye, masih ada . tp kat fb jer .. kalau la fb boleh keluarkan sound ~ malam teraweh yg pertama , rasa sayu plak .. teringat kat umah , teringat zaman skolah , teringat sahabat2 . time2 ni la rasa nak cakap , 'andai dapat ku undurkan putaran dunia' !


betul . benar . sungguh .
seronok kalau sesuatu kebaikan tu dibuat secara berjemaah . manisnya . benda yg sikit akan terasa nikmatnya , mcm jadi banyak pulak . benda yg banyak , walaupun tak berapa cukup, tetap jugak merasa , walaupun sikit . sahur berjemaah , bukak puasa berjemaah , teraweh berjemaah , ... kalau lahhh ... :'(


bila bercakap pasal bulan ramadhan ni , ni je yg aku boleh simpulkan ..
  1. sahur dgn sahabat2 dorm kat bilik / beratur kat dewan makan dgn keadaan mamai ~
  2. Cikgu Nani . - pistol airnya yg mcm cowboy ^^ - (jgn menipu diri sendiri) HAHA .
  3. Tuan Pengetua , (masa tu dia sakit kan ) - sahabat2 dorm taw la camna kisah ngan 'ummi' express yg ktorang dapat masa tu , - Alhamdulillah .
  4. pegi bazar kat area Klang , yg rasanya sgt2 jauh .. tp tetap pegi jugak .
  5. ayam madu kat Kisas . :))
  6. teraweh dgn kawan2 .. + Kak Najwa = maen2 ngan beby umar before traweh :D

kalau kat rumah , lain ceritanya .. dah dua tahun tak dapat puasa puas2 kat rumah .. so , al kisahnya lain la ... tahun ni pun sama la , and maybe tahun yg akan datang pun .. masyaAllah ..! kalau difikirkan balek , since form 4 masok skolah asrama .. n form 5 tak dapat puasa umah , and skang kat MIAT pun .. n lepas ni ?? ya Allah , sekejapnya ..~ dalam tak sedar , aku semakin jauh ngan keluarga , semata2 ingin mencari sebuah 'kehidupan yg sebenar2nya' .. kata orang , berjihad . kalau mcm tu , Alhamduillah la :)



ذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
"Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)"
(Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a)


teringat lagi sekali .
apabila tiba hampir d'penghujung Ramadhan , masing2 mempersiapkan diri utk mencari n mendapatkan malam yg terbaik dari seribu malam . Malam Lailatul Qadar . semakin hujungnya Ramdhan , semakin hebat ibadah masing2 , mengharapkan sebuah keajaiban kononya :)


إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤) سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ (٥
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! / (5)
[Surah Al-Qadr 97: Ayat 1-5] 


hebat sungguh seandainya sesorang pernah mendapatkan malam tu . berbahagialah mereka2 itu :)


target utk diri sendiri :

  1. bertadarus / khatam Al-Quran .
  2. bertaraweh .
  3. bersahur . 
  4. bersedekah .
  5. memberi salam :)
  6. menjaga hati sendiri , dan org d'sekeliling .
  7. mengharapkan redha dan keampunanNya .
  8. jaga pandangan .

strive for heaven ! :))



semoga namaku terlakar di pintu syurga firdaus-Mu, ya Allah . amenn .

No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...