Friday, February 10, 2012

10 February 2009


tarikh itu . aku ingat lagi . dua minggu sebelumnya , seingat aku . aku pernah melihat nama KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH menjemput aku kepadanya untuk ditarbiyah :)

saat itu . aku bingung . kenapa mesti aku dicampakkan dalam kalangan manusia yg 'sebegitu' ? kenapa aku . namanya sangat gah bagi aku . tertera perkataan KOLEJ itu membuat aku berasa sedikit gentar , adakalanya sedikit bangga . ah ! aku masih bawah umur . Allah bagi aku kelebihan untuk berlindung dibawah KOLEJ itu . Alhamdulillah .


"haha . aku tak dapat bayangkan aini pakai tudung labuh . nanti mesti macam cendawan bergerak"
"wah , kawan kita sorang ni dah nak jadi ustazah"
"abislah aku lepas ni , keluar dengan aini kena tutup aurat betul2"
"nanti masok karaoke kita nyanyi lagu nasyid aje la"


**gedebushhh ! 


Allah , aku tau Kau masukkan aku ke sana untuk 'sesuatu' yg lebih sempurna . di KOLEJ yang itu aku belajar erti agama yang sebenar . bukan sekadar hukum di telinga , dan dianggukkan dengan kepala . tapi hilang maknanya .. bukan . aku makin jauh . terima kasih Tuhan . Kau tarik aku :))


aku belajar erti persahabatan atas namaMu . persahabatan yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk seseorang yang lebih memerlukan . persahabatan yang tidak menghiraukan luka sendiri yg telah bernanah , tatkala melihat org lain berdarah :) Allahu rabbi . . .


aku belajar erti hormat antara manusia . sekalipun perbezaan angkanya cuma satu tahun . kami hidup dalam satu keluarga . tak mahu melihat si atas dan si bawah terus-terusan melakukan dosa . hebatnya ! 


yang paling penting , aku belajar erti batasan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan . ya , tak ada lagi mana2 tempat yang aku jumpa , sama tarbiyahnya seperti di KOLEJ itu . hebat ! satu tarbiyah dimana, aku diajar untuk menundukkan pandangan terhadaap muslimin . adegan "aku memang cakap dengan pintu pun =.= " , memang hebat ! liqa' albab . menjaga batasan dalam perbualan , aku belajar untuk jadi gentar apabila bertentang mata dengan kaum Adam . 


Allah , tenangnya hati aku di KOLEJ itu . sekalipun jauh dari keluarga , aku pergi dengan rela :)


kini, aku adalah aku yang ini . masih terkesan dengan tempias tarbiyah yang pernah aku jalani . Alhamdulillah . terima kasih KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH . aku jatuh cinta kepadamu . andai masa dapat ku putar lagi , aku akan menikmatimu . dan menghargaimu untuk suatu KEHIDUPAN selepas ketiadaannmu :'(



*Albi Nadak - seruan hatiku .


No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...