Monday, January 6, 2014

#coretan


Selalu orang tanya,

"Takpa ke duk jauh ngan suami? Kalau aku tak sanggup dah!
Tak nampak depan mata pun dah cari."

Well, all is well--
Allah titipkan ujian kerana aku mampu.

Allah maha hebat.
Menghadirkan orang-orang yang mampu menghilangkan rasa rindu pada suami kepada rasa cinta kepada Ilahi. Hari-hari bertambah ilmu, bertambah rasa takut kepada mati. Semoga Allah tak ambil orang-orang seperti ini daripada aku =( Buat kak lina dan kak lydia especially, terima kasih sebab selalu menghadirkan diri sebagai murobbi kepada aku yang selalu lupa diri.

Buat suami,
Percayalah. Hari demi hari, takkan putus doa untukmu--
Takkan putus rasa cinta dan rindu--
Takkan putus rasa ingin bertemu-- lagi.
Bekerjalah kerana hadirnya aku sebagai isteri, 
dan kerana perintahnya Sang Ilahi.

Dan percayalah,
amanahmu penjagaku.
Takkan berani buat sesuatu tanpa redhamu. 

"ku inginkan dia, yang punya setia,
yang mampu menjaga kesuciannya,
saat ku tak ada, ku jauh darinya,
amanahku jadi penjaganya." - 






No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...