Wednesday, January 22, 2014

Resepi donat lembut & gebu


Bahan-bahan :

3 1/2 sudu instant yis (serbuk)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar (suhu bilik)
1/2 cawan gula halus
1/3 cawan butter
1 sudu kecil garam
2 biji telur
5 1/2 cawan tepung


Cara-cara :

  1. Satukan yis dan air suam. Kacau sehingga berbuih. Rehatkan selama 5 minit.
  2. Masukkan butter, gula, garam, susu dan telur. Seratakan guna tangan (uli).
  3. Masukkan tepung secawan demi secawan. Uli sehingga sebati.
  4. Biarkan doh sekurang-kurangnya sejam. Lebih lagi baik. (doh akan naik)
  5. Bentukkan doh dengan tepung yang sentiasa di tangan supaya tidak melekat.
  6. Goreng. Sentiasa menterbalikkan donut untuk mendapatkan permukaan yang licin.
  7. Semasa masih panas, gaulkan dengan gula halus. Dan siapppp! ^^


Inilah hasilnya. Cuba jangan tak cuba =))


No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...