Bahan-bahan :
3 1/2 sudu instant yis (serbuk)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar (suhu bilik)
1/2 cawan gula halus
1/3 cawan butter
1 sudu kecil garam
2 biji telur
5 1/2 cawan tepung
Cara-cara :
- Satukan yis dan air suam. Kacau sehingga berbuih. Rehatkan selama 5 minit.
- Masukkan butter, gula, garam, susu dan telur. Seratakan guna tangan (uli).
- Masukkan tepung secawan demi secawan. Uli sehingga sebati.
- Biarkan doh sekurang-kurangnya sejam. Lebih lagi baik. (doh akan naik)
- Bentukkan doh dengan tepung yang sentiasa di tangan supaya tidak melekat.
- Goreng. Sentiasa menterbalikkan donut untuk mendapatkan permukaan yang licin.
- Semasa masih panas, gaulkan dengan gula halus. Dan siapppp! ^^
Inilah hasilnya. Cuba jangan tak cuba =)) |