Sunday, November 10, 2013

Saham Akhirat : Projek Homeless in St Petersburg, Russia


9 November 2013 mencatat satu sejarah buat diri aku sendiri khususnya. Buat pertama kalinya aku dapat buat dengan menjadi antara penggeraknya. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana pada mulanya agak sedih dengan respon yang kurang dari student-student sini. Tapi finally membuahkan hasil. 


Cerita 'fundraising'.
Aku bersama senior-senior perempuan kat sini, buat satu fundraising dengan menjual donat dan karipap. 20ruble tu bersamaan lebih kurang RM2. Mahal kan? Huhu. Tapi, mana nak cari kuih Malaysia kat oversea ni. Harga macam tu pun kira tak mahal. So, alhamdulillah kutipan berjaya dibuat lebih kurang RM200 lebih. Syukur. syukur.

Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? (1)
Itulah orang yang mengherdik anak yatim (2)
Dan tidak menganjurkan memberi makan fakir miskin (3) - Surah AL MA'UN

Zupp!

Ini la antara sebab usaha ini dilakukan. Semoga mendapat redhanya. Bukan senang nak bagi orang sesuatu, walaupun benda tu free. Nak berkomunikasi dengan orang Russia khususnya bukan senang. Tambah pulak kita bawak imej Islam. Tapi, sungguh! Banyak ibrah yang aku sendiri dapat. Macam mana bersyukurnya orang tu bila dapat makanan, yang mana kita sendiri pun belum tentu bersyukur sampai macam tu sekali. 



Hati ni tersentuh. Bila mana dua orang anak kecil warga lain di Russia, berebut-rebut pisang antara si abang dan si adik. Allah.. Sampai macam tu sekali. Hati sekali lagi tersentuh, bila tengok seorang makcik tua tanpa henti berterima kasih kepada team kami. Hati terdetik, bukan dia minta untuk jadi peminta sedekah. Dengan dunia yang semakin maju, tak ada daya untuk makcik tua tu bekerja lagi. MasyaAllah.



link video :

Allahumma a'inna 'ala dzikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik. Amiin.
Semoga diri ini menjadi lebih bersyukur. 
"Give to be grateful!"



No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...