kenapa mesti Mursyid ? sape tu ?
Mursyid - Cikgu - Lecturer - Pengajar yg mengajarkan :)
that's it . !
aku terasa nak taip post yang macam ni , semata2 nak ingatkan diri aku balek . apa yang penah aku belajar dulu . apa guna ilmu kalau tak bermanfaat langsung , sekalipun untuk tuannya . kan ?
untuk keadaan aku yang study dgn lecturer Rusia , memang betul2 mencabar bagi kita yang sememangnya diiktiraf Malaysian , dan penuh dgn "JANJI-JANJI MELAYU" *lambat .
bila sesuatu tu terjadi , aku jadi terpikir kenapa macam tu , dan kenapa macam ni ?
kadang2 diri sendiri yg terlajak . dan makan diri balik .
orang Rusia ni aku tabik la ! masa memang on time !
cakap la nak kelas pukul 6 pagi sekalipun . sebelum 6 pagi die dah terpacak kat situ . Melayu ? aishh , jangan cakap la . sedangkan aku sendiri pun tak mampu lagi nak jadi se'panctual' mereka .
kalau dalam kelas , macam poem 'road not taken' je aku rasa . sebabnya , the way he is and the way we're .. are different ! kadang2 tak sehaluan . tapi .. terima jela :(
kadang2 tak mampu nak tahan rasa tak puas hati tu . berkali-kali main kat fikiran aku , yang Ustazah penah cakap ..
"hormatnya Imam Syafie terhadap mursyidnya , sampaikan dia nak selak helaian buku pun .. berjaga2 supaya takda bunyi . motif? nak jaga hati mursyid dia"
subhanallah . apa aku dah buat ni ? lagi teruk dari ni . ni kan pulak tarik kerusi . bunyinya melebihi berjuta kali ganda dari selakan sehelai kertas . huishhh . i'm sorry sir :(
jagalah peradaban kamu dengan gurumu .!
sesungguhnya padanya itu terletaknya berkat dalam ilmu yang penah diberi . sekalipun dia bukan Muslim , tapi hargailah ilmunya .. sekalipun ilmunya yang tinggi melangit , tetap dari yang Maha Esa . dia sekadar perantaraan sahaja :) wallahua'lam .
*tarbiyah buat saya dan diri ini*