Salam sejahtera.
Sebelum menambah rasa aneh, boleh la kiranya aku persembahkan sesuatu tentang pernikahanku. Paling tidak aku dapat membantu mereka-mereka yang tengah meng'google' dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum melangkah ke alam yang baru. (aku juga salah sorang insan yang cuba mencari tentang ni di Google).
Checklist sebelum hari penikahan bagi perempuan :
- Beli borang nikah kat Jabatan Agama (area Medan Kidd) - RM1.00
- Dua salinan kad pengenalan bakal suami dan isteri,
- Dua salinan kad pengenalan wali.
- Salinan sijil kahwin. Yang asal juga diperlukan.
- Surat akuan bujang. Bagi yang bekerja, cop majikan dan yang belum, cop ketua penghulu.
- Ujian saringan HIV. Ujian ni hanya sah di hospital dan klinik kerajaan sahaja.
Mohon untuk tahu siapa gerangan naib kadi kawasan masing-masing. Dan mohon ambil tahu alamat beliau bagi mengelakkan sebarang masalah.
Sekian.