Friday, April 15, 2016

Bon Voyage, Husband.


15 April 2016, forth ship - APL MIAMI.

Dia akan sailing lagi sekali. I mean for the forth time. Bukan benda baru bagi aku, cuma apa yang baru, bila aku back for good beberepa bulan lagi, bukan dia yang menjemput di KLIA seperti selalu. Well, as a sailor's wife, I've to be tough and strong. Walaupun dalam hati Tuhan je yang tahu.

Sampai je dia di Singapore, dapat call offer kerja di Malakoff  Cawangan Johor. Nak buat macam mana, kan? Mungkin ni yang terbaik.



So, biarkan blog ni menjadi saksi ini kapal yang terakhir bagi dia. Mungkin. And for you husband, kuatkan semangat, Kali pertama dia akan berpuasa dalam kapal. Dan akan jadi kali pertama jugak raya kali ni tanpa dia. I'll always be here for you. Selamat pergi dan pulang. Semoga Allah redhakan dia, sebab aku pun redhakannya. Kita jumpa lagi 6 bulan ye? :')

Wednesday, April 13, 2016

Russia nak keluarkan wang kertas 200 dan 2000 rubles?


Yup! Definitely true. Akhbar Metro, bertarikh 13 April 2016.

Add caption

Selama hampir 4 tahun duduk kat sini, agak mengejutkan jugak la. And of course, memudahkan lagi dengan wujudnya duit tu nanti. Tapi malangnya, dikatakan akan bermula tahun depan, sobssss! Tak sempat la ana nak rasa duit baru, huhu. Selama ni duit ruble paling tinggi adalah 5000 rubles. Dan kedua tertinggi adalah 1000 rubles. 

No wonder, semalam terbaca The Moscow Times yang diorang dalam proses pilih gambar untuk wang kertas baru tu. Boleh baca kat sini, 


So adik-adik junior, dapat la korang merasa pegang duit baru tu nanti :) Ehem, sebak pulak rasanya hujung-hujung memori dekat Russia ni. Pahit dan manis semuanya ada kat sini. Sekian dulu ya! 



Kematian yang menghidupkan


Baru-baru ni, bertarikh 4 April 2016 waktu St Petersburg atau 5 April 2016 waktu Malaysia.

Satu FB bergegar dek kematian Matyi, atau Muhammad Azri. Pada masa kematian dia, dia baru je 25 tahun. Tapi ajaibnya, dengan umur semuda tu dia mampu gegarkan satu FB dengan kebaikan amalan dia sepanjang hidup. 

Matyi adalah senior aku yang beza dua tahun kat St Peter ni. Means, aku batch yang ke-6 kat sini dan arwah batch yang ke-4. Dia seorang naqib di sini. Basically, sebab dia seorang lelaki jadi tak banyak yang dapat aku kongsikan. Cuma apa yang ada dalam memori aku dan dia, dia pernah jadi wakil kepada pelajar sini untuk kutipan infaq umat Islam di Palestin. Dan dalam Maybank2u aku sendiri pun ada favourite nombor akaun dia. See? Dalam memori aku yang sangat tak rapat dengan dia ni, masih ada memori yang baik-baik tentang dia.

Dan lagi satu, aku dan dia pernah berada dalam satu kumpulan charity masa di St Peter ni jugak. Pada masa tak ramai yang nak join, at least dialah antara lelaki sini yang bagi support untuk kerja amal ni. Sebab waktu ni, bilangan perempuan melebihi lelaki. So, boleh tengok video tu kat sini :)



Sungguh mulia cara kematian dia.
Ini yang sangat aku cemburui. Kata diorang, dia temui ajal dalam kemalangan antara motosikal dengan motosikal yang lain sejurus lepas solat Isyak di masjid/surau. Dan kebetulan, hari tu hari Isnin. Dia berpuasa sunat Isnin siangnya. Banyaknya amalan dia, kalau nak dibandingkan dengan diri ni. Malu rasanya..

Kalau nak tengok betapa hebatnya akhlak dia di sisi makhluk dunia, boleh klik sini :-
Arwah Matyi : Barisan kedua lelaki dari bawah. Yang keempat dari kanan. 

Matyi, semoga tenang dan senang urusan di sana.. Selamat berehat. Dunia ni dah puas saksikan dakwahmu. Cukuplah Allah sebagai saksi. Dan semoga kita dikurniakan husnul khotimah sepertinya, insyaAllah aminn.


Monday, March 28, 2016

Alert Level Orange di Russia?

Paper ni free je, by METRO in St Petersburg.

See? Ni berita bertarikh 23 Mac 2016. Sempena ada letupan bom di Brussels, Belgium 22 Mac 2016 baru-baru ni. Letupan di Paris, Brussels, kisah pulak diorang ni. Tapi yang berkali-kali di Turki, siapa yang ambil peduli? Takda. Jom lazimkan baca Qunut Nazilah supaya Allah hancurkan musuh-musuh islam.. Berita lanjut in BBC : http://www.bbc.com/news/world-europe-35869985






Resepi Telur Bungkus comfirm sedap!


Hi! 
Kali ni nak share resepi telur bungkus yang simple & sedap. So for your information, resepi-resepi yang ada dalam blog ni, bukanlah aku yang reka. Cuma yang pasti, aku dah cuba and MENJADI! Itu yang penting. Semoga Allah panjangkan pahala kepada si pencipta resepi. Amin. 

Bahan-bahan :

1 genggam/mangku isi ayam/daging/hot dog
1/2 mangkuk mix veggie**
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tomato**
2 sudu besar sos cili**
1 sudu besar sos tiram**
1 sudu besar kicap manis**
sedikit garam + lada sulah
2 biji telur (untuk membungkus)

Cara-cara :-
  1. Perapkan ayam dengan garam + lada sulah. Ikut logik okay berapa banyak.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan ayam yang diperap dalam minyak yang sedikit.
  3. Lepas ayam nampak masak, masukkan segala jenis yang bertanda ***.
  4. Masak sekejap dalam 3 min.
  5. Siap intinya! Ketepikan.
  6. Goreng telur 2 biji yang dipukul dengan sedikit garam dalam kuali yang leper dan besar.
  7. Ratakan sekeliling kuali supaya telur tu nipis.
  8. Masukkan inti yang siap tadi.
  9. And bungkus elok-elok & hati-hati supaya telur tak terkoyak.
  10. Siap!
Ni buat dengan hotdog, sebab ayam takda hehe

Friday, March 25, 2016

Resepi Puding Karamel


Bahan-bahan:-

Karamel

5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Puding

4 biji telur (saiz sederhana)
1 sudu teh esen vanila
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula (lebih baik gula kastor)

Cara-cara :-

  1. Masak gula dan air dgn api sederhana sehingga menjadi karamel.
  2. Masukkan di dalam bekas yang sedia untuk dikukus nanti.
  3. Pukul telur, gula, dan esen vanilla. 
  4. Masukkan susu segar.
  5. Masukkan puding ke dalam bekas karamel.
  6. Kukus puding 30-40 minit.
  7. Siap! =)




Friday, March 11, 2016

Resepi Pavlova

Hi! Kali ni nak share resepi pavlova ni. Asalnya dari Russia sebenarnya, so rasa dekat pulak hehe. Nama asalnya Anna Pavlovna. Jadi lepas diubah, dia jadi la PAVLOVA. Sekian. Okay, resepi ni diambil dari video orang Russia yang buat pavlova.


Bahan-bahan :-

Base : Maringue
3 biji telur putih
3/4 cawan atau 170g cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung

Topping : Creme
250g heavy creme (lebih 33%)
2 sudu besar gula ising
+ buah-buah masam (strawberry, kiwi, anggur, blueberry)



Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...