Showing posts with label SMTU. Show all posts
Showing posts with label SMTU. Show all posts

Wednesday, April 13, 2016

Kematian yang menghidupkan


Baru-baru ni, bertarikh 4 April 2016 waktu St Petersburg atau 5 April 2016 waktu Malaysia.

Satu FB bergegar dek kematian Matyi, atau Muhammad Azri. Pada masa kematian dia, dia baru je 25 tahun. Tapi ajaibnya, dengan umur semuda tu dia mampu gegarkan satu FB dengan kebaikan amalan dia sepanjang hidup. 

Matyi adalah senior aku yang beza dua tahun kat St Peter ni. Means, aku batch yang ke-6 kat sini dan arwah batch yang ke-4. Dia seorang naqib di sini. Basically, sebab dia seorang lelaki jadi tak banyak yang dapat aku kongsikan. Cuma apa yang ada dalam memori aku dan dia, dia pernah jadi wakil kepada pelajar sini untuk kutipan infaq umat Islam di Palestin. Dan dalam Maybank2u aku sendiri pun ada favourite nombor akaun dia. See? Dalam memori aku yang sangat tak rapat dengan dia ni, masih ada memori yang baik-baik tentang dia.

Dan lagi satu, aku dan dia pernah berada dalam satu kumpulan charity masa di St Peter ni jugak. Pada masa tak ramai yang nak join, at least dialah antara lelaki sini yang bagi support untuk kerja amal ni. Sebab waktu ni, bilangan perempuan melebihi lelaki. So, boleh tengok video tu kat sini :)



Sungguh mulia cara kematian dia.
Ini yang sangat aku cemburui. Kata diorang, dia temui ajal dalam kemalangan antara motosikal dengan motosikal yang lain sejurus lepas solat Isyak di masjid/surau. Dan kebetulan, hari tu hari Isnin. Dia berpuasa sunat Isnin siangnya. Banyaknya amalan dia, kalau nak dibandingkan dengan diri ni. Malu rasanya..

Kalau nak tengok betapa hebatnya akhlak dia di sisi makhluk dunia, boleh klik sini :-
Arwah Matyi : Barisan kedua lelaki dari bawah. Yang keempat dari kanan. 

Matyi, semoga tenang dan senang urusan di sana.. Selamat berehat. Dunia ni dah puas saksikan dakwahmu. Cukuplah Allah sebagai saksi. Dan semoga kita dikurniakan husnul khotimah sepertinya, insyaAllah aminn.


Sunday, October 6, 2013

Hello Second Year!


9/9/2013
Flight : Kuala Lumpur - Istanbul - St Petersburg

Selamat sampai pada keesokan harinya. Syukur perjalanan berjalan lancar, walau pada mulanya agak serabut dalam hati yang kurang redha =p Aku tinggalkan orang-orang yang aku paling sayang, yang hanya mampu menjadi saksi. Dah tertulis, bahawa aku harus pergi.

Sediki terharu. Mak mertua, kakak ipar & adik ipar pun ikut sama. Tak ketinggalan, mak ayah dan adik yang tak pernah hilang saat-saat aku harus sendiri lagi. Pelukan mak dan ayah akan aku ingat sampai bila-bila. Kelembutan kasih sayang yang tiada tandingan dengan sesiapa sekalipun. Dan yang aku cintai, suami tersayang. Ahhh. Speechless! You're the one that I miss so much. I mean, now.

And, hello second year! Lagi dua tahun lebih berjuang hidup sendiri di bumi Russia. Sikit sahaja lagi. Just go on. Buka minda, lapangkan dada, pandang ke depan. Perjuangan ini untuk mak ayah, suami serta bakal anak-anak ibu. eh :P

Semoga Allah tetapkan hati ini dalam ketaatan kepadaNya, kepada suamiku. Permudahkanlah!


Sunday, May 19, 2013

Family Day & BBQ MESSP


18.05.2013

Family day & BBQ buat warga MESSP (Malaysian Engineering Student of St Petersburg) dah berjaya dilaksanakan. Menjadikan satu memori buat aku yang baru selaku pelajar Tahun Pertama dalam pengajian ni. Dengan bilangan semua batch yang hanya 60 lebih orang, ditambah dengan 5 pelajar Moscow dari batch aku sendiri dah cukup memeriahkan suasana. 


See? Tak ramai pun student Malaysia kat sini, apatah lagi perempuan  -.- Tapi masih mampu berukhuwah dengan semantap-mantapnya. Alhamdulillah. Jom tengok gambar & video batch! .. dan beberapa selingan gambar.

Link video 1 : BBQ 2013
Link video 2 : A word of joy





.Sekian.


Sunday, August 12, 2012

Salam Perantauan dari Russia :)


boleh tahan jugak yang request aku untuk kirim salam perantauan. aku tau betapa 'excited'nya mereka yang mengenali aku, untuk tengok aku di muka surat tengah paper :) aku faham. aku pun penah melalui situasi tu. teringat masa zaman KISAS dulu, masa bulan puasa selalu pegi library. benda pertama aku nak tengok dalam paper, muka surat tengah la! kenapa? kenapa? kenapa? 

yela, walaupun aku bukanlah ada kaitan dengan siapa2 dalam salam perantauan tu, tapi aku ternanti-nanti senior2 KISAS yang mention nama KISAS dalam ucapan diorang. walaupun bukan untuk aku, tapi aku sangat excited. dalam otak, dalam hati.. berkira-kira, ada ke peluang untuk aku buat apa yang diorang buat? Allahu rabbi! Allah Maha Tahu. aku sendiri tak sangka,, aku dah jauh meninggalkan tanah air :')



sebelum aku fly lagi. ramai request supaya aku post salam perantauan. maaf, aku pernah post, cuma ada sedikit kekeliruan kapsyen pada gambar tu :) buat keluarga aku, sanak saudara, guru2, sahabat2. juga tunang tersayang , aku mohon beribu kemaafan :) insyaAllah tahun depan ada lagi!

jadi, biarlah aku buat salam perantauan aku kat sini . boleh kan?


belakang aku ni bukan bas ekspress tau! orang Russia panggil benda ni TRAMVAI. aku sempat snap gambar ni masa teman kawan aku pergi ambik parcel dia kat post office. harga tramvai ni kat mana2 pun sama je, maksud aku area St Petersburg la. dalam 23 ruble. tak kisah korang pegi jauh mana pun, lama mana pun duk dalam tu, sekali naik memang bayar banyak tu. 23ruble, dalam plus minus RM2.30 . ni bukan tukaran yang tepat tau, tapi hampir :) masa ni sejuk jugak la. dalam 10celcius. pheww~

jadi, izinkan aku mulakan! HEHE :)



NAMA : Ainishahirrah binti Khosidi
LOKASI : St Petersburg, Russia
PELAJAR : St Petersburg State Marine of Technical University , Russia

NAMA PENERIMA : Buat keluarga dan tunang yang tercinta di Ipoh, saudara mara, pihak MARA, warga Kolej Islam Sultan Alam Shah, sahabat-sahabat dan mereka yang mengenali diri ini.
UCAPAN : Semoga lebaran kali ini lebih bermakna. Maaf zahir dan batin. Halalkan segalanya . Semoga Allah merahmati kalian, insyaAllah :) Salam Perantauan dari bumi Russia!

Sunday, July 29, 2012

Ujian puasa di bumi Russia


Salam Ramadhan semua! 
syukur masih lagi diberi nikmat iman dan Islam. 

pengalaman pertama berpuasa jauh di perantauan. susah senang, kena tempuh jugak la kan. Allah uji macam ni, sebab Allah tau aku mampu. yess! mungkin sangat ketara dengan waktu Malaysia. perbezaan maza yang cuma 4 jam sangat membuatkan waktu puasa jadi berubah. kami puasa awal sehari dari Malaysia. 

puasa yang memakan masa hampir 20jam lamanya sangat2 menduga iman :) tak sama macam Malaysia. cuma separuh hari, tapi tu pun dah cukup untuk dijadikan sebab kenapa ramai tak nak puasa. bersyukurlah kamu! 24jam sehari tolak 20jam.. jadi cuma sekitar 4jam kami punya masa untuk berbuka puasa, tarawih, dan sahur. memang tak sahur sungguh2 sangat la macam kat Malaysia. sebab makanan bukak puasa tadi pun tak sempat hadam lagi, hehe :D


aku mohon ya Allah. Kau berkati puasaku. Allahumma barikli fi Ramadhan! 

dugaan yang sangat besar. bab makan memang kena masak sendiri. dulu2, masa kat rumah. mak yang masak. tolong pun ala kadar je.. masuk asrama, dewan makan yang sediakan. tu pun masa tu ade jugak nak merungut bla bla blaaa.. sampai sini, amek kau! nak makan, pandai2 la masak ye.. dugaan mencari ayam yang halal, daging yang halal. phewww.. kena bergerak jauh cket la. no bazar Ramadhan. no Azan ! :(

bila pikir2 balik.. sejak form 4 aku keluar rumah mencari seteguk ilmu. seberkas agama. means that, aku tak puasa kat rumah secara kekal. kadang2 je balik.. sebab KISAS, kat Klang tu.. jauh ngan rumah . jadi tak berbaloi balik. teringat masa nak balik raya, sampaikan berbuka puasa dalam bus ekspres on the way balik rumah utk hari raya :) sebiji kurma dan sebungkus roti + air pun dah cukup. 

sampai la form 5. pun tak puasa kat rumah. bila dah 18tahun, kononnya dah abis sekolah... pun tak dapat puasa kat rumah. puasa kat MIAT tahun lepas. alhamdulillah, masih diberi nikmat Azan :) sampai la saat ni.. 19tahun. bumi yang aku pijak ni bukan lagi tempat tumpah darahku :D bumi yang penuh cabaran. ya Allah, masih adakah lagi peluang untuk aku berpuasa bersama keluargaku? lepas ni, andai ditakdirkan aku akan hidup sebagai seorang isteri kepada seseorang.. aku mungkin takkan ada peluang lagi.. Allahhhh.. redhailah segalanya. redhailah permusafiran ini :( aminn , ya Robb !

p/s : maafkan kamie mak, ayah... kamie tak dapat balik raya ni. terima kasih sudi jahitkan baju raya utk kamie, even takda sapa pun yang pakai. terima kasih su, sbb sponsor baju :D hehe. terima kasih mak, sebab sudi buat kuih tat kegemaran kamie. dan poskan.. walaupun comfirm pecah, dan bukan lagi dalam bentuk tat yang asal, rasa dia takkan berubah kan?? alhamdulillah. maafkan kamie kalau ada salah silap. tak dapat cium tangan mak ayah raya kali ni :(




Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...