Wednesday, April 13, 2016

Kematian yang menghidupkan


Baru-baru ni, bertarikh 4 April 2016 waktu St Petersburg atau 5 April 2016 waktu Malaysia.

Satu FB bergegar dek kematian Matyi, atau Muhammad Azri. Pada masa kematian dia, dia baru je 25 tahun. Tapi ajaibnya, dengan umur semuda tu dia mampu gegarkan satu FB dengan kebaikan amalan dia sepanjang hidup. 

Matyi adalah senior aku yang beza dua tahun kat St Peter ni. Means, aku batch yang ke-6 kat sini dan arwah batch yang ke-4. Dia seorang naqib di sini. Basically, sebab dia seorang lelaki jadi tak banyak yang dapat aku kongsikan. Cuma apa yang ada dalam memori aku dan dia, dia pernah jadi wakil kepada pelajar sini untuk kutipan infaq umat Islam di Palestin. Dan dalam Maybank2u aku sendiri pun ada favourite nombor akaun dia. See? Dalam memori aku yang sangat tak rapat dengan dia ni, masih ada memori yang baik-baik tentang dia.

Dan lagi satu, aku dan dia pernah berada dalam satu kumpulan charity masa di St Peter ni jugak. Pada masa tak ramai yang nak join, at least dialah antara lelaki sini yang bagi support untuk kerja amal ni. Sebab waktu ni, bilangan perempuan melebihi lelaki. So, boleh tengok video tu kat sini :)



Sungguh mulia cara kematian dia.
Ini yang sangat aku cemburui. Kata diorang, dia temui ajal dalam kemalangan antara motosikal dengan motosikal yang lain sejurus lepas solat Isyak di masjid/surau. Dan kebetulan, hari tu hari Isnin. Dia berpuasa sunat Isnin siangnya. Banyaknya amalan dia, kalau nak dibandingkan dengan diri ni. Malu rasanya..

Kalau nak tengok betapa hebatnya akhlak dia di sisi makhluk dunia, boleh klik sini :-
Arwah Matyi : Barisan kedua lelaki dari bawah. Yang keempat dari kanan. 

Matyi, semoga tenang dan senang urusan di sana.. Selamat berehat. Dunia ni dah puas saksikan dakwahmu. Cukuplah Allah sebagai saksi. Dan semoga kita dikurniakan husnul khotimah sepertinya, insyaAllah aminn.


No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...