Showing posts with label baitul muslim. Show all posts
Showing posts with label baitul muslim. Show all posts

Friday, April 15, 2016

Bon Voyage, Husband.


15 April 2016, forth ship - APL MIAMI.

Dia akan sailing lagi sekali. I mean for the forth time. Bukan benda baru bagi aku, cuma apa yang baru, bila aku back for good beberepa bulan lagi, bukan dia yang menjemput di KLIA seperti selalu. Well, as a sailor's wife, I've to be tough and strong. Walaupun dalam hati Tuhan je yang tahu.

Sampai je dia di Singapore, dapat call offer kerja di Malakoff  Cawangan Johor. Nak buat macam mana, kan? Mungkin ni yang terbaik.



So, biarkan blog ni menjadi saksi ini kapal yang terakhir bagi dia. Mungkin. And for you husband, kuatkan semangat, Kali pertama dia akan berpuasa dalam kapal. Dan akan jadi kali pertama jugak raya kali ni tanpa dia. I'll always be here for you. Selamat pergi dan pulang. Semoga Allah redhakan dia, sebab aku pun redhakannya. Kita jumpa lagi 6 bulan ye? :')

Wednesday, February 5, 2014

Happy First Anniversary!


2.2.2013 - 2.2.2014

Genaplah setahun usia pernikahan kami suami isteri. Masih terngiang-ngiang lagi akad nikah oleh sang suami. 'Aku terima nikahnya Ainishahirrah...' Bushhhh. Meleleh air mata, turun membasahi make up. ehh! Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana tanpa izinNya pernikahan ni takkan semudah tu akan terjadi. Jodoh kata mereka..



Berkobar-kobar menanti masa buat kek tema wedding dulu. Buat pertama kali dalam hidup, buat decoration piping atas kek. Menggeletar tangan nak tulis nama kami berdua. Kecomotan tu harap dimaafkan ye. =PP By the way,, Alhamdulillah berhasil, walaupun tuan empunya tak dapat rasa makan kek ni. Pada masa ni, suami tengah belayar. APL JAPAN. Terima satu call sebelum tibanya 2 Feb 2014.

"Happy birthday yang dan abang!"

Hehe. nakal betul. Tahun kelahiran kami berdua untuk hidup bersama agaknya. Terima kasih, Tuhan. Semoga kebahagiaan ini berkekalan hinggan ke akhirnya. Dan dibahagiakan lagi dengan kehadiran zuriat kami suatu hari nanti. Aminn. Abang, I'll love you till the end of my life.


Monday, January 6, 2014

#coretan


Selalu orang tanya,

"Takpa ke duk jauh ngan suami? Kalau aku tak sanggup dah!
Tak nampak depan mata pun dah cari."

Well, all is well--
Allah titipkan ujian kerana aku mampu.

Allah maha hebat.
Menghadirkan orang-orang yang mampu menghilangkan rasa rindu pada suami kepada rasa cinta kepada Ilahi. Hari-hari bertambah ilmu, bertambah rasa takut kepada mati. Semoga Allah tak ambil orang-orang seperti ini daripada aku =( Buat kak lina dan kak lydia especially, terima kasih sebab selalu menghadirkan diri sebagai murobbi kepada aku yang selalu lupa diri.

Buat suami,
Percayalah. Hari demi hari, takkan putus doa untukmu--
Takkan putus rasa cinta dan rindu--
Takkan putus rasa ingin bertemu-- lagi.
Bekerjalah kerana hadirnya aku sebagai isteri, 
dan kerana perintahnya Sang Ilahi.

Dan percayalah,
amanahmu penjagaku.
Takkan berani buat sesuatu tanpa redhamu. 

"ku inginkan dia, yang punya setia,
yang mampu menjaga kesuciannya,
saat ku tak ada, ku jauh darinya,
amanahku jadi penjaganya." - 






Sunday, October 6, 2013

Hello Second Year!


9/9/2013
Flight : Kuala Lumpur - Istanbul - St Petersburg

Selamat sampai pada keesokan harinya. Syukur perjalanan berjalan lancar, walau pada mulanya agak serabut dalam hati yang kurang redha =p Aku tinggalkan orang-orang yang aku paling sayang, yang hanya mampu menjadi saksi. Dah tertulis, bahawa aku harus pergi.

Sediki terharu. Mak mertua, kakak ipar & adik ipar pun ikut sama. Tak ketinggalan, mak ayah dan adik yang tak pernah hilang saat-saat aku harus sendiri lagi. Pelukan mak dan ayah akan aku ingat sampai bila-bila. Kelembutan kasih sayang yang tiada tandingan dengan sesiapa sekalipun. Dan yang aku cintai, suami tersayang. Ahhh. Speechless! You're the one that I miss so much. I mean, now.

And, hello second year! Lagi dua tahun lebih berjuang hidup sendiri di bumi Russia. Sikit sahaja lagi. Just go on. Buka minda, lapangkan dada, pandang ke depan. Perjuangan ini untuk mak ayah, suami serta bakal anak-anak ibu. eh :P

Semoga Allah tetapkan hati ini dalam ketaatan kepadaNya, kepada suamiku. Permudahkanlah!


Tuesday, February 26, 2013

Dokumen Perkahwinan Anak Perak. Checklist!


Salam sejahtera. 

Sebelum menambah rasa aneh, boleh la kiranya aku persembahkan sesuatu tentang pernikahanku. Paling tidak aku dapat membantu mereka-mereka yang tengah meng'google' dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum melangkah ke alam yang baru. (aku juga salah sorang insan yang cuba mencari tentang ni di Google).

Checklist sebelum hari penikahan bagi perempuan :
  1. Beli borang nikah kat Jabatan Agama (area Medan Kidd) - RM1.00
  2. Dua salinan kad pengenalan bakal suami dan isteri,
  3. Dua salinan kad pengenalan wali.
  4. Salinan sijil kahwin. Yang asal juga diperlukan. 
  5. Surat akuan bujang. Bagi yang bekerja, cop majikan dan yang belum, cop ketua penghulu.
  6. Ujian saringan HIV. Ujian ni hanya sah di hospital dan klinik kerajaan sahaja.
Mohon untuk tahu siapa gerangan naib kadi kawasan masing-masing. Dan mohon ambil tahu alamat beliau bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sekian.


Friday, November 2, 2012

Usrati Jannati


Ini impianku.
Bukan sekadar gambar.
Tapi lebih dari apa yang kamu lihat :)


Aku mengimpikan :

.. suami yang soleh ..
.. ayah yang soleh kepada anak-anakku ..
.. mujahid yang soleh ..
.. mujahidah yang solehah ..

kerana pada perkataan soleh itu punya seribu makna yang tersembunyi.

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...