Sunday, August 12, 2012

Rindu yang menebal.



24 Ramadhan.

rindunyaa ya Tuhan. macam ni rupanya rasa nikmat bermusafir. pahit manis, telan sendiri. beberapa hari lagi nak raya. selalunya macam sebelum2 ni, mak akan inform aku awal2. "kamie, tahun ni nak buat kuih bla bla blaa. nanti tolong tau" - ok mak :) sibuk pergi nagoya, sibuk pergi kamdar. cari kain baju raya. Allah ...


tapi ada ke lagi tahun ni?


alahai. sebak sungguh rasanya. raya yang ala kadar je. aku akan beraya kat Moscow tahun ni. stay sana 5 hari, untuk raya la kononnya.. padahal cuma raya pertama jela yang havoc. pagi2 pegi solat raya kat Embassy. makan rendang , makan nasi impit and so on. aku ulang, cuma sehari . Kedutaan Malaysia di Moscow, Russia. entah berapa ramai la student Malaysia nanti kat sana kan? alhamdulillah, Allah still bagi nikmat dengar takbir raya. TERIMA KASIH, YA ALLAH!

tak dapat cium tangan mak ayah pagi2 raya :') maafkan kamie siap2 tau. hehe. perjalanan dari tempat aku ke Moscow bakal memakan masa hampir 8jam dalam keretapi. lamanya. bukak puasa dalam tu la nampaknya. St Petersburg ke Moscow. suasana orang Russia yang sibuk dengan urusan sendiri. bole tahan jugak la harganya. plus minus dalam 3000 ruble. average :)

harap2 perjalanan ke Moscow buat kali yang kedua ni best :) insyaAllah. + diberkati. harap sangat dapat call mak ayah pagi2 raya. Allah, mudahkan laa. dengan kemudahan wifi takde. cuma mobile internet. cukup kot :') bila lagi nak merasa macam ni kan ^^ nanti makankan kuih tart nenas feveret kamie tau . hmm..

tahun depan, insyaAllah kalau dipanjangkan umur, ada la rezeki aku beraya kat Malaysia. tapi mungkin bukan sebagai anak ayah lagi. entah2 dah tukar status kan? :) ok la, setakat ni je entri kali ni. ni kes terkena tempias kengkawan post lagu raya kat FB la ni . aishhh. SALAM LEBARAN!


No comments:

Post a Comment

Adam Mahfuz & Maryam Zaheera

Assalamualaikum semua,  Dah lama tak menulis. Baru sekarang duk cari balik email/password blog ni. Banyak sangat dah benda jadi 4 tahun sebe...